Thursday, 30 May 2013

Cerpen #1 Aku Yang Tersakiti

Aku Yang Tersakiti

"Abang Daniel!" Pekikan kuat sehingga orang sekeliling menoleh kearah ku dan Daniel. Namun orang hanya membiarkan kerana sudah lali akan sikapku yang syok kat Daniel Syed Hakimi, pelajar super duper hot di kampus ini.
"Apa ni! Terpekik terlolong macam orang gila. Aku ni belum cukup tua lah nak pekak!" Rengusan Daniel tidak memberi kesan terhadapku. Aku tersenggih sambil menggaru kepala yang tidak gatal.
"Abang Daniel nak pi mana? Aliya nak ikut boleh?" kataku sambil memeluk erat tangannya. Boleh gatal juga kau ni Lia. Hisy. Kalau bertemu dengan Prince Charming, memang tak ingat dunia, apalagi syurga neraka. Daniel menarik tangannya dan membuat muka tak puas hati.
"Apa ni?! Engkau ni kan, kalau tak kacau aku sehari tak boleh ke?" Sergahnya. Namun hati tak berkesan pun, sebab dah lali.
Daniel Syed Hakimi, memiliki package yang lengkap. Muka, harta, pendek kata,panjang kata semuanya ada. Tapi bukan itu yang dikejar oleh Nur Alya Imani, kerna dia sudah pun memiliki semua itu. Yang dia nakkan adalah cinta. Cinta yang telus. Tapi kenapa dia perlu pilih lelaki kerek lagi poyo yang bernama Daniel Syed Hakimi Syed Azhar? Yang membencinya. Haih.. Pelikkan? Yang peliknya disini, Nur Alya suka cara Daniel. Yang membencinya, yang menghalaunya, tapi sebenarnya Daniel secara langsung membantu dia melupakan 'seseorang' yang meninggalkan dirinya seumur hidup. Kerana kesibukan mengejar cinta Daniel Syed Hakimilah dia melupakan 'si dia'.
Nur Alya Imani a.k.a Tengku Nur Alya Imani Tengku Azman, seorang yang skema. Suka memakai glasses besar gedabak, rambut bertocang sini sana. Namun, dibalik semua itu, kecantikannya sentiasa ada. Wal hal dia berbuat demikian kerana ingin mengelak daripada dicam oleh wartawan di luar. Sesungguhnya, suatu masa dahulu, dia amat terkenal dalam media massa dan seorang yang liar. Kini, dia berubah 1000%, hanya kerana demi Daniel. Tapi, peliknya satu kampus tidak tahu akan kebenaran termasuk Daniel. Kecuali, Azliza, kawannya merangkap PAnya, Personal Assistant.
Alya meliar mencari Daniel. Kemanakah prince charmingku nan seorang itu? Huhu.
"Hah! Tu pun Danielku. Tapi, siapa perempuan disisinya itu. Kelihatan mereka berdua mesra jer." Hatiku sentap. Aku pandang perempuan itu dari bawah ke atas. Pakaian, oke je. Sopan. Cuma dia tak tutup kepala. Mukanya, boleh tahan. Tapi aku lagi boleh tahan kalau seseorang dapat menilaiku dengan bersungguh-sungguh. Muka dia, argghhh! Elmina!
"Apa dia buat kat sini?"
"Elmina!" Elmina, sepupuku menoleh kearahku mendengar namanya dipanggil. Ya, sepupuku. Waktu kecil, kami sangat rapat mungkin sampai sekarang. Mungkin... Kerana, Elmina sudah lama menetap di US, kemungkinan besar, dia sudah melupakanku. Tapi tak setelah dia memanggilku juga. "Alya! Apa Alya buat kat sini? Kenapa pakai glasses besar gini?" Bertubi-tubi soalan keluar dari mulut munggilnya. Daniel disisi Elmina terpingga-pingga memandang kami. Aku menghantar isyarat mata dan Elmina mengganguk tanda mengerti.
"Ya Allah, lama tak jumpa Alya. Rindu El tau tak?" Elmina memelukku, aku juga turut membalas pelukan.
"Ehem ehem." Daniel berdehem. Op! lupa pulak dengan kehadiran Daniel disini.
"So, what your relationship?" soalnya. "Cousin." Serentak aku dan Elmina menjawab. Daniel menggangguk. "Hurmm.. how with our tea time, Elmina?" Gulp. Daniel dan Elmina dah melalui proses perkenalan? Sesungguhnya, Elmina ni seorang yang playgirl. Aku tak sanggup Daniel dilukai. Elmina ni pantang tengok lelaki. Aku mula menyampuk kot-kot terbatal date dorang. "Saya nak..." namun Daniel laju memintas kata-kata ku. "Alya, kan ke kau da assignment nak disiapkan? Esok Prof. Zani suruh bentang." Daniel membuat muka merayu untuk aku lepaskan dia date dengan Elmina. Aku mencebik. Tapi aku terpaksa melepaskan.

MEMANDANGKAN Elmina sudah mula menetap di Malaysia, maka rumahku menjadi tumpangannya untuk sementara sambil mencari penthouse untuk dirinya. Hurmmm, masalah rumah tak jadi hallah, memandangkan dia pun bukannya tahu selok belok KL ni, wajarlah dia tak tahu dimana dia nak cari penthouse yang sesuai untuk dirinya. Maklumlah, Elmina ni cerewat sikit dalam semua hal.
Masuk saja bilik tidurku, dia terus menerpa ke arah aku yang berada di atas katil. "Aunty Zita mana? Dah tidur?" soalnya. Aku menggaguk. Memang kebiasaan, mamaku sering tidur awal. "Hurmm.. Al, aku rasakan yang aku ni sudah jatuh cinta first sight kat Daniel tu." Hatiku tersentap. Aku memandangnya tidak percaya. "Aku pun rasa Daniel pun rasa macam aku juga. Soalnya, dia tanya aku ni single ke belum, dah bertunang ke belum." Rasa nak menangis pula aku disitu. Tapi aku tahan. Tak tahu kenapa. "Aku rasa, aku dah tak nak mainkan hati lelaki. Apatah lagi Daniel. Aku... Aku nak dia, untuk selamanya." jantungku berhenti berdegup, mataku panas, hatiku sakit mendengar luahan hati Elmina. Aku lari masuk tandas. Ingin menjerit, tapi cuma terbatas dalam hati jer.

3 bulan kemudian, Daniel menerpa ke arahku. "Alya, Elmina suka apa ya? Bunga? Aksesori? Atau coklat?" Bersinar-sinar matanya menunggu jawapan dariku.
"Mana aku tahu dia suka apa?" Aku jemu. Jemu terhadap permintaan Daniel yang bermacam untuk pikat Elmina. Bukan aku!
"Apa ni? Kata sepupu. Duduk serumah lagi. Takkan tak tahu kot." Daniel memaksa dan memaksa. "Cukup! Cukuplah Daniel! Kau sudah menyakitiku!" Aku menjerit. Daniel tersentak. "Daniel, aku suka kau, aku cinta kau. Kenapa pilih El sedangkan aku dah lama depan mata kau!?" Air mataku gugur. Mujur rumah hijau ni sunyi.
"Apa ni?" soal Daniel. Aku meraih tangannya, melutut. Terbalik pulak. Kan ke sepatutnya lelaki yang buat begitu? "Daniel, I love you. I love you so much, even, much than Elmina love you." Daniel menepis tanganku kasar. Aku terjelepok bukan kerana Daniel menepisku. Aku sedih.
"Tapi aku, tak pernah cintakan kau, Al. Aku dah cuba tapi..."
"Kehadiran Elmina telah mengubah hati kau kan?” Daniel angguk. Sungguh pedih hatiku saat ni. "Al, i'm so sorry for hurting you. Walaupun saya tak cintakan awak, tapi awak tetap kawan saya kan?" Kawan? Dia menghalauku, dia memarahiku selama ni... kawan. Penipu! Liar!
"Al, please forget me. Im not yours. Lepas habis semester ni, aku nak masuk meminang El. Aku sayangkan El, Al." Terpanarku dengan kata-kata Daniel. Meminang! Maksudnya, mereka nak kahwin?! Arghhh...
"Kalau engkau sayangkanku, lepaskanlah aku Al. Saya tak mungkin jatuh cinta dengan kau dengan..." Sengaja Daniel perlahankan ayat. Ya, tak munkin jatuh cinta dengan gadis yang skema, yang memakai glasses besar, yang bertocang macam orang gila. Ya, Daniel menghinaku. "Give me space..." Aku berlalu. Tak sedar dek kami, ada sepasang mata redup yang memerhati adegan kami.

AKHIRNYA, habis tiga semester. Aku dah pun berhenti belajar. Cadang lepas ni nak ambik Degree, pas tu pi praktikal kat mana-mana kilang yang menawarkan. Elmina tak jadi nak pindah sebab mama halang. Mama halang kerana mama nak Elmina melangsungkan majlis perkahwinannya dengan Daniel di rumah ni je. Sungguh pedih hati ini. Lepas kahwin baru mama lepaskan Elmina. Yalh, anak sedara kesayanggannya. Ada suatu dulu aku rasa aku bukan anak mama, sebab mama utamakan Elmina dulu. Tapi aku tidak benci akan Elmina. Elmina seperti kembar tidak seirasku. Malah aku menyenangi kehadiran Elmina. Kebahagiaan Elmina adalah kebahagiaan diriku. Begitu juga kebahagiaan Daniel. Hujung bulan ni, Daniel dan Elmina bakal bersanding. Aku berharap, apa yang tertulis di novel menjadi kenyataan. Pengantin perempuan meninggal dunia apabila hendak bersanding, dan aku jadi pengganti. Hehe. Dan apabila pengantin perempuan melarikan diri entah kemana dan penyelesaiannya adalah aku. Nauzubbillah! Aku mengucap. Apa yang aku fikirkan ni? Tak mungkinlah semua itu terjadi, sebab aku tengok Elmina sihat walafiat jer. Nak larikan diri? Tak mungkinlah, sebab Elmina cinta separuh nyawa kat Daniel. Hisy.
TingTong! Loceng rumah berbunyi, memanggil nak aku bukakan pintu. Aku membuka pintu, dan.. "Ini Cik Nur Alya Imani ke?" Tanya posmen itu. Aku mengangguk. "Ada surat untuk cik, nah." Surat bersampul putih bertukar tangan. "Tandatangan sini cik."
Aku membuka sampul itu. Alhamdulillah, aku memanjatkan syukur terhadap Ilahi. Rupanya surat ini membawa khabar gembira buatku. Aku ditawarkan menyambung pelajaran ke Perth. Gembira hati bukan kepalang. Dapat juga aku merasa belajar di negara orang. Bukan pernah aku pergi oversea, pernah pun waktu kecik je. Bukannya aku tahu apa-apa masa tu bila mama dan papa bawa aku pergi Europe.
Sengaja aku tidak mmengkhabarkan sesiapa pasal ni. Aku menempah tiket pada waktu berlangsungnya majlis akad nikah Daniel dan Elmina. Nak lari dari majlis? Amende, aku hadir je, tapi untuk sementara sahaja. Nak tengok Daniel dan Elmina berdua kali terakhir. Aku menghantar pesanan teks kepada Daniel.
Akhirnya, sampai juga Daniel apabila aku memberitahunya akan pertemuan terakhir ini. Pertemuan ini diadakan di sebuah pantai. Aku nak nanti bunyi ombak mengelamkan bunyi tangisanku. Semuanya dirancang.
"Apa yang awak nak cakap kat saya ni?"
"Saya nak beberapa jawapan daripada awak." Daniel buat muka hairan.
"Betul awak sayangkan Elmina?" Dia mengganguk perlahan. Mataku panas. Sebak. Next question!
"Awak tak menyesal sayangkan Elmina?" Dia mengeleng.
"Kenapa perlu menyesal? Elmina dah ceritakan semuanya pada saya pasal dia dah khilaf. Dan menyayangiku sepenuhnya."  Dia menyindir aku. Kononnya aku ni nak gunakan cerita pasal si El ni playgirl, wal hal aku tak de niat pun. Biarlah...
"Saya.. saya tetap kawan awak kan?" Dia mengangguk.
"Yalah, takkan bakal wife aku. Kalau kau nak aku jadi kawan kau, boleh jer.. Kitakan bakal sedara juga." Aku angguk. Air mataku menitis satu persatu. Sungguh pedih ayatnya. Sedara. Ya, Daniel bakal jadi sedaraku kelak.
"Dah habis? Saya nak cepat ni." Daniel ingin berlalu setelah menyedari air mataku. Aku tahu dia cair melihat air mataku.
Aku menerpa Daniel, dan memeluknya dari belakang. Daniel terpegun lantas meleraikan pelukanku. Tapi gagal, gagal kerana aku menguatkan pelukanku.
"Apa ni?! Orang tengok nanti naya aku. Please, lepaskan aku!" Daniel separuh menjerit. Aku tak pedulikan dan menguatkan lagi pelukanku.
"This may be the last hug that i give to you. Let me hug you for a minute, i promise, after this, i let you go to the Elmina." Daniel terpempan. Tapi arghh.. perempuan ini mungkin menipunya, tak pun dia merancang sesuatu yang mungkin akan mengikat kami! Daniel meronta sekuat-kuatnya, akhirnya terlepas  juga pelukanku.
"You crazy Alya!" Jeritnya sambil berlalu.  Aku terjelepok, menangis sekuat-kuatnya. Seperti yang aku jangkakan, bunyi ombak menghempas pantai mengelamkan bunyi tangisanku. Aku tak mahu orang mendengar tangisanku. Aku tak mahu mengharap simpati.
"You drive me crazy Daniel."

AKU duduk di ruang tamu dimana akad nikah dijalankan. Pagi itu, aku mengenakan tudung, membuka glasses selama ini hanya membawa nasib buruk kepadaku. Aku kenakan sedikit make-up dimukaku, oles sedikit gincu dibibirku. Aku nak mulakan hari baru, tanpa Daniel.
Aku masuk ke masjid dan mata Daniel tertala kepadaku. Dia terpempan, mungkin tidak pernah melihat mukaku dibalik glasses apalagi mukaku dikenakan sedikit make-up. Urggh! Baru perasaan yang orang lagi cantik dari Elmina. Lagipun tak guna kalau nak menyesal sekarang.
Aku meluru ke arah bilik pengantin perempuan.
"Cantik orang ni bila pakai macam ni." Aku memeluk bahu Elmina. Elmina senyum memandangku melalui pantulan dari cermin dan menyentuh jariku yang terpaut kemas dibahunya.
"Berubah kau Al, lama tak tengok kau macam ni. Cantik." Aku senyum mendengar pujiannya. Aku menilik jam. Tak lama lagi.
"Kebahagiaan El adalah kebahagiaan Al. Al doakan kebahagiaan korang." Alya memeluk El dari belakang. Lama, dan berlalu meninggalkan Elmina yang terpingga-pingga. Lain macam je Alya ni.
Aku keluar bilik, laju sahaja mata Daniel mengiringiku yang menuju ke pintu masuk. Aku kemudian bertemu Faizal, rakan karib Daniel juga tahu akan konflik antara aku dan Daniel.
"Pergi mana?" ucapnya sekadar menyapa.
"Nak pergi bulan." Jawabku sambil bergurau.
"Uihh! Jauh tu." Ya aku maksudkannya. Aku mengambil stick note dan pen di dalam beg sandang ku. Aku menulis sesuatu di atas stick note tersebut dan menyerahkan kepada Faizal.
"Nah, nanti beri dengan Daniel ya." Aku senyum. Dia nampak hairan dan meneliti ayat-ayat di stick note tersebut.
"Err,.."
"Aku pergi dulu. Assalamualaikum." Aku menepuk bahu Faizal. Itu adalah kebiasaan ku bila aku bersama Faizal.
Aku masuk kereta. Tunduk. Dan menangis, tak mahu Faizal sedar akan keadaanku. Tugas memandu diambil alih oleh Pak Man. Aku tak memandu sebab kereta ni perlu pulang untuk memberikan perkhidmatan kepada keluarga Tengku Azman.
"Dah siap nak?" Lirih suara mama menegurku apabila sampai di air port.
"Dah ma." Seiiring itu juga, pengumumam kepada penumpang yang hendak pergi Perth telah diumumkan. Aku menyalami mama dan papa.
"Jaga diri apabila berada di negeri orang Al, jangan lupa solat." Aku mengganguk tanda mengerti nasihat papa. Aku lihat mama teresak-esak.
"Ma, Pa jangan kasi tahu orang pasal ni apalagi Daniel dan Elmina."
"Mama minta maaf Al." Tenggelam timbul suara mama. Tapi aku tak ambil kisah sangat.
Aku masuk ke dalam pesawat yang membawa aku ke Perth di mana aku perlu mengubat luka di hati selama 5 tahun lamanya.

DANIEL tiba di air port setelah mama Al memberitahunya bahawa Alya akan pergi jauh dari dirinya. Ditambah juga dengan stick note yang diberikan oleh Alya melalui Faizal.

         "Kebahagiaanmu adalah kebahagiaan diriku juga." :)

Daniel sedar. Sedar selama ini kasih sayang yang dicurahkannya kepada Elmina sepatutnya milik diri Alya. Dia sedar akan kesilapannya. Dia mengaku ada secebis cinta untuk Alya tapi segera ditepisnya hanya kerana ego menguasai dirinya.
Daniel memandang stick note yang dipegangnya, matanya merah. Dia menerpa ke arah Aunty Zita dan Tengku Azman.
"Mana Alya aunty?" soalnya sambil matanya meliar mencari Alya di sekeliling.
"Kau dah terlambat Daniel." Tengku Azman menepuk bahunya dan berlalu pergi membawa Aunty Zita. Aunty Zita berhenti melangkah.
"Elmina mana Daniel?"
"Di Rumah." Jawab Daniel sepatah dua.
"Habis kau kat sini, siapa kahwin dengan dia?" Soal Aunty Zita kehairanan.
"Faizal, aunty." Jawab Daniel selamba. Ya, dia tinggalkan Elmina, demi mengejar Alya.
"Ya Allah! Abang.." Aunty Zita melirik kearah suaminya.

DANIEL menerpa masuk ke dalam bilik pengantin perempuan setelah diberitahu Aunty Zita pasal Alya.
"Kita tak boleh teruskan perkahwinan ini El." Jujur Daniel. Jeda.
"Ya, kita tak patut." Daniel terpempan.
"Saya tahu Al pergi meninggalkan kita, maksud aku kau. Dia tak sanggup. Tak sanggup melihat perkahwinan ini."
"Jadi awak dah tahu lama ya tentang Alya nak pergi oversea?" Elmina mengangguk.
"Aku tahu masa aku tak sengaja tertengok laptop dia. Rupanya dia menempah tiket penerbangan secara online. Tapi aku tak sangka, sejauh itu dia pergi."
"Dia pergi mana?" Daniel bertanya penuh berharap.
"Aku tak tahu. Aku tak sempat nak tengok ke mana dia nak pergi, sebab dia masuk bilik waktu tu. Aku buat muka slumber je lepas tu sebab aku tak terfikir sangat benda tu." Jawab Elmina dalam esak.
"Aunty Zita dan Uncle Azman tahu?" Soal Daniel
"Tak". Daniel pun berlalu.
"Macam mana dengan perkahwinan ini?" Soal Elmina pula. Takkan nak dibatalkan, boleh malu keluarga nanti. Mana nak taruh muka.
Daniel berfikir sejenak. "Faizal akan gantikan aku." Elmina terlopong. Daniel tahu akan apa yang Elmina fikir. "Tak pe, dia pun macam aku. Perfect. Semuanya ade."
Hurmm... betul juga kata Daniel, malah kalau difikirkan Faizal lagi macho dari Daniel, Daniel sekadar handsome je. "Bercinta lepas kahwin kan lagi afdal." Itulah kata akhir Daniel. Alhamdulillah, semua pihak menerima dengan hati yang terbuka meskipun mulanya ada sedikit konflik yang berlaku diantara beberapa pihak.

Pernahkah kau merasa,
Jarak antara kita,,
Kini semakin terasa,
Setelah kau kenal dia,
Aku tiada percaya,
Teganya kau putuskan,
Indahnya cinta kita,
Yang tak inginku akhiri,
Kau, pergi,
Tinggalkanku,
Tak pernahkah kau sadari,
Akulah yang kau sakiti,
Engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari,
Oh Tuhan tolonglah aku,
Hapuskan rasa cintaku,
Aku pun ingin bahagia,
Walau tak bersama dia.

...
5 tahun kemudian, Perth
“Alya! Lama tak dengar suara awak. Bila awak nak pulang? Dah 5 tahun berlalu dah ni.” Jeritan Elmina di corong telefon memaksa Alya untuk menjauhi telefon tersebut. Ya, 5 tahun dah berlalu, namun kesakiitan di hati masih tersisa.
“Hrmm.. saya balik lusa El. Sabor je lah. Hehe.” Alya senyum.
“Abang! Alya balik lusa bang! Yahoo.” Pekikan Elmina mungkin terarah kepada seseorang. Abang, mungkin Elmina sudah bahagia dengan Daniel.
“Berhentilah menjerit mak cik oi. Bernanah telinga dengar tau.” Alya ketawa, begitu juga dengan Elmina di hujung telefon. Kemudian, ada suara seperti kanak-kanak sedang menangis di hujung talian.
“Siapa tu El?” Sengaja aku buat tak tahu. Itu mungkin hasil cinta Elmina dan Daniel.
“Tu Kayra, anak sulung aku . Nanti kita sambung ya Al, bye.” Alya tunduk. Masih ada sakit di hati. Alya, kau mesti kuat. Esok lusa kau juga akan menghadapinya.

HARI itu pun tiba. Aku mesti kuat menghadapinya. Ya, Alya, Fighting! Hehe, itulah slogan yang ditirunya di beberapa buah drama korea. Akhirnya aku selamat tiba di KLIA. Alhamdulillah, Allah permudahkan hari saya. Aku melangkah dengan penuh berkarisma. Hari ini, hari baru. Baru untuk Tengku Nur Alya Imani Tengku Azman. Sampai sahaja, langsung aku melirik ke arah seseorang perempuan dengan perutnya yang memboyot. Elmina! Aku menerpa kearahnya, dan aku melihat seorang lelaki disisinya. Ia Daniel! Allah. Aku teruskan melangkah dan mendengar teriakan seorang kanak-kanak perempuan. “Mama!” Melihat kanak-kanak itu meluru ke arah Elmina, aku tahu itu Kayra, anak sulung Elmina. Lalu seorang lelaki menerpa ke arah Kayra dan mengendongnya. Faizal! Apa ni? Apa semua ni?
“Alya!” Elmina memelukku. Aku membalas pelukannya. Daniel memerhati dari hujung matanya.
“Alya.” Tiba-tiba satu suara menegur. Aku kenal sangat suara itu. Mama! Aku menoleh dan menyalami tangan mama dan papa.
“Syukur alhamdulillah, anak kita selamat bang.” Mama memelukku.
“Macam mana disana? Best? Sampai nak lari ke Perth.” Teguran papa membuat darahku naik ke muka. Aku tunduk.
“Bukan lari lah pa, Al Cuma nak sambung study je.” Aku membetulkan benda yang salah wal hal dua-duapun betul.
“Hai Faizal. Dah kahwin?” Aku menyapa mesra Faizal yang mengendong Kayra.
“Dah, nilah hasilnya.” Jawab Faizal ramah.
“Dah? Siapa yang bertuah tu?” Aku tak faham situasi sekarang ni. Aku lihat Elmina tersipu malu disisi Faizal. Takkan Elmina sapu kedua-dua lelaki ni? Haisyy, apa yang kau fikir ni Al?
“Faizal kahwin dengan Elmina masa awak ke Perth.” Jawab Daniel yang dari tadi membisu.
“Hah!” Hah? Itu yang keluar dari mulutku. Kenapa boleh jadi macam ni? Takkan lah… takkan lah Daniel tahu aku lari masa tu, dan mengejarku dan, dan dia meninggalkan majlis perkahwinan dengan Elmina. Ya Allah, berdosanya aku merosakkan majlis diorang.
“Aku ada kecemasan masa tu sehingga aku menyuruh Elmina kahwin je dengan Faizal.” Daniel seolah-olah faham akan apa yang aku fikir. Aku mengangguk.
“Jom balik. Sampai esok pun adegan ni tak habis.” Papa menegur. Panjang sangat slot ni kan? Hehe.
Aku mengambil Kayra dari dukungan Faizal. Comel juga Kayra ni. “Comelnya Kayra.” Kata ku.
“Kalau macam tu, Al bagilah kami cucu.” Sampuk papa pula. Mama ku lihat tersenyum-senyum. “Eh, gitu pulak.” Aku rasa darah dah menyerbu muka aku ni. Blushing habis.
“Bila Daniel nak kahwin?” kata Papa apabila kami selamat berada di dalam kereta. Daniel yang duduk di seat pemandu menoleh ke belakang. “Bunga dah pun ada, bila-bila masa pun boleh pa.” jawab Daniel. Pelik sungguh jawapan itu yang kurasa. Pa? Serapat mana hubungan papa dan Daniel sehinggakan memanggil papa dengan panggilan papa. Aku menggeleng sendirian.

3 hari selepas aku pulang ke tanah air, Daniel mengajak ku dinner. Yelah, selama ni mana pernah dia ajak perempuan nerdy macam aku ni dinner.
Aku mengenakan baju kurung sahaja. “Ya Allah, takkan nak dating pakai baju kurung je?” seloroh mama setelah aku turun. “Bukan dating lah ma.’’ Hmm.. ada pula aku dikatakan dating dengan Daniel tu. Hisy, falling love for second time? No! Aku dah serik dah, walaupun Daniel masih single singular. “Hrmm, mama ada hadiah untuk Alya. Hadiah birthday Al untuk tahun lepas. Sorrylah, mama tak sempat nak kirim.” Bohong mamanya. Sebenarnya itu hadiah dari Daniel untuk dipakai Alya malam ni. “Apa bendenye?” Nak gak aku tahu ni. Aku ni suka orang kasi-kasi aku hadiah ni. “Jom.” Mamanya menarik tangan Al naik semula ke bilik.
“Ha, cantik sangat bila anak mama pakai macam ni.” Tegur mama setelah aku keluar dengan mengenakan jubah yang dihadiahi mama tadi. “Thanks ma. Cantik sangat. Al suka. Muat sangat dengan Al.” pujiku. “Alang-alang dah terpakai jubah ni, Al pakailah untuk dinner dengan si Daniel.” Aku mengganguk tanpa membantah.
Aku dijemput Daniel. Setelah sampai direstoran, kami berdua menuju ke tempat yang disediakan khas untuk pasangan kekasih. Pasangan kekasih? Eh, aku bukan kekasih Daniel la. Sejak aku pulang ke tanah air ni, macam-macam yang berlaku. Pelik.
Aku suka lokasi yang ditempah oleh Daniel. Ya, Daniel merancang segalanya untuk malam ni, entah kenapa. Lokasi tersebut di tepi sebuah kolam. Di atas air kolam tersebut, ada taburan kelopak bunga ros. Romantik sekali. Erk, romantik? Hee… seram aku.
Daniel menarik kerusi untuk aku duduk. Aku hanya menuruti setiap perlakuannya. Beberapa saat kemudian, waiter dan waitress menghantar pesanan. Kami menjamu. Selesai menjamu, kami dihantar pencuci mulut. Huiih, sedap juga coklat tu. Comel jer aku tengok sebab coklat tu bulat. Al ni memang penggemar coklat. Daniel dah pun maklum tentang itu. Al mencapai sebiji dan menyuapnya. Kemudian dia tersedak lantas mencapai hot chocolate yang tersedia. Al minum sehingga habis dan terlihat sesuatu yang tertulis di dalam tea cup tersebut.
                              “will you marry me?”

Al memandang Daniel. Dia teringat drama korea yang ditontonnya di Perth, Protect The Boss. Persis seperti ini suasana dalam drama korea tersebut pabila si jejaka melamar si gadis.
Daniel kemudian melutut sambil menyuakan cincin yang bertatahkan berlian. Cantik. Kemudian berkata, “Tengku Nur Alya Imani Tengku Azman, will you marry me?” jeda. Muka Daniel berubah setelah lama menunggu jawapan dari aku. Aku senyum dan “I will.” Daniel kemudian senyum dan menyarung cincin tersebut ke jari manisku lantas mengucup tanganku.


_And they lived happily ever after_

2 comments: