“Cik Muda, Mama Cik panggil turun.” Panggil
Mak Mah, orang gaji rumah agam ini seraya mengetuk pintu puteri bongsu keluarga
Tengku Zafrill ini.
“Ok, jap lagi saya turun.” Sahut Cik Muda
atau Tengku Qalisya Humaira. Maira bangkit dari pembaringannya dan menuju ke
tingkat bawah. Dah kenapa Mama panggil aku ni?
“Maira masih ingat kan aunty dan uncle ni?
Maira salamlah mereka.” Maira menurut perintah, menyalami Tengku Nafisah dan
Tengku Azizi, iaitu kawan Mama dan Papanya.
“Maira apa khabar sekarang, lama
tak jumpa since Maira menetap di Australia.”
“Maira sihat aunty, aunty apa khabar? Rindulah
dengan aunty.” aku memang rapat dengan Aunty Nafisah dan Uncle Azizi, kawan
mama dan papaku dulu. aku kenal mereka sejak aku di bangku sekolah lagi, di tingkatan
3. Kemudian, keluargaku terpaksa berpindah ke Australia kerana tuntutan kerja
papa yang memerlukan beliau untuk memantau satu projek besar disana selama 4
tahun. Setelah semuanya selesai, kami balik ke tanah air kerana rindu akan
saudara mara di sini. Urgghh, sudah 4 tahun berlalu bermakna umur akupun sudah
mencecah 19 tahun. Tawaran belajar pun dah dapat, itupun bertuah kerana tawaran
untuk aku menyambung pelajaran hanya di Malaysia. Pengalaman belajar aku di
Australia membuatkan aku sedar bahawa belajar di negara sendiri lebih baik
daripada belajar di negara orang. Di Australia, aku tidak mempunyai ramai
kawan, hanya Jes dan Adam sahaja yang sudi menjadi kawanku. Sesampainya di
Malaysia, aku sangat gembira kerana aku akan memperoleh sahabat yang banyak
serta sepupuku yang sporting belaka. Ainur, Madihah, Zul, Imah, Lisa, Aizat,
wahai sepupuku sayang, Maira dah balik, rindunya dengan korang. Cuma setelah
aku pulang ke sini, tiada kesempatan untuk aku pulang ke kampong menemui
mereka.
Aku menuju ke dapur membantu Mak Mah
menyediakan minuman petang untuk tetamu. Setelah semuanya siap, aku menuju
kearah mereka. Sambil aku mendekati, aku mendengar nama seseorang yang sangat
aku kenal sering meniti di bibir mereka. Kenapa dengan dia? Sihatkah dia?
“Kenapa ma? Pa?” soalku sambil melabuhkan
punggung di salah satu bangku kosong di laman itu. Kemudiannya, mama dan aunty
Nafisah berpandangan serta menghadiahkan senyum kecil sesama mereka.
“Maira, nanti belajar sambung dekat mana?”
soal aunty Nafisah. “Dekat UPM je aunty, kenapa ye?”
“Boleh tak Maira tolong aunty?” soal aunty
lagi menimbulkan tanda tanya dalam kepala aku. “Ye, ada apa aunty? Insya-Allah
kalau mampu Maira tolong.” Dan kemudiannya, aunty Nafisah menceritakan semuanya
perihal ‘si dia’.
Ya
Allah, sampai begitu sekali dia berubah sejak kematian adiknya, Tengku Marisa
Maisarah. Dan saya juga tidak sama sekali menyangka bahawa Marisa sudah tidak
ada lagi di dunia ini, iaitu sahabat baik saya ketika dulu.
Aku kemudian bersetuju dengan rancangan
aunty Nafisah. Memandangkan dia pun sama menuntut di UPM, kerja aku akan
menjadi semakin mudah. Aku berazam akan menrubah dia ke jalan yang betul lagi
lurus.
“Aunty rasa dia kenal lagi ke dengan Maira?
Kalau kenal, susah lah kerja Maira.” Aku takut kalau-kalau dia kenal lagi dengan aku, kang dia kenal, susah pulak
saya nak dekat dengan dia nanti.
“Hmmm.. tak lah, kalau ada touch up sikit,
mana anak aunty nak kenal Maira. Lagipun aunty rasa dia dah lupa Maira kot,
muka Maira dah banyak berubah sekarang.” Sahut aunty Nafisah. Sentap juga aku
aunty cakap dia dah tak kenal aku lagi. Ada kebenarannya juga kata-kata aunty
Nafisah, takkan lah dia nak ingat muka orang yang dia benci sampai mati. Akukan
orang yang sangat dia benci suatu ketika dulu.
*****
4 tahun lepas…
“Hoi! Apa kau buat kat rumah aku?” suara
nyaring Zaim mengejutkan aku yang duduk di sofa.
“Aku sini nak datang bukan nak gaduh, aku
nak tunggu adik kau ni ha? Mana dia?” aku menyahut selamba. Kau fikir aku takut
ke dengan muka cekeding kau?
“Bukan hal aku. Kau pergilah cari dia
sendiri. Aku nak blah main bol.” Zaim keluar, aku menjeling. Mak aih! Sempat
lagi dia jelir aku. Ni bikin aku panas ni.
“Asal muka kau cenggitu, cemberut.” Sapa
Marisa, sambil itu dia meniru mimik mukaku yang ‘cemberut’.
“Haissy, kau ni. Buruk sangat ke aku buat
muka macam tu?” Soalku pelik.
“Buruk. Sangat Buruk.” Pecah tawa Marisa.
Aku? Buat derk je dengan perangai tak sememeh dia tu, tahu sangat trik dia yang
selalu kenakan orang.
“Dahlah, nanti lambat dorang marah kang.
Engkau yang aku lesing, nak?” Aku menunujukkan buku limaku. Marisa menjelirkan
lidah. Adik dengan abang sama jer, suka jelirkan lidah. Gen biawak agaknya.
Ahaks!
*****
Pagi ini, pagi pertama aku menjadi mahasiswa
dan menjalankan projek besar yang dirancang bersama dua pihak. Ahaks! Lucu
pulak dengar.
Dengan spek besar dan dua tocang di kepala
juga beg sandang jean lusuh, aku berjalan menuju ke kelas. Aku terpaksa
menyamar menjadi si miskin dan berpewatakan skema. Ini bagi mengaburi lagi
matanya supaya tidak kenal aku. Sedang aku berjalan, sepertinya aku melihat
dia. Dia berbaju pink, berseluar denim paras buku lali, belt berkilau
berwarna.. pink jugak, dan paling teruk dengan lenggoknya yang maha lentik.
Astaghfirullahalazim.
Segera aku berlari ke arah dia dan merempuh
kuat bahunya sehingga jatuh semua buku yang dipegangnya. “Sorry sorry, saya tak
sengaja.” Tuturku seraya membantu dia mengutip semua bukunya.
“It’s ok.” Jawabnya. Ya Allah, suaranya. Nak
termuntah hijau aku dibuatnya. “Saya Qalisya, awak?” soalku, konon-konon ingin
mengenalinya walhal dah kenal sangat-sangat.
“Im, Tengku Zaim Zulfiqri Tengku Azizi.”
Jawabnya seraya mengoyak senyuman manis kepadaku. Aku turut membalas senyuman
itu. “Boleh kita jadi kawan?” soalku lagi.
What the hell pompuan ni, tak tengok aku
cenggini, boleh jadi kawan ka? Apa-apa je lah.
“Err, i mean, saya baru di sini, tak de
kawan. So, boleh kan?” soal ku lagi. Bolehlah bolehlah…
“Ermm, Oklh. You boleh jadi kawan I. I pun
takde kawan.” Dengan keadaan aku macam ni, manalah orang nak kawan dengan aku
kan, dah dia nak jadi kawan kau, kau ambik jelah Im.
“Err, boleh tak awak tunjukkan saya dimana
café? Saya belum breakfast lagi ni, kalau awak belum juga, kita breakfast
sama-sama nak?” sengaja aku memanjangkan lagi pertemuan kami.
“Sure, jom.”
*****
Sejak perkenalan kami
sebulan yang lepas, aku dan Im semakin rapat. Kesana aku, kasana juga Im. Dah
macam belangkas da.
Sedang aku dan Im menjamu makanan di café,
datang Cathrina and the gangs. “Wow, you alls. Nerdy dan Mak Nyah memang padan
kan? Sesuai gitu.” Dengan aksi gediknya membuatkan aku dan Im panas, grr. Cath,
lu dah cari pasal sama orang yang salah. Nanti kau!
“Hoi minah! You diam, kalau you nak rasa air
ni!” tengking Im. “Hello, don’t you dare nak baling air kat I!” pangkah Cath
sambil menghalakan jari telunjuknya betul-betul ke arah muka Im. Lantas aku
mengambil air dan menjirus muka Cath. Baru puas hati aku.
“Arghhh! You! Siap you!” tengkingnya. “Argghh! You! Siap you!” aku mengajuk
kata-kata Cath. Mencicit geram Cath melangkah meninggalkan kami.
Pecah ketawa Im, aku berpaling ke arahnya.
“What?” soalku kehairanan. “You, luculah. By the way, I’m proud of you. Takde
siapa yang berani menentang si Cath meow meow tu.” Aku angkat bahu.
*****
Hari seterusnya, sedang aku berjalan
menyusuri blok, tiba-tiba aku disiram dan kemudiannya dibaling tepung. Dah
macam kuih pulak. Rasa nak nangis jer, whuaaa. Seketika kemudian, hilaian tawa
Catherine the gangs dapat ku tangkap. Tahulah ni semua angkara mereka. Hissyy..
terpaksalah aku pulang balik.
“Mama rasa Maira perlu ada orang jaga
Maira sana. Mama risaulah.” Kata mama
“Macam nilah, nanti papa
cari orang untuk jaga Maira sana.” Kata papa
“Maksud papa, bodyguard?
Taknak lah. Kalau sekadar PA Maira, Maira on jer.” Hehe, kan best nanti ada
orang tolong aku buli Cath meow meow tu nanti. Ada ke istilah PA pada seseorang
macam aku ni? Lantaklah!
“Ok, nanti papa carikan
Maira PA.” sahut papanya. “Seriously? Yeahhh!”
*****
“Hai, saya Naima, Puteri Nur Naima.” Kami
bersalaman. “Saya pula Naim, Putera Zulfakar Naim.” Oor, diaorang ni ke
assistant saya nanti? Boleh tahan, ada dua orang lagi. Hehe.
“Kami ni kembar, jangan heran ye kalau muka
kami ni sama. So, Cik Muda, apa-apa yang boleh kami bantu?” Naima membuka
bicara.
“Tak payahlah berCik Muda, kita ni
sebayakan, panggil je Qalisya. Sebenarnya, tak de sangat tugas korang, just
ikut apa yang saya suruh je. Korang perlu berada di samping saya sepanjang
masa, tapi korang just perhatikan saya dari jarak yang jauh je lah. Korang
tunggu je arahan dari saya k?” terangku panjang.
“Ok, Cik ehh, Qalisya.” Tutur Naima. Aku
tersenyum.
*****
Macam biasa, aku dan Im lepak di Café. Cakap
punya cakap, muncullah Cath meow meow tu. Teringat kes tempoh hari, aku jadi
panas. Aku senyum jahat. Aku hantar sms kepada Naim dan Naima yang duduk selang
beberapa meja dariku. Mereka pandang aku, aku angguk. Haha, siap kau nanti
Catherine and the gangs!
1, 2, 3…
“Arghhhhhh!” Cathrine jatuh menelentang.
Begitu juga pengikut-pengikutnya dibelakang. Hahaha, padan muka. Siswa siswi
yang berada di café ketawa menyaksikan adegan lucu. Aku? Mestilah ketawa aku
dan Im yang paling kuat.
Aku menghadiahkan thumbs up pada si kembar
cilik. Mereka senyum. Whooaa! Bestnya ada pengikut. Ahaks!
Apa yang aku lakukan pada Catherine and the
gangs? Haha, aku suruh Naim dan Naima meletakkan pelincir di lantai. Sebab
tulah geng tu jatuh, sebab licin. Sakit? Who cares?
Haha.
*****
Lama juga persahabatan aku dengan mat sotong
Im ni. Mat sotong? Ni aku pening ni. Macam mana nak ubah penampilan dan
perwatakan Im ni. Mama dan Aunty pun naik pening sama tunggu aku menjalankan
misi yang satu ni.
“Hah!” terjerit sendiri aku dalam kamar
beraduku.
“Yes! Ni mesti jalan punya.” Aku kena cari
orang ni.
“Papa!!!” papa, orang yang dapat bantu aku
kali ini.
*****
“Im, aku tanya sesuatu boleh?” aku mesti
mendapatkan kepastian Zaim dulu.
“Hmm, apa?”
“Kau.. tak nak berubah ker? Tak nak.. awek?”
teragak-agak aku menyoal Zaim. Zaim terdiam.
Ha’a lah Im, kau tak nak berubah ker? Tak
nak awek keliling pinggang macam Hafiz si kasanova kolej.
“Hmm.. I ada juga fikir nak berubah. Tapi..”
Im menung sejenak.
“Kau nak berubah?!” aku tampar bahu biar dia
sedar dari lamunannya.
“Hoi mak engkau jatuh parit eh! Longkang!”
pecah ketawaku mendengar Im melatah. Whua hua hua! Ni yang best ada kawan
melatah.
“Eh, you ni. Kalau tak kejutkan I memang tak
sah lah. Hmm, I memang nak sangat berubah, ada girlfriends keliling pinggang.”
Eh, tindakan positiflah!!!
“Aku jadi make-over kau nak?” aku usulkan
cadangan yang memang dah lama aku rancang.
“Make over?” soalnya pelik. Aku senyum,
sampai ke telinga beb.
*****
“Huih! Besarnya rumah kau!” aku buat muka
teruja tengok rumah bangle 3 tingkat tu.
“Adoh! You tak boleh diam ke? Dari tadi
asyik nak cakap je. Yer, I tahu rumah I besar. Rumah You mesti kecik kan?” Hmm,
ayat tak boleh blah mamat sotong ni.
“Jom masuk.” Ujarnya setelah sampai di
gerbang pintu.
“Silakan masuk Tuan Muda. Eh! Cik Mm…”
“Eherm!!!” Aku mendehem kuat .Bibik ni, mau
kasi tembelang aku pecah ka? Aku kerdipkan mata, dan bibik menganguk faham. Aku
senyum.
“HAH, m..m.make-over?!
Bb..b.rubah?! Im?!” Hwaduh, boleh pulak aunty tergagap. Ha, tak caye letteww.
Haha.
“Begini mak cik, saya cadang nak kasi Im ni
berubah menjadi lelaki sejati. Nak minta izin mak cik kasi saya pinjam duit.
Yelah, berubah pun perlu duit jugak kan.” Ceng ceng ceng, watak si miskin aku
keluar da.
“Baguslah tu, nanti mak cik kasi pinjam platinum
card mak cik.” Ujar aunty. Whoaa, kad platinum! Kad no limit. Hehe.
-bersambung-
No comments:
Post a Comment