“Kenapa
dengan you ni?!” Azz meninggikan lagi suaranya. Dia tidak lagi menghiraukan
pandangan orang sekeliling di restoren tersebut. Pernyataan Nisa telah mencabar
kesabarannya.
“You mengaku
je lah. Sampai bila you nak tipu I lagi hah!” Nisa sikit menengking kearah Azz.
Tidak mungkin gambar yang dilihatnya sebentar tadi adalah diedit. Dia tidak
cukup tua untuk membezakan mana gambar yang diedit dan mana gambar yang tidak
diedit. Gambar yang menunjukkan kecurangan Azz pada dirinya.
“Heh! Kamu
jangan nak percaya semua itu. Itu semuanya fitnah Nisa. Ada orang yang tidak
puas hati dengan hubungan kita, saya pasti Nisa. You, percayalah…” rayu Azz.
“Cukup! I
tak mahu percaya dengan tipu muslihat you lagi.” Nisa beredar setelah selesai
menuturkan kata-katanya. Azz meraup wajahnya. Fikirannya kusut! Dunia sekarang
berbeza, manusia sanggup melakukan apa sahaja demi kepentingannya. Teknologi
pun semakin maju sehingga manusia tidak dapat membezakan antara edit dan
realiti.
…
“Hahaha,
tidak lama lagi Nur Anisa Safiya akan jatuh ke pelukanku. Hahaha, kau cukup
bodoh Nisa sehingga percaya akan gambar itu. Tapi, bodoh-bodoh pun kau, aku
tetap sayangkan kau! Dan Tengku Azzril, padan muka engkau!” Ramli bermonolog.
Sesungguhnya dia menginginkan keretakan hubungan antara Azz dan Nisa. Yang satu
ingin dimilikinya, dan yang satu ingin dia singkirkan. Ya, sungguh senang untuk
dia mengolah gambar yang menjadi punca pergaduhan antara Azz dan Nisa. Ramli
telah mengupah seseorang yang professional untuk mengedit gambar-gambar
tersebut.
…
Selama
sebulan Nisa tidak melayan panggilan mahupun pesanan ringkas dari Azz. Dia
jelak dengan pujukan dan mulut manis Azz, dia sudahh tawar hati.
“Kak Ngah,
nape tak jawab panggilan tu. Bisinglah. Acik nak baca novel pun tak boleh.”
Ngomel adik Nisa, anak bongsu dalam keluarga. Nama sebenar Nur Arida. Mereka
juga mempunyai seorang kakak yang sering dipanggil dengan panggilan ‘Kak Long’
iaitu anak sulong keluarga tersebut. Nama penuhnya ialah Nur Khalisya.
“Tak nak
lah. Kalau acik nak jawab sangat, pi lah jawab. Akak tak kisah.” Nisa enggan
menyambut panggilan dari Azz.
“Betul ni?
Jangan menyesal pula kalau Abang Azz terjatuh ok, terjatuh cinta kat Acik.”
Acik berseloroh. Kata-kata Acik secara tidak langsung menghiris hati Nisa.
Betul ke? Hisy, aku sekeh kang budak ni. Hmm. Nisa menidakkan perasaannya. Dia
berusaha untuk kelihatan normal di hadapan adiknya. Dia tidak ingin adiknya
mengesan keresahan yang dialaminya. “Hisy budak ni, aku sekeh kang ada yang
nangis ngadu ngan mak.” Nisa mengawal perasaannya. Acik mencebik.
…
2 bulan
berlalu namun Nisa masih mengendahkan panggilan dan sms dari Azz. Azz juga
tidak putus-putus menghubungi Nisa dan adakalanya dia berhubung dengan adik
Nisa, Acik untuk bertanyakan perihal Nisa dan membantunya memujuk kakaknya.
“Kak, kakak
maafkanlah Abang Azz. Kesian Acik tengok dia. Hari-hari dia call Acik minta
Acik pujuk kakak bersama lagi dengan dia.” Acik mencuba nasib memujuk kakaknya.
Ya, dia akui memang susah untuk memujuk kakaknya yang berhati batu bata ni.
Malang betullah siapa yang mendampingi kakaknya ini. Ops! Memang malanglah
Abang Azz dapat pasangan seperti kakaknya ini. Berbeza dengan dirinya. Jika
hati kakaknya keras seperti batu bata, hatinya cuma keras seperti kerak nasi
dan apabila direndam dengan air, dengan mudahnya ia akan lembut. Hmm..
“Biarlah.
Akak dah lama da maafkan Abang Azz. Cuma akak nak uji dia sikit.”dengan muka
slumbernye Nisa menjawab.
“Hisy, tak
baik tau kakak buat Abang Azz macam tu. Nanti Abang Azz putus asa pujuk kakak,
dia cari yang lain, tak kan naya kakak.” Acik berkata. Namun kata-kata Acik
menyakitkan perasaan Nisa, lalu Nisa naik berang. “Kenapa Acik kata macam tu?!
Kakak percaya Abang Azz masih setia dengan kakak!” Nisa sedikit meninggikan
suaranya lalu berlalu ke biliknya.
…
“Abang Azz,
parah ni. Acik dah cuba sedaya upaya pujuk Kak NIsa, tapi hati dia keras macam
batu.” Acik mengadu kepada Azz melalui panggilan telefon. Azz mengeluh.
“Hmm.. tak
pe lah, lain kali kita cuba lagi eh. Hmm.. Ida dah makan?” Azz menyoal.
Sememangnya perkara itu memang selalu diutarakan setiap kali mereka membuat
panggilan. Acik tersenyum, dalam hati ada taman. Bahagianya dia. Panggilan
‘Ida’ memang panggilan biasa antara
dirinya dan Azz.
“Dah, Abang
Azz? Dah makan?” soal Acik pula. Sengketa antara Abang Azz dan kakaknya
diketepikan dahulu. Dan perbualan tersebut berlajutan sehingga larut malam. Dua
insan tersebut sangat bahagia mendengar suara masing-masing di corong telefon.
Terima kasih telefon kerana menjadi penghubung utama antara kami.
…
Seminggu
selepas itu, Acik sedar, hubungannya dengan Azz bukan sekadar teman bicara di
telefon tetapi hubungan tersebut sangat istimewa. Azz juga sedar akan itu. Acik
tahu, hubungan tersebut bakal menyakiti hati kakaknya. Namun, tiada apa yang
boleh dilakukan. Acik juga berkeras bahawa tiada apa yang dapat menghalang
hubungan istimewanya dengan Azz. Dengan ini, selama 3 bulan Acik dan Azz
berhubung, akhirnya masing-masing mengesahkan perasaan masing-masing. Dan,
dengan rasminya, Nur Arida menjadi kekasih Tengku Azzril tanpa pengetahuan
NIsa. Walhal, mereka tahu hati siapa yang bakal mereka hancurkan.
Sebaik-baiknya hubungan tersebut disembunyikan dahulu. Tiba masa yang sesuai,
mereka akan menjelaskan perkara yang sebenar.
Petang itu,
sedang Nisa membaca majalah ‘Mangga’ yang baru dibelinya, bunyi telefon rumah
berdering. Nak-tak-nak dia terpaksa menjawab panggilan tersebut walaupun
dirinya malas mengangkat panggilan tersebut.
“Hello.”
Nisa memulakan komunikasi.
“Hello.”
Suara itu membuatkan Nisa tergamam. Namun segera dia buat dunno.
“Cari
siapa?” soal Nisa. Sengaja ingin menduga hati si pemanggil. Fikiran Nisa
mengharapkan bahawa si pemanggil akan mencari dirinya.
“Saya nak
bercakap dengan Ida.” Jawab si pemanggil. Jawapan tersebut amat meragui perasaan Nisa. Namun sengaja dia
tepiskan pemikiran negatifnya itu Nisa mengangkat bahunya. Mungkin ada hal yang
penting hendak dibicarakan dengan Acik kot. Segera Nisa memanggil Acik. Acik
melangkah kearahnya sambil tersenyum. Mereka seolah-olah berjanji untuk OTP
petang ini. Nisa melangkah ke ambang pintu dan duduk disana. Sengaja dia duduk
disitu, ingin mengintai butir bicara antara si pemanggil dengan adiknya.
Kata-kata Acik tempoh hari berulang di mindanya.
“Betul ni? Jangan menyesal pula kalau
Abang Azz terjatuh ok, terjatuh cinta kat Acik.”
Dia takut
untuk membuat andaian. Dia takut rajuk panjangnya akan memusnahkan perasaannya.
Acik yang
asyik berbual tidak sedar akan tingkah laku kakaknya yang sering mengintai
dirinya. Sayup-sayup kedengaran dialog itu di telinga Nisa. Tidak sanggup dia
mendengarnya. Boleh bernanah telinga dibuatnya. Meluat betul dia mendengarnya.
“Baby, baby
dah makan?”
“Baby, bila
nak ajak Ida pergi tengok wayang ni?”
“Ala,
bucuk-bucuk, janganlah merajuk. Baby tahukan, Ida sayangkan baby lebih dari
segalanya.”
Argghhh!
Bedebah punya adik! Sejak bila pula nama Acik boleh tukar jadi Ida. “Baby-baby,
sayang-sayang!” Nisa mengajuk perbualan adiknya dengan si pemanggil. Tidak
boleh jadi ni. Arghh! Bodoh kau Nisa, memang bodoh. Setelah perbualan tersebut
tamat, dengan segeranya Nisa meluru kearah adiknya dan.. “Pang!” satu tamparan
maha hebat hinggap di pipi mulus milik Acik. Acik memegang pipinya yang terasa
pinar sambil menentang panahan mata kakaknya. Nafas Nisa sudah tidak teratur.
Dadanya turun naik, mukanya merah menahan marah yang amat.
“Sejak bila
kau dah pandai rampas hak orang hah!!!” jerit Nisa. Perbualan antara Azz, ya,
dia kenal dengan suara si pemanggil, sangat kenal. Perbualan antara Azz dan
Acik amat mencabar kesabarannya.
“Jawab!!!”
jerit Nisa lagi bagai dirasuk syaitan. “Sejak ka..kakak.. tidak pe..dulikan..
Abang.. Az..zz.” tersekat-sekat Acik menjawab. Sungguh dia tidak menyangka akan
reaksi kakaknya apabila mengetahui akan
perkara yang sebenarnya.
“Sial kau!!!
Bodoh!!! Memang bodoh!!!” jerit Nisa lagi. Acik segera melarikan diri
kebiliknya, namun langkahnya diikuti oleh kakaknya. Nisa lantas menarik rambut
ikal milik Acik. “Auch!” Acik menahan perit akibat tarikan yang amat kuat. Nisa
kemudian menolak adiknya kearah katil. “Aku tak suruh kau ambil dia bodoh!!!”
jerit Nisa. Acik gagahkan dirinya menuju kearah kakaknya lantas memeluk kaki
kakaknya seolah-olah dirinya meminta ampun dari kakaknya. Nisa menepis dengan
kasar membuatkan Acik tersungkur. “Kak, maafkan Acik. Acik tak berniat pun nak
rampas Abang Azz dari kakak. Acik pun tidak ingin perasaan ini hadir, semakin
Acik lupakan semakin ia kuat menguasai jiwa Acik.” Acik membetulkan yang salah.
Nisa kemudian terduduk dan menekup mukanya. Dia menangis seperti meratapi
kematian. Mujur orang tua dan Kak Long mereka tiada dirumah ketika itu untuk
menyaksikan adegan yang memilukan ini.
…
Nisa
bermalam di rumah kawannya, Atul. Tidak sanggup rasanya setiap hari menatap
muka adiknya yang sangat dibencinyaitu. Seminggu sudah dia menginap di rumah
kawannya itu, apabila orang tuanya menyoal kenapa dia mengapa menginap di rumah
kawannya itu, dia menjawab kerana ia berdekatan dengan tempat kerjanya. Itu
alasan yang munasabah kerana memang rumah Atul berdekatan dengan tempat
kerjanya.
Petang itu,
giliran Nisa pula untuk membeli barang dapur. Nisa turun ke supermarket bagi
mengisi kekosongan di dapur. Ketika berjalan-jalan di sekitar supermarket,
terasa perutnya memulas. Mula-mula Nisa mengabaikannya, setelah beberapa saat,
perutnya kembali normal. Disangkanya panas hingga ke petang rupanya hujan di
tengah hari, perutnya kembali memulas. Namun kali ini, ia lebih sakit dari yang
tadi. Rasanya seperti mencengkam dan mencucuk-cucuk perutnya. Nisa
terbongkok-bongkok menahan kesakitan yang ditanggungnya sambil tangan kanan
menekan perutnya berharap kesakitan tersebut berkurangan. Namun usahanya
sia-sia, dia mempercepatkan langkahnya menuju ke kereta. Nisa memandu menuju ke
hospital yang berdekatan.
“Apa
penyakit yang saya alami doktor?” Nisa menyoal kearah doktor hitam manis yang
bernama Eliza tersebut. Wajah doktor tersebut tiada riak. “Cik mengalami kanser
perut peringkat pertama.” Jawapan doktor itu telah merobek hatinya. Kanser?
“Kanser saya
sempat dirawat ke doktor?” Nisa menyoal. Bimbang juga hatinya jika dia hidup
tidak lama lagi. “Memandangkan kita dapat kesan kanser cik dengan cepat, hanya
dengan melakukan pembedahan sahaja yang dapat menyembuhkan penyakit cik. Itupun
peluangnya hanya 50% untuk pembedahan tersebut berjaya.” Setitik demi setitik
air mata jatuh ke pipi Nisa. Ya Allah..
“Sementara
ini, kami hanya mampu memberi cik ubat penahan sakit. Jika cik sedia untuk
pembedahan, sila maklumkan kepada kami.” Nisa mengganguk, doktor tersebut pun
berlalu pergi. “Ya Allah, inilah hikmahnya Engkau pisahkan aku dengan Azz dan
satukannya dengan addikku. Aku redha ya Allah, aku redha dengan apa yang Engkau
tentukan.” Nisa menangis. Dia pulang ke rumah orang tuanya dengan niat ingin
meminta maaf dari Acik. Kini, dia sanggup berkorban demi kebahagiaan adiknya.
…
Acik telah
memaafkan Nisa. Dia bersyukur kerana kakaknya merestui hubungannya dengan Azz.
“Kakak sanggup berkorban demi
kebahagiaan Acik.”
Ayat itu sering bermain dimindanya. Dia berasa sangat bahagia. Acik dan
kakaknya pun berdamai. Sekarang Acik sering melihat senyuman manis terukir di
bibir Kak Nisa. Sesungguhnya, senyuman tersebut payah untuk Nisa lakarkan.
Bukan senang baginya untuk melupakan Azz, namun dia relakan segalanya.
Petang itu,
Nisa menghantar pesanan ringkas kepada Azz.
Can we meet now? I need to talk with
you. –Nisa
Kenapa? Perlu ke..? –Azz
Ini pertemuan terakhir kita. Saya
janji. –Nisa
Ok. –Azz
Seperti yang
dirancang, mereka bertemu di tepi pantai.
“Nak cakap
apa? Cakaplah. Saya busy ni.” Azz menilik jam tangannya. Manakala Nisa
menikamati pemandangan indah sambil memeluk tubuh dan membelakangi Azz.
“Saya nak
tanya beberapa soalan je.” Pendek jawapan Nisa. Sedaya upaya dia menahan air
matanya daripada jatuh. Dia tidak boleh kelihatan lemah di hadapan Azz.
“Betul awak
sayangkan Acik?” soalan pertama dari mulut Nisa. “Ya, saya memang sayangkan dia
lebih dari segalanya.” Jawapan dari Azz memang cukup perit untuk ditelan.
“Sejak bila
awak jatuh cinta dengan dia?” soalan kedua pula diajukan kepada Azz, Azz
berfikir sejenak. “Sejak awak merajuk. Saya mula menghubungi Acik dan meminta
bantuannya untuk memujuk awak namun usahanya sia-sia sahaja. Setiap hari saya
menghubungi Acik bagi bertanyakan tentang awak, namun tiada harapan. Hati awak
keras ketika itu. Sampai suatu masa, saya rasa lain apabila selalu menghubungi
Acik dan berbual dengannya sehingga larut malam. Mulanya saya menidakkan
perasaan ini, namun gagal. Akhirnya saya mengakui bahawa saya benar-benar
mencintai Acik. Begitu juga dengan Acik. Kami berdua saling mencintai.” Nisa
membiarkan Azz berbicara. Tanpa ditahan air matanya jatuh juga. Dia menundukkan
sedikit mukanya. Azz yang menyedari itu buat tak tahu je. Azz tahu masih ada
rasa sayang dan cinta Nisa buat dirinya. Namun dia lebih memilih cinta Ida.
Menyedari masing-masing senyap, Azz bersuara. “Hujung bulan ni saya nak hantar
rombongan meminang ke rumah awak. Saya nak berkahwin dengan Ida secepat
mungkin.” Sedaya upaya dia menyusun ayat, dia tahu Nisa akan sakit mendengar
akan hal itu. Apa boleh buat, dia tidak sabar untuk memperisterikan Ida. Nisa
yang mendengar akan hal itu, makin kuat air matanya merembes keluar.
“Sebelum
itu, saya nak janji suatu perkara dengan
awak.” Nisa menyuarakan suara hatinya. Azz bingung. “Apa dia?”
“Janji
dengan saya supaya menjaga Acik dengan sebaik-baiknya. Peliharalah keluarga
saya dari segala musibah. Awak sahaja yang boleh saya harapkan.” Nisa berkata.
Azz mengangguk. “Itu saya jamin, saya akan janji untuk menjaga adik awak dan
keluarga awak dengan sebaik-baiknya.” Azz tidak tahu itu adalah amanah terakhir
buatnya. Nisa menangis. “Okey lah, kalau tak ada apa-apa lagi yang hendak
dikatakan, saya pergi dulu.” Azz segera berlalu. Tidak sanggup dia melukai
gadis yang pernah disayanginya itu. Nisa terjelepok dan menekup mukanya. Dia
menangis teresak-esak.
…
“Mak ayah,
Nisa nak minta ampun banyak-banyak. Terima kasih kerana mendidik dan menjaga
Nisa selama ini.” Nisa menyalami tangan tua ibu dan ayahnya.
Sekurang-kurangnya, sempat lagi untuk dia meminta ampun daripada mak ayahnya
sebelum dia meninggalkan mereka untuk selamanya. Puan Aminah dan Encik Razak
tergamam melihat tingkah anaknya yang seorang ini. Pelik semacam je. Mereka hanya
mampu mengiakan permintaan anaknya itu, walhal mereka sentiasa mengampunkan
kesilapan yang dilakukan oleh anaknya itu.
…
Setelah 3
bulan mengikat tali pertunangan, hari pernikahan antara Tengku Azzril dengan
Nur Arida pun tiba. Nisa hanya mampu menghadiahkan senyuman plastik kepada
tetamu, Azz dan Acik. Sewaktu ijab Kabul dimulakan, Nisa duduk disisi Kak Long
nya. Kak Long nya telah sedia maklum akan sengketa antara Azz, Nisa dan Acik.
Begitu juga dengan orang tua Nisa. Mereka telah lama mengetahui hubungan
istimewa antara Azz dengan Nisa, entah
kenapa boleh kahwin dengan adiknya. Mak ayah Nisa serba salah untuk menerima
pinangan Azz buat Acik. Mereka tahu Nisa sangat mencintai Azz. Oleh sebab dua
insan ini saling mencintai, maka terpaksa mereka terima pinangan Azz buat Acik.
Saat tangan
Azz mengenggam tangan Tok Kadi, perut Nisa mula berasa sakit. Sakitnya datang
lagi! Ubat penahan sakit ada dalam bilik. Sabar Nisa, kau mesti tengok ijab
Kabul ni selesai dulu. Namun makin lama perutnya makin sakit. Nisa terpaksa
beredar. Dia menuju bilik berdekatan. Tidak tahan akan sakitnya, Nisa berjalan
terbongkok-bongkok sambil menekan perutnya bagi mengurangkan kesakitan. Orang
yang memandang tersengih-sengih, mungkin hendak melabur kot. Apabila sampai di
ambang pintu, Nisa terduduk sambil memegang bingkai pintu. Dia tidak tahan lagi
akan kesakitan yang dialaminya. Mulutnya pucat. Dia mengerang sakit. Mak dan
kakaknya yang melihatnya segera mendapatkannya, Acik juga kelihatan risau.
Akhirnya, pemandangan Nisa semakin kabur dan seterusnya gelap gelita. Orang
ramai mengerumuni mereka. Acara terhenti.
…
“Cik Nisa
perlu segera melakukan pembedahan. Seseorang perlu menandatangani borang
persetujuan ini.” Kata Doktor Eliza cemas. Mak ayah, Kak Long dan tidak lupa
juga Acik dan Azz bingung. “Kenapa anak saya perlu pembedahan? Apa penyakit dia
doktor???” Mak Nisa bersuara, muka nya seolah-olah hendak menangis. Ayah Nisa,
Kak Long dan Acik mengangguk setuju dengan soalan ibu mereka. “Cik Nisa
mengalami kanser perut peringkat pertama. Untuk menyelamatkannya, dia perlukan
pembedahan secepat mungkin dan pembedahan ini hanya 50% sahaja untuk berjaya.”
Semua yang berada disitu melopong. Puan Aminah hendak rebah namun sempat
disambut oleh suaminya dan ditenangkan oleh Kak Long. Acik dan Azz
masing-masing berasa bersalah dengan Nisa. Saat Encik Razak iaitu ayah Nisa
menandatangani boring persetujuan, semua yang berada disitu menitiskan air
mata. Mereka tidak tahu bahawa Nisa sedang bertarung dengan penyakitnya selama
ini. Mengunung rasa menyesal bagi Acik
kerana merampas hak Kak Nisa. Bagi Azz pula, dia bagaikan baru tersedar yang
perjanjiannya dengan Nisa selama ini adalah satu amanah untuknya. Dia meraup
wajahnya. Menyesal. Ya, itulah yang dirasakannya kini. Menyesal kerana menyakiti
Nisa. Selama ini, Nisa perlukan dirinya disisi untuk menghabiskan hari-hari
terakhir bersamanya. Namun sebaliknya yang berlaku.
…
Pembedahan
yang mengambil masa 3 jam setengah itu
telah berjaya. Semua orang memanjat kesyukuran. Tetapi selesai pembedahan, Nisa
disahkan koma. Setiap hari Azz berkunjung ke hospital bagi melihat keadaan
Nisa. Setiap kali itu juga dia berasa pilu. Hubungannya dengan Ida telahpun
diputuskan. Ida juga setuju dengan itu demi kakaknya.
…
3 tahun
kemudian..
“Mama!”
jerit Qalisya, hasil cinta Nisa dan Azz. Siapa sangka, 3 tahun yang lepas Azz
berjaya memujuk Nisa untuk kembali bersamanya. Acik juga tidak lupa untuk
memujuk kakaknya. Kali ini, Acik tidak berputus asa untuk menyatukan kembali
kakaknya dengan Abang Azz. Perasaan cintanya buat Azz telah dia lupuskan dari
hatinya. Walaubagaimanapun, kakaknya dan abang Azz mesti bersatu. Pujuk punya
pujuk, akhirnya Nisa setuju untuk bersama dengan Azz semula. Azz tidak mahu
kehilangan dirinya lagi. Cukup hanya peristiwa itu yang membuatkannya seperti
kehilangan separuh nyawa.
“Nape Lisya
jerit-jerit niy?” soal papanya, Azz.
“Papa, Lisya
nak ais-krim tu.” Tunjuk Lisya ke arah lori ais-krim tersebut. Azz menarik
hidung Lisya.
“Ok-ok,
nanti papa belikan.” Nisa yang duduk di bangku berhampiran hanya tersenyum
melihat telatah anak sulungnya. Sekarang, dia sedang mengandungkan anak
keduanya yang berada didalam rahimnya selama 9 bulan itu.
Ketika Azz
melangkah, dia mendengar erangan Nisa. Nisa rasa sudah tiba masanya untuk dia
melahirkan anaknya itu. Azz laju mengorak langkah ke arah isterinya, namun
tangannya ditarik Qalisya bagi membelikannya ais-krim.
“Qalisya,
nanti papa belikan Lisya ais-krim eh. Adik Lisya nak lahir tu.” Jelas Azz pada
anaknya itu. Lisya membuat duckface.
“Ala baby
ni, jeles lah tu Lisya nak makan ais-krim.” Azz tersenyum mendengar keletah
anak sulungnya itu.
-TAMAT-
No comments:
Post a Comment