Tuesday, 15 December 2015

Cerpen #6 Kau Syurgaku




   “Saya sukakan ustaz.”

   “Hah!?”

   Uhuk! Uhuk!

***

   “Saya sukakan ustaz.” Ujar Hara tiba-tiba.
   “Hah?!” jerit Fira spontan.

    Ya Allah, benarkah selama ini Hara memang menyimpan perasaan terhadap ustaz Haris? Ya Allah, kuatkah aku menghadapinya kerana aku juga turut menyimpan perasaan terhadap ustaz Haris. Ternyata memang benar kata-kata Hara selama ini yang mengatakan bahawa dia telah lama jatuh hati kepada ustaz muda itu. Terngiang-ngiang segala kata-kata Hara yang menyatakan bahawa dia jatuh suka pada ustaz itu.
   “Ustaz tu handsomelah Fira, aku rasa aku sukakan ustaz tu.”

   “Oh my.. Tengok tu, Fira!! Ustaz tu macho arr..”
   Look at that, so sexy.. aku rasa semakin hari aku jatuh suka.. Haip!! Aku.. aku cintakan dia..”

    Ya Allah, aku je yang tak endahkan kata-kata Hara selama ini. Aku je yang buat bodoh terhadap perlakuan Hara yang cuba menarik perhatian ustaz Haris. Dan aku juga ke yang perlu beralah demi meraih cinta ustaz Haris?
    Fira mengeleng.

     Ya Allah, apa yang aku fikirkan ni. Adakah ustaz Haris turut menyimpan perasaan yang sama terhadap ku? Adakah ustaz Haris juga sukakan Hara. Apa yang aku mengarutkan ni? Tapi, ustaz Haris juga melayanku dengan baik sekali, layanannya berbeza dengan layanannya terhadap pelajar lain. Kawan-kawan juga turut perasan benda yang sama.

***
    “Saya sukakan ustaz.”
    “Hah!?”
     Uhuk! Uhuk!
     Aku berdehem membetulkan tekak yang perit akibat tersedak dengan air liur sendiri. Aku memandang Hara dengan muka yang penuh dengan persoalan. Hara hanya senyum. Aku memandang pula sahabat karibnya di sebelah, Fira. Ada sendu yang terlakar di wajahnya. Kenapa begini jadinya? Jujur aku lebih sukakan Fira, tetapi apa yang dikatakan oleh Hara merunsingkan aku. Apakah? Cinta segi tiga? Aku perasan sejak ini, Hara selalu cuba menarik perhatianku dengan pelbagai cara. Adakah ini menggambarkan bahawa Hara memang ada hati terhadapku? Allah Allah Allah Allah.

      Sejak aku masuk ke sekolah ini sebagai guru sandaran sebulan yang lalu, aku jatuh hati kepada Nur Syafira, pelajar tingkatan 5. Pelik rasanya kalau cikgu jatuh hati pada muridnya sendiri, tetapi aku, ustaz pulak tu, menghadapi situasi tersebut. Sering kali aku tepis perasaan itu, tapi usahaku sia-sia. Tak cukup dengan itu, aku memohon kepada Allah agar menghindarkan diriku daripada bisikan syaitan yang mencambahkan benih-benih cinta dalam diriku. Lama kelamaan, aku sedar aku kalah dengan perasaan ini. Perasaan cintaku terhadap Fira memang dikurniakan oleh Allah S.W.T. Tetapi aku takut, takut dengan nafsuku. Oleh itu, aku bertekad akan mengambil Fira sebagai suri hatiku setelah dia tamat persekolahannya. Tapi, …

***
   “Saya sukakan ustaz.”

   “Hah!?”

   Uhuk! Uhuk!

   Aku tersenyum puas, lega. Sebab apa? Hehe. Aku berjaya confes kat ustaz yang selama ni aku sukakan dia, aku.. cintakan dia.
   Salahkah?

    Tiada hukum dalam islam yang menyatakan bahawa pelajar dilarang bercinta atau menyimpan perasaan terhadap guru yang mengajar.
     Pelajar lain mula sibuk berbisik-bisik. Arghh! Tahu sangat apa tajuk utamanya kalau bukan ‘Hara sukakan ustaz Haris’. So what?! Do i care?  Bunyi bisikan yang semakin kuat kedengaran merimaskan aku. Errghh! Nak kena sangat kan?

     “Shut up!!! Wei! Kalau aku dengar orang ada gosip pasal aku lepas ni, sorang-sorang aku lesing kang!” jeritku kepada seluruh pelajar dalam kelas agama ni.
      Huh! Ni Hara lah.. Nur Syahara Bt Ahmad Zain. No one dares to object my final decisions. If they do that so, huh! They know what can I do to them. So, siapa-siapa yang ada gosip liar pasal aku, mereka just  pendam buat pengetahuan masing-masing. No need to spread such that rumors!  Kalau berani juga, kena berani berhadapan dengan aku. Hey! Ni mafia sekolah arr.. boleh kata semua pelajar takutkan aku, even gangster budak lelaki pun takutkan aku. Mereka takutkan aku bukan kerana aku anak ustazah Amira yang terrrsangatlah garang, dan bukan juga kerana aku anak pengetua sekolah ni. No!!!  sorry kay, aku tak hadap pun status sebegitu. Dah memang aku seorang yang bad-tempered.

      Sorang je aku salute sangat-sangat, selepas ibu bapa aku, Fira je yang boleh tahan dengan sikap aku tu. Nur Syafira Bt Ilyas. Anak seorang petani. Dari situ semua orang dapat lihat perbezaan status kami berdua. Berbanding dengan aku, anak seorang hartawan dan ibu bapa terdiri daripada orang yang terpelajar. Wal hal, Fira hanya mempunyai ayahnya sahaja. Ibunya sudah lama meninggal dunia. Ayahnya pula hanya dapat mengusahakan sawahnya yang hanya beberapa hektar di belakang rumahnya. So sad.
        Kata orang Fira lebih ayu berbanding aku. Kata orang Fira lebih pandai daripada aku. Kata orang Fira lebih beradab daripada aku. Kata orang juga Fira lebih baik dan pandai menghormati orang lain tidak kira umur. Malah, kata orang juga Fira lebih segalanya berbanding aku. Dan satu je  yang paling aku ingat, kata orang aku dan Fira ialah kembar tak seiras, and they also said that “one is an evil and one is an angel”. Grrrr.

         Well, I admit it bahawa Fira lebih ayu daripada aku. Aku tak ayu, tapi aku cantik. Hehe. Bukan auta tapi fakta, ok! Tang pandai tak pandai, siapa kata aku tak pandai? Wei! Aku dapat nombor dua lerr dalam kedudukan kelas. Yang nombor satu, sah-sahlah Fira yang dapat. Dah orang kata dia lebih pandai dari aku. Pasal baik tak baik tuh, depends arrr dengan orang yang berada disekeliling aku. And lastly, I can’t deny when people said that I don’t know how to respect other people. Tapi kan, aku memang respect arr kat parents aku. Kalau tak respect, ni ha! Punggung aku akan jadi lebih besar dari saiz normal sebab kena libas dengan ustazah Amira a.k.a my mom. Hehe.
      And once, when they said that Fira lebih sopan daripada aku. Memang aku akui itu. Because, aku, pakai tudung pun singkat. Kain pun singkat sampai nampak stoking hitam dalam. Lengan baju kurung sekolah selalu aku singsing sampai ke siku. Berbeza dengan Fira, tudung pun labuh wei.. kain kalau tak sapu lantai tak sah. Even dia pakai baju kurung yang lengannya sampai ke pergelangan tangan, dia tetap pakai inner. Well, wanita melayu terakhir katakan.

      Whatever lah kalau orang nak kata aku ni anak ustazah ja tapi tak serupa maknya. Eh, hello! Kena ingat yang iman seseorang tak boleh diwarisi tau. Takkan anak imam sekalipun beriman macam bapaknya ya tak ya? Dah kalau gitulah, aku sanggup suruh semua lelaki kat dunia ni jadi imam, biar kita semua beriman.

   Back to the reality.
      Lepas aku jerit pada semua orang, satu pun tak berani nak bersuara. Tulah.. cari pasal dengan aku, kan dah kena..

   “Hara, behave! Ni kelas agama bukannya pasar malam sampai nak jerit keluar anak tekak.” Ujar ustaz Haris terhadap perlakuan Hara yang melampau baginya.
     Hara yang sedari tadi berdiri hanya melemparkan senyuman menggoda terhadap ustaz Haris. Jarinya dengan gedik menggetil hujung tudungnya yang singkat.

     Ustaz Haris mendehem membetulkan suaranya. Kepalanya digeleng beberapa kali untuk melupakan kata-kata luahan daripada Hara sebentar tadi dan mula menulis di papan putih dihadapannya.
   “Okey, kita teruskan bab Perkahwinan ini. Ustaz nak habiskan bab ini secepatnya agar nanti kalian mudah untuk mengulang kaji sebelum SPM. Sesiapa ada soalan boleh tanya.” Ujarnya penuh berkarisma. Dia perlu professional menghadapi masalah seperti ini.

*****
   Kisah itu sudah berlalu 5 tahun yang lalu. Hara ketawa kecil apabila mengimbau kisahnya bersama ustaz Haris dan Fira. Fira? Apa khabar Fira sekarang ni? Tamat  sahaja sesi persekolahan mereka, masing-masing mempunyai haluan tersendiri. Kedua-dua mereka mendapat keputusan yang sama iaitu 9A. Semasa mengambil keputusan SPM pun Fira tidak kelihatan. Dia hanya mendengar Fira menyambung pelajarannya di UPM Serdang manakala dirinya mendapat tawaran pengajian ke luar negara.

   Bukannya dia tidak tahu bahawa Fira juga turut menyimpan perasaan terhadap ustaz Haris, begitu juga ustaz Haris. Maksudnya mereka berdua memang saling mencintai. Dan dia hanya menjadi batu penghalang.
   Patutkah dia mengalah? Patutkah dia mengundurkan diri? Fira tu kawan baiknya, dan dia menyayangi Fira dan telahpun menganggapnya adik.

   Once, people said that she is an evil and Fira is an angle. Kejam. Yes! Dia kejam. Walaupun dia tahu ustaz Haris dan Fira saling mencintai, dia teruskan saja niatnya untuk meluahkan perasaannya terhadap ustaz Haris, kerana dia turut mencintai ustaz Haris. Kisahnya bukan cliché, ya.. memandangkan Fira tu kawan baiknya, dia sepatutnya mengalah? No! Tak akan orang yang bernama Hara itu mengalah. Ya, dia memang sayangkan persahabatannya namun dia lebih sayangkan ustaz Haris       .

   Tuk! Tuk! Tuk!
   Hara sedar dari lamunannya apabila cermin keretanya diketuk. Hara memandang mak cik yang mengetuk cermin keretanya dengan pandangan pelik. Hara membuka cermin keretanya.

   “Ya? Any problem?” soal Hara sombong.
Kelihatan mak cik itu mengucap perlahan.

Smirk.
Dia tahu sangat apa yang mak cik itu fikirkan. Tipikal orang melayu, huh!

Yala, dengan rambutnya yang berwarna kekuningan sepertinya orang barat, make up yang tebal, kot? And dress singkat paras peha dengan kedua-dua bahagian pinggangnya, kiri dan kanan didedahkan. Alaa.. yang macam perempuan kat iklan nivea tu.. kot lah? Haha.
   “Aku tahulah aku ni macam perempuan jahat kat drama tu, seksi dengan make up tebal. Janganlah kau duk mengelamun bertengek kat kereta aku ni, ha. Kau nak tanya, tanya cepat.”

   “Tak apalah cik.” Cepat-cepat mak cik itu melangkah. Niatnya hanya menegur dan menyuruh gadis itu turut masuk ke surau kerana azan maghrib akan berkumandang sekejap lagi. Melihatkan percakapan gadis itu sangatlah kurang ajar, dia batalkan niat. Dia terus meluru kepada ahli-ahli mesyuarat tingkapnya itu untuk menceritakan kejadian sebentar tadi.
   “ak ala.. dia ni, aku bagi peluang cakap tak nak.”

Langit semakin gelap, segera Hara menutup cermin keretanya dan ingin terus beredar dari kawasan surau itu. Entah kenapa dia perlu berada di sini. Sebentar tadi, akibat marah dengan kedua-dua orang tuanya, dia hanya memandu tanpa haluan.
   Ketibaannya di Malaysia pagi tadi disambut meriah dengan kedua-dua ibu bapanya, namun kemeriahan itu hanya bersifat sementara apabila melihatkan penampilannya yang berubah seratus peratus. Sepanjang perjalanan menuju ke rumah, keadaan dalam kereta sangat dingin kerana ibu bapanya bertindak mendiamkan diri. Tetapi, sampai sahaja di rumah, dia terus disembur. Dek kerana sakit hati, dia terus meluru keluar dengan kunci kereta di tangan.

     Berbalik kepada dirinya sekarang.
     Apabila dirinya mahu menutup pintu kereta, matanya tiba-tiba tertancap pada wajah insan yang paling dia cintai suatu ketika dahulu.

   Ustaz Haris!
   Dengan wajahnya yang basah akibat terkena air wuduk barangkali membuatkan dia tampak lebih seksi. Hara mencair.

   Segera dia mendapatkan ustaz Haris. Dia tidak akan melepaskan peluang ini kerana mungkin dia tidak akan bertemu lagi dengan ustaz Haris.

    “Ustaz Haris!”

   Haris mengangkat mukanya yang sedari tadi menunduk. Siapakah yang memanggilnya? Lagi-lagi mengunakan gelaran ‘ustaz’. Setahunya sudah lama dia meninggalkan sekolah tempat dia mengajar dulu. Barangkali bekas pelajarnya kot.
   Haris terkejut. Siapakah gadis di hadapannya kini. Hantu raya kah? Sudahnya muncul pada waktu sebegini.

   “Ustaz. Ustaz tak kenal saya lagikah?” soal Hara ceria. Siapa tak suka, setelah 5 tahun berlalu, dia bertemu kembali dengan kekasih hatinya itu. Wajah ustaz Haris kini lebih macho, handsome dan tampak maskulin dengan janggut sejemput di bawah dagunya itu dan sudah pandai bercermin mata. Bibirnya, usah dikata! Itulah part yang Hara paling suka. Huhu, merah bak delima. Macam bibir perempuan!

   “Cik ni, siapa ya?” soal Haris kehairanan.

   “Ustaz, ni Hara lah.. sampai hati Ustaz lupakan Hara.”  Hara mula mempamerkan wajah kesiannya.

  Haris terbatuk kecil. Benarkah perempuan di hadapannya ini Hara? Macam mana dia boleh sampai kesini? Kenapa perlu dia bersemuka dengan perempuan ini lagi? Allah, bantulah hambaMu ini. Huhu. Banyak-banyak mahkluk, mahkluk yang bernama Hara lah yang paling dia tidak ingin untuk berjumpa lagi. Jahatkan? Dan, dia tidak percaya dengan apa yang dilihatnya kini. Allah! Ampunkan daku kerana telah melihat aurat bukan mahramku. Lastlyyy, kenapa? Kenapa perlu berjumpa lagi dengan Hara setelah dia baru beberapa hari bergelar suami??? Lagi-lagi setelah dia memperisterikan Fira. Mak!! Haris macam dah agak apa yang akan berlaku dalam rumah tangga Haris. Bukannya kebahagiaan, tetapi sebaliknya! 

   “err.. Hara ya? Hmm.. maaflah, saya nak pergi solat ni.” Haris terus memasuki surau dari terus-terusan diasak oleh Hara dengan soalan-soalan yang dia boleh agak.

*****

   Hara tersenyum sendirian apabila mengenangkan kembali pertemuannya dengan ustaz Haris tempoh hari. Sudah kahwinkah dirinya? Huh! Kalau sudahpun, masih lagi ada tiga ruang kosong untuk diisi.

   Yes! Dia nekad untuk menjadi isteri ustaz Haris. Sudah lama dia mengimpikan untuk menjadi isteri ustaz Haris. Entah sebab apa dia nekad untuk berkahwin dengan ustaz Haris pun dia tidak tahu. Yang dia tahu kini, dia sangat cintakan ustaz Haris meskipun dia tahu perasaan cintanya hanya bertepuk sebelah tangan. Dia tidak peduli, by hook or by crook, ustaz haris mesti jadi suami dia. Yalah.. kalau nak menang perlu jadi bodoh. Kalau nak jadi isteri ustaz Haris, perlu jadi bodoh dan abaikan perasaan ustaz Haris yang sangat-sangat tidak sukakan dia. Yer.. dia tahu itu. Perlu jadi bodoh dan tulikan telinga dengan apa yang orang nak kata. Yelah, orang macam dia mana layak jadi isteri ustaz Haris. Kan?

   Dia kini mendiami sebuah kondominium. Dia mengambil keputusan untuk tinggal berjauhan dengan kedua-dua ibu bapanya. Mana dia tahan kalau parents dia duk nagging pasal perubahan yang dialami oleh satu-satunya anak kesayangan mereka. Why? Aku suka macam ni. Aku dah biasa.

   Lagipun dia pindah pun kerana takut kelak dia sudah pandai berkurang ajar dengan kedua-dua ibu bapanya. Meskipun dengan keadaannya begini, dia tetap sayang dan hormat ibu bapanya, namun dia sangatlah tidak suka apabila ibu bapanya mengawal segala apa yang dia buat, segala apa yang dia pakai dan segala apa yang di makan. Its doesn’t give me a shit!

   Dimana dia tinggal sekarangpun tidak diketahui oleh ibu bapanya. Namun dia seringkali menghantar teks mesej bahawa dia di tempat yang selamat dan dalam keadaan sihat kepada ibu bapanya.

   Dia juga telah mempunyai kerjaya tersendiri, cukup malah lebih cukup untuk menampung kehidupannya kini.

*****

   Hari minggu, Hara pulang ke kediaman ibu bapanya. Kepulangannya ini membawa satu niat yang jelas. Dia ingin menyampaikan hajatnya untuk mempersuamikan ustaz Haris. Pelik bunyinya kan?

   Setelah hajatnya disuarakan, kedua-dua ibu bapanya kelihatan sangat terkejut. Haruslah! Takda angin takda ribut, tup tup nak pinang anak teruna orang. Wait! Terunakah kalau dah kahwin? Kuning betul! Hehe. Entah mengapa, perasaannya kuat mengatakan yang ustaz Haris itu telahpun menjadi milik orang. Tapi, Hara ni mana kisah kan?

   “Umi, babah, Hara janji akan berubah kalau umi dan babah setuju untuk pinangkan ustaz Haris untuk Hara. Biarlah ustaz Haris bimbing Hara, lagi dia dapat banyak pahala.” Boleh pulak aku guna konsep dosa pahala? Hehe. Ni lah dia titik kelemahan umi and babah.

   “Hara yakin ke dengan keputusan Hara? Umi taknak nanti Hara yang terseksa perasaan.” Ujar usatazah Amirah. Dia tak nak Hara yang menjadi mangsa keadaan. Dia juga tidak mahu Hara bertindak menganiayai perasaan yang sama kaum sepertinya, lagi-lagi kawan baiknya sedari dulu. Kenapa pulak?

   “Hara, babah dengar ustaz Haris tu dah kahwin. Kahwin dengan apa nama budak tu.. ha! Fira! Yang kau duk kepit-kepit dulu. Ustaz Haris dahpun kahwin dengan Fira. Hara yakin ka dengan keputusan kamu nak?” babah pula datang menyampuk. Dia mahu yang terbaik untuk anaknya.

   Ustaz Haris dah kahwin? Dengan Fira? What the fudge? Bila masa mereka.. arghh! Apa dia tahu kalau dah dia dulu duduk kat negara orang. Patah hati? Wajib! Benci Fira? Atas sebab apa? Sebab dah dulu kebas si ustaz Haris? Haruslah dia benci.

   Tapikan, dia peduli apa. Ada lagi 3 tempat nak diisi. Well, seharusnya dan sewajibnya aku di tempat kedua. Tempat ketiga dan keempat jangan kau duk berani nak mengisi. Aku pancung dulu perempuan tuh!

   Lagi-lagi si Fira yang ‘bakal’ jadi madu dia. Mudahlah segala urusannya. Sebab apa? Jeng jeng jeng…

*****

   “Fira, izinkan aku jadi madu kau Fira. Aku janji aku tak melebih-lebih dengan ustaz Haris.”

   “Fira, kau tak kesiankan aku ka Fira? Aku perlu seseorang untuk bimbing aku dan semestinya orang yang paling layak ialah ustaz Haris.”

   “Fira, aku janji dan yakin yang ustaz Haris mampu untuk berlaku adil.”

   “Kau tak nak dapat payung emas ke?”

   “Fira please.”  Kehadiran air mata memantapkan lagi lakonan. Hahaha. Ketawa jahat dan jahat. Dah alang-alang orang dah awal-awal gelar aku si jahat, why not kalau aku nak menjayakan lagi watak aku kan? Huh! Macam best ja jadi orang jahat.

*****

   Fira menatap penuh sendu gambar perkahwinannya bersama Haris sebulan yang lalu. Baru sebulan, kenapa cepat sangat badai yang melanda rumah tangganya? Kenapa juga perlu Hara orangnya? Kenapa? Setelah 5 tahun tidak bersua muka, kenapa perlu berjumpanya dalam keadaan statusnya seorang isteri? Isteri Haris pulak tu.

   Terimbau kejadian siang tadi. Nampak sangat Hara mahu beria-ia berjumpa dengannya setelah dia tahu Hara ada memaksa seorang mak cik untuk menunjukkan jalan kerumahnya yang terletak di kampung ini. Ya, dia masih tinggal bersama ayahnya di kampung walaupun sudah berkahwin. Haris pun tidak keberatan untuk tinggal bersamanya di kampung walaupun dia kasihan dengan Haris kerana terpaksa memandu jauh ke tempat kerjanya.

   Haris kini outstation selama 3 hari, katanya kini dia berada di Nilai. Fira berniat mahu menyatakan hajat Hara kepada suaminya setelah suaminya pulang dari outstation. Ya, dalam keterpaksaan dia setuju Hara menjadi  madunya. Ada betulnya kata-kata Hara. Dia perlu seseorang untuk membimbingnya dan orang yang paling layak ialah Haris.

    Kasihan. Kasihan sungguh Hara. Kerana dunia, dia berubah sedemikian. Ketika pertemuannya tadi, sungguh dia terkejut melihat penampilan Hara yang.. nauzubillah! Seksi sungguh. Dengan rambutnya yang diwarnakan dengan warna kuning. Serupa dengan rambut minah-minah saleh. Hampir dia tidak mengenali Hara dengan make up nya entah berapa inci pun dia tidak tahu.

   Dia redha kalau itu yang sudah ditentukan oleh Allah. Dia yakin dengan ketentuan Allah. Mesti ada hikmah di sebaliknya. Allah pasti menjanjikan kebahagiaan buat dirinya kelak. Cuma sekarang dia perlu bersabar dan bersabar.

   “Abang, Fira berharap sangat abang boleh berlaku adil. Memang, Fira nak sangat abang lebihkan Fira dari segalanya, tapi Fira.. entahlah! Ya Allah, adakah aku mampu dan bersedia kelak ya Allah? Adakah aku bersedia menyambut orang baru yang semestinya bukan zuriat kami tetapi maduku? Adakah aku sanggup bermadukan kawan baikku sendiri? Sanggupkah aku menahan cemburu melihat kemesraan mereka sekiranya Haris berubah hati?

    Dalam kelam, dalam kegelapan malam, dalam renyai-renyai hujan, Fira menangis. Menangis dan menangis. Mengadu kepada sang Pencipta. Mengharap akan ada kebahagiaan di hujung derita yang mugkin dia tempuhi tak lama lagi.

*****

   Meskipun sukar untuk Haris menerima permintaan isteri tersayangnya, namun di akhir perbincangan mereka, dia terpaksa, terpaksa bersetuju. Tetapi satu hal yang dia mahu jelaskan kepada isterinya…

   “Abang tidak mungkin sayangkan Hara sepertimana abang sayangkan Fira. Abang bersetuju tapi tidak bermakna abang menduakan Fira. Insya Allah abang mampu bimbing Hara tetapi abang tak mungkin sayangkan dia. Abang nak Fira tahu, walaupun abang ada dua isteri, tetapi abang lebih sayangkan Fira. Ingat, apa sahaja yang berlaku antara abang dan Hara, abang tetap sayangkan Fira.”

   Fira menangis. Betapa setianya lelaki bernama Haris. Tetapi dia tahu, hati manusia sentiasa berubah-ubah. Tidak hairanlah nanti kalau Haris berubah hati dan lebih sayangkan Hara. Dia tahu itu. Tapi apa yang mampu dia lakukan. Dia kenal sangat macam mana orang yang bernama Hara. Bukan nak cakap apalah, tetapi setiap apa yang dia mahu akan dia dapatkan walau bagaimanapun caranya. Kotor atau bersih. Yang kotor itu Fira nak sangat elakkan. Boleh saja Hara memerangkap Haris supaya mereka ditangkap khalwat. Namun dia kenal Hara. Mulanya dia akan mengunakan cara halus untuk mendapatkan Haris. Sekalipun tidak berjaya, baru dia mengunakan cara kotor. Dia tidak mahu itu. Nanti apa orang kampung kata. Dia tidak mahu suaminya diaibkan. Dia bersukur sangat Hara meminta suaminya secara baik, kalau tidak? Mahu dia menangis 40 hari 40 malam. Huhu, naya tau tak?

*****

   “Aku terima nikahnya Nur Syahara Bt Ahmad Zain..”  bla bla bla

   Hara senyum kemenangan.

   Fira menangis. Rasa loser sangat-sangat.

   Haris? Keliru. Bingung. Rasa nak sangat dirinya hilang ingatan serta merta.

-bersambung-

*p/s: Alhamdulillah siap juga part 1. Nantikan pula sambungannya. Oh ya, do read do comment kay?

6 comments:

  1. Sis...pliss smbg...
    Pliss pliss pliss

    ReplyDelete
  2. Bila nk smbung?? Dh lama tunggu

    ReplyDelete
  3. Bila nk smbung nih sis? Jhatnya si hara nih.

    ReplyDelete
  4. Sis, tolong cepat sambung yek? Kalau dah, inform kat saya yek.

    ReplyDelete
  5. Lamanya tunggu next en3 ni...cpatlah sambung....please...

    ReplyDelete