Tuesday, 19 July 2016

Cerpen #8 Ingin Bahagia

PROLOG

Adeline Natasha

                Dia memandang lelaki yang tidur pulas di sebelahnya.  Air matanya turun perlahan menodai pipinya yang putih kemerahan. Ibu jarinya  dimasukkan kedalam mulutnya. Sungguh dia menyesal kerana telah bersetuju dengan perjanjian lelaki itu dahulu.  lelaki tetap lelaki dan kini dia rasa sangat bodoh kerana terlalu percayakan lelaki ini.

                Sebelum lelaki itu sedar, lebih baik dia beredar dari bilik mewah ini. Biarlah lelaki ini tidak sedar tentang perbuatannya kerana kelak ia lebih menyusahkan dirinya. Lagipun dia turut bersalah kerana telah membiarkan ini semua terjadi dahulu.
                Segera dia mengutip pakaiannya dan berlalu keluar tanpa meninggalkan sebarang bunyi.

Putera Shahmim Al Malik'ul Shahz

                Bunyi pintu ditutup menyedarkan lenanya yang terasa panjang. Badannya terasa lenguh-lenguh, entah kenapa.  Badannya segera diregangkan. Bibirnya mengukir senyum. Mimpinya terasa sangat indah. Dia dan Adel. Berdua. Bersama. Memadu rindu asmara. Ahh!

“Auch!” segera dia menilik tapak tangannya yang terasa menyengat sakitnya. Tapak tangannya berdarah dan darahnya telahpun kering, namun kesakitannya masih menyengat.

 Ingatannya segera menggamit kejadian malam tadi, semasa dia di kelab malam.  Kecurangan Qiya telah dia ketahui dan ini membuatkan dia berang. Gelas bir di tangannya dihempaskan sehingga pecah. Barangkali sebab itulah tapak tangannya terluka. Kejadian seterusnya masih kabur di ingatan kerana pada masa itu dia mabuk teruk.  Kepulangannya ke rumah pun masih menjadi persoalan di mindanya.  Siapa pulak yang baik hati menghantarnya?

                Perutnya yang kosong memaksa dia bangkit dari peraduannya. Namun pergerakannya terhenti kerana melihatkan setompok darah yang menghiasi cadarnya. Dia kembali menilik luka di tapak tangannya.

                “Teruk juga tangan aku ni berdarah. Hmm.” Dia hanya bertindak mengangkat bahu. Langkahnya segera diatur menuju ke ruang dapur. Biasanya Adel kini sibuk menyiapkan sarapan buat mereka berdua.
*****

                “Hey dear.” Pipi Adel segera Putera cium. Itulah rutin harian mereka.

                “Masak apa kali ni?” Putera menjenguk meja makannya yang telah lama terhidang sarapan buat mereka. Pasta! Western food kegemarannya. Lagi-lagi dengan udang-udang montel and gemuk-gemuk. Pandai Adel memikat perutnya pagi ini. Segera dia mampir mendekati Adel yang membasuh pinggan.

                “Ni buat aku lagi suuukaaa kat kau.” Putera memeluk Adel dari belakang dan mencium pipinya. Adel hanya mengerling sedikit Putera yang menjamah sarapannya. Keadaan Putera yang hanya berboxer membuatkan pipnya bertukar merah. Bukan kerana penampilan Putera yang terlampau seksi kerana keadaan Putera yang berboxer di pagi hari sudah biasa dijamu matanya. Ini kerana dia masih lagi trauma dengan kejadian malam tadi dimana Putera bertindak meragut kesuciannya yang selama ini dia pelihara sebaiknya.

                “No! kau mesti act normally. Jangan dia tahu sudah.”