-Just simple Love ShortStory from me-
Bunyi bingit
suasana langsung tidak aku peduli. Aku tetap melangkah kehadapan meredah
sekumpulan manusia yang sedang terkinja-kinja menari. Ah! Mereka tidak layak
dipanggil manusia, mereka adalah syaitan yang bertopengkan manusia.
Abang, mana abang pergi? Aisya cari abang
ni. Dengan baju kurung lusuh, aku memasuki sebuah kelab terkemuka di ibu kota,
Zouk. Demi mencari abangku, Amri, aku sanggup menapakkan kaki ke tempat haram
itu.
Tiba-tiba aku melihat abangku di satu sudut.
Aku melihat abangku dipukul oleh sekumpulan manusia, lantas aku membawa kaki
aku kesana.
*****
“Mikael, tolong beri aku masa. Aku akan
bayar semua hutang kau.” Ujar Amri yang menahan senak di perut akibat ditendang
oleh konco-konco Mikael.
“Masa? Eh! Sanggup ke kau nak bayar RM50,000
tu, hah?!! Aku dah bagi kau masa, aku bagi kau sebulan. Tapi sekarang, dah tiga
bulan kau tak bayar!!! Zack, hapuskan dia ni.” Mikael senyum sinis. Dia hanya
melihat Amri ditendang, ditumbuk dan diterajang oleh konco-konconya. Kau belum
tahu siapa aku lagi budak bodoh!
“Encik, tolong jangan buat macam ni dekat
abang saya. Saya merayu.” Mikael terkejut. Siapa pulak perempuan ni?
“Eh! Aisya. Mana tahu abang dekat sini?
Aisya pergi pulang, tempat ni bahaya.” Ujar Amri kepada adiknya.
“Ohh..
ni adik kau rupanya. Hmm.” Mikael tersenyum. Dia ada agenda lain.
“Encik, tolong jangan apa-apakan abang saya,
saya merayu.” Air mata Aisya mengalir mengenangkan nasib abangnya.
“Kau boleh bayar hutang ni sekarang Am..”
ujar Mikael. Senyuman sinis sentiasa menghiasi bibirnya.
“Macam mana? Kau jangan macam-macam Mikael.”
Tanya Am. Sambil itu, dia dapat mengagak apa yang akan berlaku.
“Kau.. kau serahkan adik kau ni kepada aku.
Lepastu kau boleh blah dan hutang kau automatik dah terlunas.” Ujar Mikael.
“Aku setuju!” Aisya memanggung kepalanya
yang sedari tadi menunduk. Amri terkejut. Mana boleh! Itu sama ertinya aku
menjual adik aku!
“See, adik kau dah setuju. Kau amacam?” soal
Mikael kepada Amri. Tahulah aku nak buat apa kat perempuan ni. Mikael senyum
sinis.
“Aisya, jangan Aisya. Abang merayu, lepas ni
siapa nak jaga adik-adik kalau abang dah takde? Abang sanggup kena bunuh
Aisya.” Amri menangis merayu supaya
Aisya membatalkan niatnya.
“Abang, anggaplah ni pengorbanan Aisya
kepada abang dan adik-adik. Aisya tak boleh biarkan abang selalu kena pukul.
Abang percayalah Aisya, suatu hari nanti Aisya pasti akan pulang dengan
senyuman.” Ujar Aisya panjang. Aisya juga merasa sebak akan memikirkan dosa
yang menantinya. Ya Allah, bantulah hambaMu ini. Sesungguhnya kami ialah
golongan yang lemah.
Aisya berdiri menentang panahan mata lelaki
yang bernama Mikael ini. “Saya setuju jika Encik nak ambil saya, tapi ada satu
syarat.” Ujar Aisya. Aisya kau mesti berani, demi abang!
Mikael
terkejut kerana perempuan ini sungguh berani menentangnya. “Hmm.. Apa
syaratnya?” soal Mikael selamba.
“Kahwin dengan saya!” tiga ayat. Tiga ayat
yang boleh mengubah hidupnya sekelip mata. Sungguh Aisya sebak mengenang nasib
yang menimpanya.
“Deal.” Mikael setuju dengan syarat Aisya.
Huh! Kacang je syarat tu. Kalau aku dah jemu, aku buang dia, apa kesah?
*****
“Tengku Za’arif Mikael, aku nikahkan dikau
dengan Aisya Almira dengan wang tunai tiga ringgit. Sah?”
“sah.”
“sah”
AISYA
menitiskan air matanya. Dia memandang wajah sayu abangnya. Perkahwinannya
dengan Tengku Za’arif Mikael hanya berlangsung di masjid. Hadirin yang hadir
hanya beberapa orang wanita yang begitu asing baginya. Selebihnya adalah
konco-konco Mikael.
“Kalau kau apa-apakan adik aku, aku bunuh
kau walau dengan cara apapun!” ujar Amri sambil mencekak kolar baju Mikael.
Mikael hanya
berlagak tenang. Senyuman sinisnya sekali lagi terukir di bibirnya. Berani nak
bunuh aku!
“Jangan heran kalau mayat adik kau yang
dahulu sampai di depan rumah kau.” Tuturnya selamba. Amri sekadar mendengus.
Ada gerunnya juga bila dengar ugutan Mikael terhadapnya.
“Kalau kau berani dekat dengan adik kau
sepanjang dia menjadi milik aku, bersedialah terima mayat dia.” Sekali lagi
Mikael mengugut Amri. Amri terdiam, sayu melihat adiknya yang akan diperlakukan
sesuka hati oleh Mikael.
*****
SESAMPAINYA
di rumah Mikael, Aisya diheret ke satu tempat.
“Ni bilik kau. Kalau aku perlukan kau, aku
panggil kau. Dan kau mesti ikut setiap arahan aku. Kalau kau taknak or
memberontak, huh! Abang kau, adik-adik kau dalam bahaya. Ingat.” Ujar Mikael
sambil menghalakan telunjuknya betul-betul di depan mata Aisya. Aisya
menganguk.
Sebelum
Mikael berlalu, sekali lagi dia berkata… “Dan satu lagi, kau mesti panggil aku
Tuan.”
Mikael menutup pintu bilik tersebut dan
menguncinya. Aisya yang baru sedar Mikael menguncinya dari luar cemas, dia cuba
memusing tombol pintu tersebut berharap pintu itu dapat dibuka, dia menjerit
memanggil Mikael, tapi usahanya sia-sia. Aisya pasrah.
Dia merenung
setiap sudut bilik tersebut. Ruangnya terlalu kecil. Ada paip, hos dan.. mesin
basuh? Dia ditempatkan di bilik laundry. Aisya menangis. Ya Allah, kuatkan hati
hambaMu ini.
*****
Hari semakin
senja, dapat Aisya melihat persekitaran yang kian gelap melalui tingkap kecil
yang berada di bilik tersebut. Sudah sampai waktunya dia menunaikan solat
Maghrib. Aisya mengambil wuduk. Mujur di bilik ltersebut ada air yang
mewajibkan dia berwuduk, mandi dan
sebagainya. Dia menghamparkan sejadah yang dibawanya dan mengeluarkan telekung
dari beg lusuhnya. Niat dibaca dan seterusnya.
Selesai
sahaja bersolat, pintu biliknya terkuak.
“Kau, pergi masak! Aku lapar.” Ujar Mikael
dan berlalu. Aisya menurut perintahnya. Sepanjang berada di banglo milik
Mikael, Aisya hanya mengenakan baju t-shirt dan kain batik tanpa menyarungkan
tudung di kepala.
Aisya menyanggulkan rambutnya tinggi sebelum
mula memasak. Mikael yang memerhatikan tingkah laku Aisya menelan liur apabila
melihat leher jenjang Aisya.
“Cantik juga dia ni. Boleh rasa ni.” Ujar
Mikael perlahan. Aisya membuatkan nafsunya bergelora.
JAM di
dinding tepat menunjukkan pukul 12 malam. Mikael tidak dapat tidur kerana asyik
terbayangkan Aisya. Dia menelan liur berkali-kali.
“Kenapa aku asyik teringatkan dia? Hisy..”
Mikael rimas, dia mengiring ke kanan. Seketika kemudian, dia mengiring ke kiri
pula.
“Huaarrgghhh! Tak boleh jadi ni.” Mikael
meramas rambutnya dan bingkas bangun. Tuntutannya mesti dilunaskan malam ni
juga.
*****
Aisya tidak
dapat tidur, sakit badannya apabila tidur beralaskan lantai konkrit bilik ini.
Dia juga terpaksa berbaring meringkuk memandangkan ruang bilik ini terlalu
kecil. Tiba-tiba pintunya dikuak dari luar. Aisya bingkas bangun.
“Err.. ada apa-apa yang perlu saya bantu,
Tuan?” soalnya teragak-agak.
“Kau.. Kau mesti layan aku malam ni!”
kata-kata Mikael membuatkan Aisya tergamam. Tangan Aisya direntap, Aisya
diheret ke tingkat atas menuju bilik Mikael.
“Sakit Tuan.” Rintih Aisya. Air mata Aisya
mengalir. Sungguh dia tidak rela diperlakukan sesuka hati oleh Mikael.
Mikael
mengunci pintu biliknya supaya Aisya tidak lari. Dia kemudian duduk di birai
katil dan membiarkan Aisya berdiri di depan matanya. Mikael senyum sinis.
Aisya
menundukkan mukanya. Dia tidak dapat lari lagi kerana Mikael terdahulu mengunci
pintu biliknya. Ya Allah, Kau berikanlah kekuatan kepada hambaMu ini.
“Kau tentu tahu agamakan?” ujar Mikael.
Masih lagi merenung dan menilik tubuh langsing milik Aisya.
“Kau layan aku, dapat juga pahala. Kau tak
nak ker?” ujar Mikael sekali lagi. Mendengar kata-kata Mikael, Aisya
memanggungkan kepalanya yang sedari tadi menunduk mengenang nasib diri. Ya
Allah, berdosakah aku jika mengabaikan tuntutan batin suamiku? Aisya merintih
kesedihan.
“Hey, aku tanya kau ni. Kau nak tak?!!”
jerkah Mikael tiba-tiba. Aisya yang terkejut dengan suara lantang pantas
menganguk. Mikael senyum kemenangan.
“So, apa tunggu lagi? Aku nak, kau yang
mulakan first step.” Kata-kata Mikael mengundang sebak di dada. Air mata
semakin laju merembes. Ya Allah. Walaubagaimanapun, Aisya tetap melangkah
menuju Mikael. Mikael hanya duduk diam dan menunggu tindakan Aisya.
Satu persatu
butang baju tidur Mikael Aisya tanggalkan. Air mata sentiasa mengiring
perlakuannya. Mikael yang merasa sentuhan lembut Aisya pantas merangkul
pinggang Aisya. Aisya yang terkejut dengan perlakuan Mikael jatuh dan
menyebabkan dia menindih tubuh sasa Mikael tanpa baju itu. Lalu masing-masing
tenggelam di dunia asmara mereka.
*****
Aisya
tersedar dari tidurnya. Dia bagaikan tersedar sesuatu lantas menarik selimut
tebal ke aras dadanya. Aisya menangis pilu. Aisya melirik ke arah Mikael yang
tidur meniarap sambil tangan kanannya memeluk pingang Aisya. Aisya mengiring membelakangi Mikael. Air matanya
menuruni lekuk-lekuk pipinya.
Tangisan
Aisya menyedarkan Mikael dari tidurnya. Mikael senyum kemenangan. Dia mengelus
bahu Aisya yang terdedah.
“Thanks. Lain kali buat lagi yer.” Ujar
Mikael betul-betul di telinga Aisya.
*****
Tiga minggu
selepas kejadian malam pertama mereka, Aisya dah biasa dengan perlakuan Mikael.
Dia hanya menuruti arahan Mikael tanpa banyak kata. Setiap malam, dia selalu
didatangi Mikael kecuali masa dia period. Mikael juga sudah maklum tentang masa
subur Aisya. Dia juga tahu bila Aisya period dan bila Aisya subur. Dia sudah
biasa dengan rutin harian Aisya.
“Er, Tuan, barang dapur banyak yang kurang.
Boleh Tuan belikan barang dapur?” soal Aisya teragak-agak takut Mikael
menjerkahnya.
“Eh! Siapa Tuan disini? Kau ke aku?
Sedap-sedap je suruh aku belikan. Kau belilah sendiri.” Marah Mikael.
“Ar.. Er.. Tapi Tuan, saya tak ada duit nak
beli.” Ujar Aisya. Memang Mikael jarang memberikannya belanja untuk membeli
barang dapur.
“Nah, kau beli barang dapur tu sendiri. Dan
ingat, kalau aku dapat tahu kau jumpa dengan abang kau atau lari, siap kau aku
kerjakan.” Mikael menghulurkan empat not
RM50. Aisya menganguk mendengar arahan Mikael. Tiada jalan baginya untuk lari
atau berjumpa dengan abangnya kerana mata-mata Mikael berada di mana-mana,
maklumlah Mikael ialah orang yang berpengaruh di sekitar Kuala Lumpur ini.
SEDANG Aisya
membelek-belek barangan di super market tersebut, ada suara garau menyapanya.
“Aisya kan? Aisya Almira?” tegur seorang
lelaki. Aisya menoleh ke arah empunya suara.
“Aiman! Wah, lama tak jumpa. Aiman tinggal
mana sekarang ni?” ceria wajah Aisya apabila mendapat tahu yang menegurnya
adalah sahabat baiknya ketika di bangku sekolah.
“Aku tinggal sinilah, Kuala Lumpur. Papa
suruh manage syarikatnya kat sini.” Balas Aiman. Lama sudah dia tidak menatap
wajah Aisya setelah sekian tahun, sahabatnya selama ini.
Setelah 10
minit berbual dengan Aiman, Aisya meminta diri untuk pulang. Bertapa gembiranya
dia apabila bersua dengan sahabatnya itu setelah sekian lama berpisah.
“MACAM mana?
Dia ada buat hal tak?” Soal Mikael pada orang suruhannya.
“Tak tahulah bos, tapi dia ada berbual
dengan seorang lelaki. Tapi lelaki itu bukan abangnya.” Ujar orang suruhan Mikael
yang bernama Zack itu.
“Apa?! Berani dia dekat dengan orang lain?!
Tahulah aku apa nak buat dengan pompuan sundal itu.”
*****
Selesai
sahaja Aisya menunaikan solat Isya’, dia terdengar pintu utama dibuka dan
ditutup dengan kasar. Apa pulak yang menantinya malam ini. Hati Aisya walang
memikirkan apa yang akan terjadi kepadanya nanti. Bibirnya pucat.
“Aisya!!!” jerit Mikael. Marahnya belum reda
memikirkan perbuatan Aisya di belakangnya. Apabila dia melihat kelibat Aisya,
lantas tangan Aisya direntapnya dan dibawa ke biliknya. Tubuh Aisya dihempas ke
atas katil. Aisya ketakutan. Mikael membuka tali lehernya dan butang bajunya.
Syaitan bagaikan merasuk dirinya ketika itu, dan Aisya pula dilayan dengan
kasar sekali.
Aisya
menangis memikirkan hal tadi. Dia tidak tahu apa salahnya sehingga membuatkan
Mikael mendatanginya secara kasar. Tubuhnya terasa sakit-sakit dan
lenguh-lenguh segala sendinya. Dia mengambil pakaiannya yang berterabur di atas
lantai dan menyarungkannya di tubuhnya. Dia berlalu meninggalkan bilik Mikael
yang terasa bahang itu walaupun bilik tersebut dipasang penghawa dingin.
Sejak
peristiwa itu, Mikael sering membawa perempuan lain ke rumahnya dan meniduri
mereka. Hati Aisya semakin sakit mengenangkan suaminya membuat onar dengan
perempuan lain. Sejak itu juga, Aisya dilayan semakin kasar. Waktu makan Aisya
pun tidak menentu, dia diberi makan hanya sekali sehari dan waktu itu ialah
tengah malam. Dia perlu lakukan sesuatu. Ya! Sesuatu yang akan menetapkan
hidupnya selepas ini.
“Tuan.” Ujar Aisya ketika dia berdiri di
tepi meja makan menemani Mikael makan. Biasanya dia tidak perlu menemani Mikael
makan apabila Mikael mengajak perempuan lain makan di rumahnya.
“Hmm, ada apa?” sahut Mikael endah tidak
endah.
“Arr.. Err.. Tuan, dah setahun kita bergelar
suami isteri. Sekarang ni pun Tuan dah berani ajak permpuan lain tidur bersama
Tuan. Er.. Kalau Tuan dah tak perlukan saya disini, Tuan.. tuan boleh lepaskan
saya. Gantung saya tak bertali pun boleh asal saya tidak berada di rumah ini
lagi.” Kata-kata Aisya membuatkan Mikael berhenti menyuap.
“Eh! Apa yang kau cakapkan ni, hah?! Suka
hati akulah bila aku nak buang kau pun.” Marah Mikael. Aisha terus menunduk,
tidak berani menentang Mikael yang sedang marah itu. Jika dia menentang juga,
tak tahulah nasib dia selepas ini.
*****
Malam kian
larut, jarum jam sudah menunjukkan pukul 12 suku. Aisha resah menanti
kepulangan Mikael. Walaupun dia isteri tidak sah depan mata Mikael, tetapi dia
tetap menjadi seorang isteri yang soleh kepada suami.
Deruman enjin kereta kedengaran. Nampaknya
Mikael sudah pulang, lega hatinya. Tapi itu cuma sekejap. Ada suara perempuan
lain di rumah ini. Aisha sakit hati. Nampaknya Mikael membawa perempuan lain
pulang ke rumah. Aisya mesti buat sesuatu. Mujur Mikael tidak lagi mengunci
dirinya di bilik laundry, kini Aisha bebas kemana-mana dalam banglo milik
Mikael.
Aisya meluru ke bilik Mikael. Dia memulas
tombol dan terus masuk. Mikael yang melihat tingkah Aisya tergamam seketika.
Aisya melirik ke arah perempuan yang separuh bogel disisi Mikael itu. Dia
kemudian meluru ke arah perempuan itu lantas menarik pergelangan tangan
perempuan itu keluar dari bilik Mikael, bilik maksiat! Perempuan itu kelihatan
pucat.
“Honey, help me!” jerit perempuan itu ke arah
Mikael yang kelihatan tergamam. Mikael tersedar dan mengikuti langkah Aisya dan
buah hatinya, Jessy.
“Kau tahu tak dia tu suami aku?!
Terhegeh-hegeh nak panggil dia honey, aku isterinya nak kata honey, panggil
nama pun tak boleh!!!” Jerit Aisya bagai dirasuk hantu, Jessy diam. Takut.
Sesampainya
di pintu utama, Aisya menolak keluar Jessy ke luar rumah yang sedang hujan itu.
Jessy hanya berpakaian dalam, dia peduli apa. Inilah pengajarannya kepada orang
yang murah sangat harga maruah mereka. Ketika Aisya berpaling.. Pang! Satu
tamparan kuat di pipinya, bukan tamparan tapi lempang! Aisya berundur akibat
lempangan yang sangat kuat terhadapnya. Mikael menarik Jessy masuk kembali ke
dalam rumah banglo itu.
“Kau nak sangat aku usir kau kan?!! As your
wish.” Ujar Mikael sambil menolak keluar badan Aisya ke luar rumahnya.
“Tunggu kejap.” Ujar Mikael sekali lagi.
Seketika kemudian, beg dan baju-baju Aisya dilempar tepat ke arah muka Aisya.
“Aku tak nak barang kau menyemak kat rumah aku.
Tunggu apa lagi? Berambus bodoh!!!” jerit Mikael lagi. Aisya sebak, menangis.
Dibawa juga kaki melangkah meninggalkan rumah banglo Mikael. Jessy senyum
mengejek.
*****
“Aisya! Abang rindu Aisya. Apa dia buat kat
Aisya?” soal abangnya ketika dia sampai di rumah usangnya.
“Bang, Aisya tak de masa nak cerita. Abang,
kita lari sekarang, nak? Sebelum Mikael datang.” Ujar Aisya. Amri mengangguk
laju. Adik-adik Aisya yang lain dikejutkan dari lena.
“Kita nak lari mana?” soal Aisya pula. Amri
berfikir sejenak.
“Kita pergi rumah Mak Long kat Johor. Abang
dah jumpa Mak Long dan cerita semuanya kat Mak long. Mak Long kata kat abang suruh abang tinggal dengan dia,
tapi abang tak nak tinggalkan Aisya sendirian kat sini. Dah, jom.”
3 Bulan
Kemudian…
“Aisya tak nak sambung pelajaran ke?
Keputusan STPM Aisya bagus.” Ujar Mak Long.
“Nak, nak sangat Mak Long.” Jawab Aisya
pula.
“Aisya cadang nak sambung mana?” soal Mak
Long sambil menyisir rambut ikal Aisya.
“Tak tahu pulak, Mak Long. Mak Long ada
cadangan?” soal Aisya pula.
“Nak tak dekat London? Kawan Mak Long dekat
sana boleh tolong Aisya, sediakan tempat tinggal dan keperluan lain.” Ujar Mak
Long pula.
“London? Boleh boleh..” jawab Aisya ceria.
“Nanti Mak Long uruskan yer.” Ujar Mak Long
lagi. Aisya membalikkan badannya dan memeluk tubuh tua Mak Long iaitu Tengku
Asiah. Rupanya keluarga belah ibu Aisya juga ada keturunan Tengku. Tapi apabila
arwah ibu nak kahwin dengan orang miskin, arwah atuk tak bagi sebab tak sama
darjat. Arwah atuk siap suruh buat pilihan, sama ada keluarga atau arwah ayah, ibu pilih ayah. Arwah atuk
kemudian tidak mengaku ibu anaknya lagi serta mengugurkan perkataan ‘Tengku’ di
pangkal nama arwah. Ibu dibuang keluarga, namun adik beradik ibu tetap sayangkan
ibu seperti mana Tengku Asiah, kakak ibu.
“Sejak Aisya mengandung ni, makin manja
pulak yer?” kata Mak Long. Aku senyum, Allah hadiahkan aku satu nyawa dalam
rahimku setelah Mikael mengusir aku dulu. Ya aku mengandung 3 bulan, benih
milik Mikael.
Aisya buat keputusan untuk menyambung
pelajarannya di London. Umurnya memang layak untuk belajar. Ketika dia
berkahwin dengan Mikael, umurnya baru mencecah 20, sungguh muda waktu itu.
*****
3 Tahun
Kemudian…
“Airina!! Cucu opah.. Meh sini.” Tengku
Asiah mendepangkan tangan untuk mendapatkan cucunya, Tengku Airina Syakira yang
baru sampai dari London bersama ibunya, Tengku Aisya Almira. Airina yang
melihat opahnya dari jauh, turun dari gendongan ibunya lantas mendapatkan
opahnya.
“Opah!” jerit Airina. Melihat telatah Airina
yang baru berusia 3 tahun itu menyebabkan Aisya tersenyum senang.
“Kenapa tak sambung master degree kat sana
pulak?” soal Tengku Asiah pada Aisya.
“Aisya rindu Mak Long, Abang dan adik-adik.
Aisya cadang nak sambung sini jer lah?” ujar Aisya pulak.
“Eh, anak sape pulak ni?” Amri yang baru
pulang dari pejabat terkejut melihat kanak-kanak yang sedang bermain di laman
rumah Mak Longnya.
“Eh, Am. Tu pun tak kenal. Airina tu kan
anak buah Am.” Ujar Mak Long pada Am. Amri memang dasar pelupa.
“Aisya!!! Nape pulang tak bagitahu abang.”
Amri menuju adiknya dan memeluk Aisya.
“Hehe, Aisya nak bagi surprise kata bang.”
Ujar Aisya pula.
“Comelnya anak buah aku.” Kata Amri seraya
mencubit pipi Airina.
“Sakitlah, uncle!” jerit Airina.
Masing-masing ketawa melihat telatah Airina dan Am yang berguling-guling
wrestling di laman rumah Mak Long.
*****
“Kak Pah, saya tinggal Airina sini yer. Kat
rumah tak de yang jaga. Mak Long pergi mesyuarat kat Kajang, Abang Am kerja kat
pejabat, semua adik-adik saya pulak pergi sekolah.” Jelas Aisya panjang.
“Tak pe, Kak Pah faham. Dah pergilah, nanti
lambat pulak Aisya sampai kolej.” Terang Kak Pah. Kak Pah ialah penjaga rumah
anak yatim piatu, Rumah Al-Ekhsan milik Tengku Asiah, Mak Long Aisya. Aisya
terpaksa meninggalkan Airina di bawah jagaan Kak Pah. At least, Airina tak
bosan sebab ada ramai kawan kat Rumah Al-Ekhsan.
“ZACK, mana
tempat tu. Kau send aku alamat tempat tu.” Kata Mikael di corong telefon.
“Ok, bos. Nanti saya send alamatnya.” Ujar
Zack pula. Seketika kemudian, Mikael membaca alamat tempat tersebut dan memecut
keretanya menuju ke destinasi tersebut.
Sesampainya
di tempat tersebut…
“Assalamualaikum, Kak Pah! Oh.. Kak Pah!”
laung Mikael dari muka pintu Rumah Al-Ekhsan.
“Waalaikumusalam. Eh! Mikael, masuklah.”
Ujar Kak Pah pula.
“Saya ada bawa hadiah untuk budak-budak
sini.” Jelas Mikael pula.
“Oor, bawalah masuk hadiah tu. Baiknya
Mikael, semoga Allah memberkati awak dan mengampunkan dosa-dosa awak yang
dulu.” Ujar Mak Pah pula.
“Apa yang saya lakukan ini pun, masih tak
cukup untuk memadamkan segal dosa saya dulu, Mak Pah.” Sayu Mikael apabila
mengenangkan perbuatannya terhadap isterinya dulu, dosa-dosa lamanya dulu.
Astaghfirullahalazim, jahilnya aku.
“Allah itu Maha Pengampun Mikael. Dahlah, mana hadiah tu, biar Mak Pah tolong
angkutkan.”
*****
“Eh, hadiah kurang satulah Mak Pah. Seingat
Mikael, budak-budak sini seramai 27 orang. Mikael dah buat hadiah cun untuk 27
orang. Ada budak baru ke yang masuk, Mak Pah?” soal Mikael heran, sambil itu
dia menggaru kepalanya.
Mak Pah berfikir sejenak, baru dia teringat.
“Oh, tadi ada orang suruh saya jaga anaknya.”
“Mana budaknya?” Tak tahu kenapa, Mikael tertarik untuk
mengetahui anak yang dijaga Mak Pah.
“Tu dia.” Tunjuk Mak Pah pada seorang budak
kecil yang mungkin berumur 3 atau 4 tahun.
“Ya Allah, comelnya dia.” Ujar Mikael sambil
mendukung budak yang ditunjuk oleh Mak Pah tadi.
“Apa namanya, Mak Pah?” soal Mikael sekali
lagi.
“Airina, Tengku Airina Syakira.” Jawab Mak
Pah pula.
“Airina.. sedap nama. Airina ni umur berapa
ya?” soalnya pada budak yang bernama Airina itu.
Budak itu
menunjukkan empat jarinya “tiga.” Ujar Airina pendek.
“Ni baru tiga sayang..” ujar Mikael sambil menurunkan satu jari
Airina supaya menjadi tiga.
“Mama Airina nama apa?” tak tahu kenapa
soalan itu juga muncul di mulutnya.
Belum sempat
Airina menjawab, kedengaran orang bagi salam. Mak Pah menjawab salam tersebut
dan bergegas mendapatkan orang itu.
“Airina, anak Mama mana?” kedengaran orang
itu memanggil budak yang sedang didukungnya itu.
AISYA masuk
ke dalam Rumah Al-Ekhsan, mana Airina ni? Tiba-tiba matanya tertancap pada
orang yang sangat dia kenal. Mikael? Apa dia buat disini, dan.. dan.. dan dia
sedang mendukung anak..nya…
Airina yang melihat mamanya pantas turun
dari dukungan Mikael dan mendapatkan Aisya. “Mama!!!” jerit Airina ceria.
Mikael yang
mendengar mulut mungil Airina memanggil Mama dan mendapatkan Aisya tahulah dia
bahawa Airina itu adalah anak Aisya. Terkejut juga dia apabila melihat Aisya di
depan matanya sekarang ni. Dan matanya tak nak lepas dari memandang wajah
Aisya.
“Anak Mama, jom kita pulang.” Ujar Aisya.
Dia tidak mahu lama-lama bersama Mikael. Habislah aku.
“Aisya! Tunggu.” Jerit Mikael, sesungguhnya
dia tidak mahu melepaskan peluang ni. Dia tidak mahu kehilangan Aisya lagi.
Sesungguhnya dia bersyukur kerana ditemukan dengan Aisya di rumah anak yatim
ini.
Mendengarkan jeritan Mikael tersebut, Aisya
melajukan langkahnya. Airina dikendongnya.
Aisya takut,
sangat takut. Dia seolah-olah trauma dengan perlakuan Mikael dulu.
Mikael
melelar pergelangan tangan Aisya membuatkan Aisya berhenti melangkah. Sebaik
sahaja Aisya memalingkan tubuhnya, Mikael memeluknya. Aisya hairan. Bukankah
sepatutnya Mikael memarahinya, memakinya?
“Abang.. abang minta ampun. Abang minta maaf
Aisya.” Tutur Mikael. Pertama kali dia menitiskan air matanya.
“Abang menyesal buat Aisya seperti itu dulu,
abang menyesal sangat. Sekarang abang dah taubat, abang solat lima waktu. Abang
tak tinggal solat sunat pada tengah malam.” Semakin erat rasanya Mikael memeluk
dirinya. Nampaknya Mikael betul-betul dah insaf segalanya.
“Abang rela dihukum Aisya, Aisya pukullah
abang. Ai.. Airina ni anak abangkan?” teragak-agak Mikael menyoalkan tentang
Airina. Aisya mengaguk perlahan.
“Saya tidak layak menghukum sesiapa awak.
Hanya Allah sahaja yang layak.” Ujar Aisya perlahan.
“Aisya berilah peluang kedua pada abang.
Abang tidak akan sia-siakan Aisya nanti.” Dush! Tumbukan kuat mengena pada muka
Mikael. Aisya dan Airina cemas. Amri menumbuk bertalu-talu wajah Mikael.
“Am tumbuklah, Am tumbuk. Saya layak untuk
menerima ni semua. Kalau Am nak bunuh, bunuh lah saya jika itu dapat memuaskan
hati Am selama ni.” Ujar Mikael. Aisya jatuh kasihan pada suaminya.
“Huh! Tak guna aku bazirkan tenaga nak
tumbuk kau. Kau memang binatang!” jerkah Am. Dadanya berombak-ombak menahan
marah. Mikael yang sedari berdiri jatuh melutut depan Amri. Tak cukup itu, dia
menunduk mencium kaki Amri. Amri terkejut, segera dia mencekak kolar Mikael dan
mendirikan Mikael daripada berbuat sebegitu. Aisya yang mendukung Airina juga
terkejut dengan tingkah Mikael.
“Am,
ampunkan saya. Ampunkan saya.” Ujar Mikael sambil teresak-esak menangis. Serta
merta hati Amri menjadi lembut.
“Kau tak payah nak minta ampun kat aku. Tu,
isteri kau. Dia yang patut kau minta ampun.” Amri menjuihkan mulutnya ke arah
Aisya.
*****
“Sayang, termenungkan apa tu?” soal Mikael
pada isterinya seraya memeluk isterinya dari belakang.
“Aisya cuma ingat perkara lama je.” Jawab
Aisya, Mikael kemudian mencium pipi kanan isterinya.
“Jom.” Ujar Mikael seketika.
“Mana?” soal Aisya hairan sambil mengerutkan
dahinya.
“Make the babies?” duga Mikael. Aisya kemudian
menghadiahkan cubitan ketamnya di perut suaminya.
“Ouch! Hahaha, takdelah. Abang nak ajak
tidur tadi, sayang tak penat ke?” ujar Mikael pula. Yelah, mesti penat layan
tetamu seharian. Mikael dan Aisya membuat majlis kahwin kedua mereka,
sebenarnya Tengku Asiah yang mendesak. Kerana sebelumnya, Mikael dan Aisya
kahwin tanpa majlis. Terkejut juga Mikael apabila mengetahui Aisya keturunan
diraja, sama sepertinya. Dulu, ingat budak kampong mana yang sesat dalam kelab
Zouk dulu.
“Jomlah, Aisya mengantuk ni. Penat sangat.
Abang urutkan boleh?” Aisya sengih.
“Anything for you darling.” Tutur Mikael
pula. Comel sangat muka Aisya, menampakkan kedua-dua lesung pipitnya bila dia
tersengih, tersenyum or ketawa.
-tamat-
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteBoleh tahan citer ni
ReplyDeleteBest la
ReplyDeleteHai silalah melawat blog saya...saya nak mintak pendapat anda semua tentang cerpen saya..ini kali pertama saya cuba buat cerpen :-)
ReplyDeleteHai silalah melawat blog saya...saya nak mintak pendapat anda semua tentang cerpen saya..ini kali pertama saya cuba buat cerpen :-)
ReplyDeleteCerita ne mmg best tpi klau dipanjangkan lgi mmg best
Delete.... chaiyok writter
Cerita ne mmg best tpi klau dipanjangkan lgi mmg best
Delete.... chaiyok writter
sedih..best...menangis aq bce..
ReplyDeletesedih..best...menangis aq bce..
ReplyDeleteSilalah jengah ke blogg saya ye
ReplyDeleteBest sgt...
ReplyDeleteBest..lg pnjg lg best....
ReplyDeleteBest..lg pnjg lg best....
ReplyDeletebest tapi kalau ada pembalasan pd suami tu lg ok lgpun mudah sgt istri dia trma kesalahan laki dia.. paling x suka suami dia sggp tdo gan pmpn ln...
ReplyDeleteNice entry . Just panjangkan isi sikit and cabaran a Lil bit ๐
ReplyDeleteBest gak ๐
ReplyDeletePermulaan citer mcm lbh kurang cerpen Hana Efriena tajuk Kerana Dirinya. Tp bila part akhir tu lain, pd saya it's ok. Still nice n gud job for ur next cerpen๐ค๐ค
ReplyDeleteBestnya citer ni.....ada lagi x......buat lagi sis
ReplyDeleteBestnyerrrr.....buatlah lagi sis
ReplyDeleteBest sgt ii
ReplyDelete