PROLOG
Adeline Natasha
Dia
memandang lelaki yang tidur pulas di sebelahnya. Air matanya turun perlahan menodai pipinya
yang putih kemerahan. Ibu jarinya
dimasukkan kedalam mulutnya. Sungguh dia menyesal kerana telah bersetuju
dengan perjanjian lelaki itu dahulu. lelaki
tetap lelaki dan kini dia rasa sangat bodoh kerana terlalu percayakan lelaki
ini.
Sebelum
lelaki itu sedar, lebih baik dia beredar dari bilik mewah ini. Biarlah lelaki
ini tidak sedar tentang perbuatannya kerana kelak ia lebih menyusahkan dirinya.
Lagipun dia turut bersalah kerana telah membiarkan ini semua terjadi dahulu.
Segera
dia mengutip pakaiannya dan berlalu keluar tanpa meninggalkan sebarang bunyi.
Putera Shahmim Al Malik'ul Shahz
Bunyi
pintu ditutup menyedarkan lenanya yang terasa panjang. Badannya terasa
lenguh-lenguh, entah kenapa. Badannya segera
diregangkan. Bibirnya mengukir senyum. Mimpinya terasa sangat indah. Dia dan
Adel. Berdua. Bersama. Memadu rindu asmara. Ahh!
“Auch!” segera dia
menilik tapak tangannya yang terasa menyengat sakitnya. Tapak tangannya
berdarah dan darahnya telahpun kering, namun kesakitannya masih menyengat.
Ingatannya segera menggamit kejadian malam
tadi, semasa dia di kelab malam. Kecurangan Qiya telah dia ketahui dan ini
membuatkan dia berang. Gelas bir di tangannya dihempaskan sehingga pecah.
Barangkali sebab itulah tapak tangannya terluka. Kejadian seterusnya masih
kabur di ingatan kerana pada masa itu dia mabuk teruk. Kepulangannya ke rumah pun masih menjadi
persoalan di mindanya. Siapa pulak yang
baik hati menghantarnya?
Perutnya
yang kosong memaksa dia bangkit dari peraduannya. Namun pergerakannya terhenti
kerana melihatkan setompok darah yang menghiasi cadarnya. Dia kembali menilik
luka di tapak tangannya.
“Teruk
juga tangan aku ni berdarah. Hmm.” Dia hanya bertindak mengangkat bahu.
Langkahnya segera diatur menuju ke ruang dapur. Biasanya Adel kini sibuk
menyiapkan sarapan buat mereka berdua.
*****
“Hey
dear.” Pipi Adel segera Putera cium. Itulah rutin harian mereka.
“Masak
apa kali ni?” Putera menjenguk meja makannya yang telah lama terhidang sarapan
buat mereka. Pasta! Western food kegemarannya. Lagi-lagi dengan udang-udang
montel and gemuk-gemuk. Pandai Adel memikat perutnya pagi ini. Segera dia
mampir mendekati Adel yang membasuh pinggan.
“Ni
buat aku lagi suuukaaa kat kau.” Putera memeluk Adel dari belakang dan mencium
pipinya. Adel hanya mengerling sedikit Putera yang menjamah sarapannya. Keadaan
Putera yang hanya berboxer membuatkan pipnya bertukar merah. Bukan kerana
penampilan Putera yang terlampau seksi kerana keadaan Putera yang berboxer di
pagi hari sudah biasa dijamu matanya. Ini kerana dia masih lagi trauma dengan
kejadian malam tadi dimana Putera bertindak meragut kesuciannya yang selama ini
dia pelihara sebaiknya.
“No! kau mesti act normally. Jangan dia tahu
sudah.”
Best ! All the best cik writer ��
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteNak lagiii
ReplyDeleteSambung laah
ReplyDelete