Sunday, 17 July 2016

Cerpen #6 Kau Syurgaku (end)



   Malamnya, Hara terlebih dahulu memasuki biliknya. Kini dia dan Haris tinggal di kediaman ibu bapa si Hara. Fira pula hanya menetap di kampung dengan alasannya ingin menjaga ayahnya yang bersendirian di kampung.
   Dia tahu, Fira lah yang paling terluka. Fira lah yang paling derita. Tetapi baginya,
   “kalau asyik kita yang jaga perasaan orang lain, siapa pula nak jaga perasaan kita?” kan?
   Setelah isyak, Haris terus menghilangkan diri. Barangkali mahu membuat phone call dengan Fira, isteri pertamanya. Hara tidak kisah itu. Baginya, why not kalau suaminya sekadar mahu menanya khabar si Fira? Fira juga isterinya. Entah kenapa, cemburu yang diharapnya sebelum berkahwin lagi tidak ada sekelumitpun dirasa apabila Haris seolah-olah berat sebelah dan lebih mementingkan Fira. Baru dia tahu,
   “I’m not that bad.” Hara senyum. Puas! Dia tahu, Haris mengambil masa yang lama untuk membalas perasaannya, namun seperti yang kita tahu, Hara mana kisah kan?
   Dengan gaun satinnya yang paras peha bertali halus yang mendedahkan sebahagian besar bahagian dadanya, dirinya kelihatan lebih seksi daripada biasa. Hara senyum.
   Mukanya dibiarkan suci daripada secalit make up, begitu juga bibirnya yang sedia ada merah. Dia kelihatan lebih cantik daripada biasanya. Hara senyum lagi.
   Rambutnya juga diwarnakan hitam semula dan telah dipotong paras bahu. Alah..as I said before, I’m not that bad kan? Warna kuning tu just inai je. Kalau tak, dah lama umi libas punggung ni ha. Tu umi diam je, sebab dia tahu, rambut ni just diinaikan je. Yelah, disebabkan tension belajar abroad, sampai naik beruban rambut, tu yang aku inai. Huhu.
   Hara melihat dirinya di cermin. Dia senyum puas. Dirinya kini kelihatan sungguh luar biasa cantiknya. Bukan riak ok! Just memuju keindahan makhluk Tuhan yang satu ini. Kan Allah dah ciptakan makhluknya sebaik-baik kejadian. Haruslah kita memujinya bukan mengutuknya. Hehe. Pandai kau kan. Hara tersenyum sendiri.
   “klik!” bunyi tombol pintu dipulaskan. Hara senyum. Punya banyak dia senyum malam ni..bahagia katakan. Hihi.
   “MISI MENGGODA SUAMI BERMULA!” bisiknya perlahan.
   Haris terpempan. Gulp! Inikah Hara yang selama ini bermake up tebal dan berambut minah saleh. Tapi satu je yang tak lari, dia tetap seksi. Tetapi kali ini, seksinya luar biasa. Haris seolah-olah baru melihat aurat Hara yang selama ini terdedah bebas.
   “Darling buat apa tadi?” soal Hara. Haris yang berada di hadapan pintu biliknya yang bertutup dihampiri.
   Sentuhan Hara dibibirnya menyedarkan dirinya dari lamunan panjang. Dia berlalu menuju ke katil. Ingin merebahkan badan yang lesu keletihan. Sungguh gemilang perkahwinannya bersama Hara. Lebih gemilang daripada perkahwinannya bersama Fira dahulu.
   Sebolehnya, dia tidak ingin melayan kehendaknya Hara. Dia tidak mampu menduakan Fira. Pastinya Fira sangat terluka.
   Hara senyum kemenangan kerana berjaya menyentuh bibir Haris yang selama ini diidamkannya. Itulah part yang paling dia suka. Hara mampir ke katil, baring mendekati Haris dan memeluknya dari belakang kerana Haris baring membelakanginya. Dia tidak kisah untuk memulakan first step. Apa pun dia mahu memiliki Haris malam ini juga.
   “Darling, Hara tak nak dilaknat malaikat sampai ke subuh esok kalau tak melayan suami di ranjang.”  Suara dilembutkan selembut-lembutnya.
   Haris meneguk liurnya. Tapi dia berang, pandai sungguh Hara mengunakan hukum hakam untuk mendapatkannya. Hello? Aku tak minta pun kau layan aku, so takde makna malaikat nak laknat kau. Demi membidas kata-kata Hara, dia kalih berdepan dengan Hara. Namun tidak dia sangka..
   Kelihatan Haris mengubah posisi badannya untuk berdepan dengan aku. Tahu sangat dia ingin membidas percakapanku sebentar tadi. I don’t let it to happen! Because I hate when people keep nagging bout me.
   Cupp! Cup, cup dan cup. Rakus sekali Hara mencium bibirnya. Haris terpempan. Apakah? Mana tahan dia terus-terusan digoda sebegini. Hara kini menindih tubuhnya. Dia juga bertindak menanggalkan gaun satinnya. Allah.
   Maafkan abang Fira. Abang terpaksa buat.
*****
  Hara memandang jam dinding di biliknya. Pukul 5. Masih lama untuk solat subuh. Melihatkan keadaan dirinya dan Haris. Sekali lagi dia tersenyum kemenangan. Thanks Allah. Finally, dia jadi milik aku. Huhu. Ingin sekali dia lompat bintang di situ juga.
   Hara mengetatkan lagi pelukan di belakang Haris. Dia mengucup bahu Haris yang terdedah itu.
   Sungguh dia sayangkan lelaki itu.
*****
   3 bulan usia perkahwinan mereka, namun keadaan rumah tangga dia dengan Haris sepertinya belah menanti retak.
   Dia tahu Haris melebihkan Fira dalam segala-galanya. Dia perlu tabah dan terus berusaha untuk merebut cinta Haris. Lagi-lagi kini Fira berbadan dua, lagilah Haris mementingkan Fira daripadanya.
   Dia tahu apa risikonya sekiranya dia berkahwin dengan Haris. Dan kini dia berdepan dengan risiko tersebut.
   Kini dia berada di kondominium milik Haris di bandar. Kedua-dua ibu bapa Haris menerima baik dirinya. Sekali-sekala mummy pasti menziarahi dirinya di kondo itu untuk menemaninya memasak.
   Sedih mengenangkan nasib dirinya. Ditinggalkan bersendirian di kondo mewah Haris. Baru kini dia belajar apa itu sunyi, lonely dan seangkatannya. Perih. Itu yang dirasakannya. Dia bagaikan pungguk rindukan bulan.
    Haris hanya melawatnya sekali dalam masa dua minggu. Alasannya, Fira perlu perhatian lebih kerana sekarang dia sedang berbadan dua. Apa-apa yang berlaku kepada Fira kelak, pasti dia akan disalahkan. Tahukah Haris dia turut berbadan dua?
    “Assalamualaikum, darling apa khabar?” Kerana rindu yang tidak dapat ditahan, Hara bertinda menelefon sendiri Haris di kampung.
   “Waalaikumusalam. Saya sihat je, Alhamdulillah.”
   “Hara rindu darling. Bila lagi darling nak balik rumah kita.”
   “Hara..boleh faham saya tak? Fira tengah mengandung anak kami. Saya perlu jaga dia baik-baik. Kang berlaku apa-apa, Hara nak bertanggungjawab?”
   Kan? Jawapan Haris sudah dia agak. Balik-balik dia yang dipersalahkan apabila dia mempersoalkan kehadiran Haris disisinya. Ini Fira, itu Fira semuanya Fira. Dia juga isterinya!
   “Darling, Hara juga pregnant. Sudah 3 bulan. Kalau darling tak layan Hara sepertimana darling layan Fira, Hara nak juga menyalahkan Fira kalau apa-apa berlaku kat kandungan Hara.” Belum pernah aku membidas percakapannya dan ini buat kali pertamanya. Aku juga layak didampingi suami tika aku menghamili anaknya.
   Haris diam. Lama. Mencerna setiap patah perkataan yang Hara keluarkan sebentar tadi. Benarkah Hara sudah pregnant? Boleh jadi juga Hara pregnant kerana sepanjang dia duduk bersama Hara di kondo, Hara bertindak menggodanya dan sering memulakan first step.
   “Saya pulang esok kalau awak nak.” Klik!
   Hara memandang lama IPhone 6 nya. Panggilan terus dimatikan oleh Haris. Tidakkah dia gembira atas berita ini.
   Punyalah aku gembira setelah mengetahui yang aku ni pregnant. Nak call Haris, nanti tak surprise. Sampai aku sanggup tunggu dia, siap masak sedap-sedap lagi. Tapi hampa, penantian ku hanya sia-sia. Sigh..
*****
   “Awak nak makan apa? Saya belikan.” Ujar Haris. Mana tahu Hara juga mengidam sepertimana Fira yang dulunya mengidam.
   “Hara tak rasa nak makan apa-apa buat masa ni. Maybe, baby taknak susahkan mummy and daddy dia.” Hara senyum. Dia mengusap perutnya lembut.
   “Kalau tahu macam ni, baik saya jaga Fira di kampung.” Ujar Haris perlahan.
   Sentap! Walaupun bunyinya perlahan, namun sangat jelas di pendengarannya. Hara mengetap bibir. Entah mengapa dia semakin sensitif semenjak mengandung ini.
   “Hmm.. darling baliklah kampung jaga Fira. Sudahnya dia sarat mengandung. Tak pe, Hara okey bersendirian.”
   “Hmm.. yalah. Saya pergi dulu. Take care.” Haris terus berlalu. Kasihan tu memang ada tetapi dia lagi kasihan mengenangkan Fira yang lebih sarat mengandung.
   Hara hanya merenung kosong belakang Haris. Dia senyum. Dia perlu tabah kerana memang ini nasibnya apabila dia bertindak mempersuamikan Haris. Dia sudah maklum padahnya.
   “Jangan pulak lupa, darling perlu datang kesini 3 hari akan datang.” Ujar Hara.
   Haris hanya berhenti sekejap dan berlalu meninggalkan Hara bersendirian.
   Haris jarang sekali menziarahinya. Sekalipun pejabat Haris lebih dekat dengan kondonya ini, namun Haris lebih sanggup memandu ke kampung yang hanya memakan masa sejam setengah.
  Hara tidak mahu menangis kerana baginya sekiranya dia menangis, dia kalah dengan dirinya. Ya, dia akan kalah kerana dulu dia mencabar dirinya untuh meraih cinta Haris. Ini bukan masanya untuk dia kalah. Selagi Haris belum melepaskannya selagi itu dia belum kalah dengan dirinya sendiri.
*****
Usia kandungan Hara telah memasuki bulan kelima. Fira pula telah melahirkan bayi perempuan yang baginya sangat comel. Hal itu membuatkan dirinya tidak sabar untuk menanti kelahiran anaknya pula.
   Haris pula semakin jarang pulang ke rumahnya. Otaknya buntu memikirkan cara bagaimana untuk menyuruh Haris kembali ke pangkuannya.
   Tinggal satu saja caranya iaitu melalui Fira.
   “Assalamualaikum , Fira ke ni?” ujar Hara lembut, penuh sopan.
   “Waalaikumusalam, ye saya? Siapa ya?” sahut Fira dihujung talian. Wajarlah Fira tidak mengenali nombornya kerana memang nyata Hara tidak mempunyai sebarang nombor milik Fira. Inipun dicurinya dari telefon pintar suaminya.
   “Ni Hara lah.. Fira sihat? Baby sihat?” sapa Hara mesra.
   Fira terkedu. Sudah berbulan lamanya, semenjak suaminya mengahwini Hara, tidak pernah lagi dia bersua muka dengan Hara. Hatinya tidak kuat. Sesungguhnya dia insan yang lemah. Berita yang mengatakan Hara hamil pun diketahuinya melalui Haris. Tika itu, hatinya sangat sangat sakit. Malam itu dia menangis. Puas Haris memujuknya.
    Ya! Kalau dia tamak sekalipun, dah kenapa? Ingin saja dia jerit depan Hara ‘kau perampas suami kawan kau sendiri!’ namun, hendak bersuapun dia tiada keberanian, bila masanya pula untuk mengertak Hara? Tiada!
   “Hmm.. alhamdulillah aku sihat, baby pun sihat.” Sahut Fira dihujung talian.
   Hara sedar, dari percakapan Fira sudah tiada kemesraan lagi. Barangkali Fira telah membencinya. Haruslah! Namun baginya, untuk membenci Fira memang dia tidak sanggup. Baginya lagi, memang layak Fira membencinya kerana dia bertindak merampas Haris dari Fira. Usahlah dia hairan di kemudian hari apabila Fira bertindak menjerit kepadanya yang dia merupakan perampas suami teman baiknya sendiri.
   “Hara taknak cakap banyak memandangkan Fira pun memang tidak suka bercakap dengan Hara. Tetapi tolonglah, pinjamkan abang Haris untuk Hara. Hara perlukan dia sangat-sangat dalam keadaan Hara macam ni.” Ujar Hara dalam sendu.
  Fira terpempan. Dia tahu Haris berat sebelah, lebih mementingkan dirinya. Salahkah dia? Tamakkah dia? Sigh..
   “Nantilah aku cuba cakap kat abang Haris.” Habis saja ayat terakhir itu, panggilan terus ditamatkan serta merta.
   Hara sudah lazim dengan perkara tersebut. Baik Haris atau Fira, nyata memang mereka tidak suka bercakap dengannya dan selalu bertindak menamatkan panggilan dengan serta merta tanpa menunggu apa-apa balasan daripadanya. Huh..
*****
   Kedatangan si suami yang ditunggu-tunggu menemui titik penghujungnya setelah 3 hari semenjak dia menelefon Fira meminta Haris untuk datang menemaninya, tidak juga Haris kelihatan menemuinya. Dia sudah agak perkara itu.
   Dalam dia termenung mengenang nasib diri, tiba-tiba dia terbatuk kuat. Hara bertindak menutup mulutnya. Apabila terasa basah pada tangannya yang menutupi mulutnya, dia menghala pandangan ke arah tangannya. Cecair merah. Matanya bergenang. Bergegas dia mencapai kunci kereta dan memandu ke hospital terdekat.
*****
     “Harap puan bersabar dengan berita ini. Setelah menjalani beberapa pemeriksaan ke atas puan, saya dapati puan telah menghidap barah peparu. Malangnya juga, dengan keadaan puan yang mengandung, saya sarankan puan mengugurkan kandungan kerana rawatan kemoterapi nanti semestinya menjejaskan kesihatan janin puan.”
   Hancur hati Hara. Luluh seluluhnya. Dua berita ini memberikan tamparan hebat kepadanya. Namun dia tidak menangis. Perjuangannya belum tamat. Betul, dia sangat sayang akan bayinya. Namun, dia perlu hidup demi cinta Haris.
   Maafkan mummy, bukan mummy tak sayang tapi mummy mesti hidup! Baby, baby tunggu mummy di pintu syurga tau. Mummy akan datang teman baby. Mummy datang dengan papa. Boleh kita main sama-sama k?
*****
   Setelah sebulan lebih menetap di hospital, Hara pulang ke kondo milik Haris. Terkejut kerana Haris telahpun menunggunya di rumah.
   Sebab apa pulak dia datang? Dulu kemain tak nak datang.
   “Pergi mana?” soal Haris yang membelakanginya yang tika ini menonton televisyen. Dingin nadanya.
   “Darling bila sampai. Maaflah, Hara belum masak lagi.” Hara cuba untuk menukar topik. Beg pakaiannya segera dihantarnya ke bilik.
   Belum sempat Hara melangkah, Haris kalih memandangnya. Terkejut. Bukankah..
   “Eh, mana perut kau? Bukan kau kata kau pregnant kah? Setahu aku, sekarang usia kandungan kau dah masuk 5 bulan, takkan tak…?”
   Hara membisu.
   Hara hanya membisu dan perlahan memandu langkah ke dapur.
   “Jangan-jangan kau… Eh, bayi tu tak bersalah tahu tak? Yang kau bunuh dia dah kenapa hah?! Kau tak sayang anak eh?” jerkah Haris. Mukanya merah menahan marah.
    Hara matikan langkahnya demi saja mendengarkan percakapan Haris itu. Dia menangis. Bukan tak sayang, tapi dia sayang sangat-sangat. Ya Allah. Kau tempatkanlah anakku dikalangan orang yang beriman.
   “Jawab Hara. Kenapa kau buat dia macam tu? Sekalipun aku tak sayang kau, tak bermakna kau buang dia, bunuh dia. Dia tak bersalah.” Bibir Haris bergetar. Dia memaksa Hara memandangnya dengan membalikkan badan Hara yang membelakanginya.
   Hara mengangkat mukanya yang lencun dengan air mata. Bukan dia tak sayang, dia sayang. Sayang sangat-sangat. Kenapa tak faham lagi?
    “Hara terpaksa darl..” dalam lencun Hara bersuara.
    “Darling tak akan faham Hara.”
    “Apa yang Hara buat ni, semuanya sebab Hara sayangkan darl..”
    “Nonsense!” marah Haris. Hara tunduk, teresak-esak menangis.
    “Kalau macamni lah perangai Hara, kalau macam ni lah Hara..aku.. aku terpaksa gantung kau tak bertali.” Hara panggung kepala, Haris melangkah keluar dari rumah. Hara terduduk, meratapi nasibnya yang malang.
*****
    “Kenapalah Haris buat anak kita macam ni bang? Kesian Hara. Kesian anak kita bang.” Ahmad Zain hanya mampu mengeleng kepala mengenang nasib anaknya, satu-satunya puteri mereka. Anaknya yang ditatang dengan penuh kasih sayang sedari dia kecil lagi. Kasihan sungguh dia mengenangkan nasib Hara, sudahlah sakit, hilang anak pula, kini dibuang suami sendiri. Tsk tsk tsk.
    Sedari tadi Hara berdiri di balkoni biliknya, memeluk tubuh, dengan muka tanpa sebarang ekspressi. Fikirannya kini kosong, sekosong-kosongnya. Sudah persis mayat hidup saja lagaknya setelah digantung tak bertali oleh Haris. Nasibnya kini diketahui oleh kedua-dua ibu bapanya. Kini dia tinggal bersama kedua-dua ibu bapanya.
    Ibu bapanya banyak membantunya kini. Kerana nasihat kedua-dua ibu bapanya, kini dia lebih dekat dengan penciptanya iaitu Allah swt. Dia sedar dia lebih kepada cinta manusia daripada cinta Allah, oleh itu Allah tarik nikmat cinta manusianya itu supaya dia memberikan cintanya secara total kepada Allah swt.
    Cuma sekarang, dia kurang berkomunikasi. Bukan kurang, memang tidak berkomunikasi. Bahkan, dengan kedua-dua ibubapanya sekalipun dia tidak bercakap.
    Kini, badannya semakin sihat. Desakan demi desakan kedua-dua ibubapanya untuk dia menjalani kemoterapi diturutkan jua. Dia semakin sihat tetapi tidak sepenuhnya sihat. Sekarang, hidupnya banyak bergantung dengan ubat-ubatan. Tanpa ubat, penyakitnya boleh datang kembali.
*****
    “Umi, babah, Hara rasa Hara nak balik UK, sambung study.”
    Ustazah Amira dan suaminya terkejut, pertama kali mendengar suara Hara setelah sekian lama dia mendiamkan dirinya. Mereka juga terkejut dengan keputusan Hara untuk menyambung study nya lagi, di UK pulak tu.
    “Arr.. abah ok je kalau.. kalau..” Hara senyum.
    “Hara janji Hara akan jaga diri, jaga akhlak, jaga solat Hara kat sana nanti. Hara just nak Umi dengan Babah percayakan Hara.”
    Ustazah Amira dan suaminya senyum, mereka sentiasa percayakan Hara. Hara seorang yang kuat, tabah tetapi rapuh. Kuatnya, tabahnya, cuma sekejap. Namun sekarang, dia memang seorang yang kuat dan tabah. Hara kini, bukan Hara yang dulu. Hara kini lebih matang. Hara Umi dan Babah sudah kembali.
   Ustazah mencapai tangan halus Hara dan mengenggamnya, “Umi dan Babah sentiasa percayakan Hara, cuma, seperti yang Hara cakapkan tadi, Hara mesti janji dengan kitorang yang Hara mesti jaga diri, jaga akhlak dan jaga solat Hara di sana nanti.” Hara senyum lembut, tubuh tua uminya diraih dan dipeluknya. Babahnya hanya senyum melihat dua beranak itu. Setelah itu, tangan babahnya diraih dan disalam, giliran tubuhnya pula dipaut lembut dan dipeluk babahnya. Hara Umi dan Babah sudah kembali.
    “Ouh, ini fail penceraian Hara dengan abang Haris. Kalau ada kesempatan, Umi dan Babah boleh berikan ini kepada abang Haris ya?”
    “Hara yakin ke dengan keputusan Hara ni?” soal babahnya risau. Hara hanya senyum.
    “Hara yakin babah, ni semua sebab Hara nak kembalikan bahagia Fira. Hara dah rampas bahagia Fira. Jahatkan Hara?” Hara senyum pedih.
“Hara tak jahat, Hara umi dan babah baik je.” Umi segera mengusap bahunya, memberi semangat kepada Hara.
*****
    “Hara tak berniat menggugurkan kandungannya. Ada sebab Hara buat macam tu.” Jelas ustazah Amira. Di depannya, Haris dan Fira saling berpandangan. Pada mulanya, Haris gembira menerima fail penceraian daripada Hara, begitu juga Fira. Pada pemikiran Fira, deritanya sudah menemui titik penghujungnya. Namun, kedua-dua mereka ditahan sebentar oleh ustazah Amira aka umi Hara. Ada hal penting katanya mahu diceritakan kepada mereka berdua.
    “Hara cintakan kamu, Haris. Sebab tu dia buat macam tu.” Fira terkesan dengan kata-kata ustazah Amira. Haris membuat muka jelek.
   “Alasan lapuk! Nonsense. Balik-balik tu je alasan korang.” Marah Haris. Ustazah Amira menarik nafas panjang. Segera beristighfar. Sabarnya semakin nipis.
    “Hara sebenarnya mengidap kanser paru-paru. And, untuk buang kanser tu, dia kena gugurkan kandungannya. Kemoterapi yang dia buat untuk dia sembuh, akan menjejaskan kandungannya. Dia pilih nak hidup, nak bersama kamu Haris! Kamu tak pernah nak faham Hara!” tekan ustazah Amira. Haris dan Fira terkedu. Apakah?
*****
    Haris merenung ke luar jendela. Nasibnya kini berubah. Jauh berubah. Anaknya yang sulung bernama Hasyira sudah menginjak ke usia 5 tahun, dan kini arwah isterinya Fira telahpun meninggalkan seorang lagi cahaya mata bernama Syahira yang berusia baru 3 bulan. Arwah isteri. Ya, fira telah meninggalkan mereka buat selamanya 3 bulan lalu, setelah dia melahirkan Syahira. Sedih, pilu, kekuatannya seakan-akan telah diserap habis setelah Fira meninggalkannya, buat selama-lamanya. Tapi dia perlu kuat, kuat untuk anak-anaknya. Yeah! Dia mesti kuat!
    Teringat akan amanat terakhir daripada isterinya agar dia segera mencari Hara. Dimana perlu dia mencari Hara? Hendak ditanya umi dan babah Hara, dia malu kerana dia yang membuang Hara. Peristiwa 4 tahun lalu masih menghantui dirinya dan Fira. Mereka masih rasa bersalah dengan Hara. Lagi-lagi dirinya kerana bertindak melulu mengantung Hara tidak bertali 4 tahun lalu.
    Rengekan si kecil menyedarkan lamunannya. Segera dia mampir kepada si kecil yang berada di atas katil di sisi kakaknya, dan menepuk punggung si kecil perlahan supaya dia kembali lena. Kasihan sungguh anak-anak ayah.
*****
    Hara berjalan mengelilingi mall dengan sepuas hatinya. Hobi lamanya kini telah kembali iaitu window shopping. Kedatangannya ke Malaysia 3 hari lalu disambut dengan gembira oleh babah dan uminya. Penampilannya berubah, berubah kepada yang lebih trendy, berpakaian muslimah yang lebih trendy tetapi masih mematuhi syariat-syariat menutup aurat.
    Langkahnya terhenti demi melihatkan seorang anak kecil berusia sekitar 5 tahun sedang menangis. Di tepinya juga ada baby stroller dan kedengaran juga tangisan dari dalam baby stroller itu. Hara memandang kiri kanan. Kawasan disitu agak lenggang kerana kawasan tersebut khusus menuju ke tandas lelaki dan perempuan. Hara mampir.
    “Adik cantik ni kenapa menangis ni. Ni ha, muka adik dah comot. Buruk tau orang tengok. Dah tak cantik dah.” Hara mencangkung, menyamakan ketinggiannya dengan kanak-kanak tersebut.
    “Adik kita nangis, ayah lama, tak keluar-keluar dari toilet. Kesian adik kita, nak susu.” Mendengar saja itu, Hara menjenguk ke dalam stroller. Ya memang ada baby, kecil lagi sedang menangis. Hara jatuh kesian melihat baby tersebut.
    “Boleh kakak angkat tak, baby ni?” tunjuk Hara kepada baby kecil itu. Kanak-kanak itu sekadar mengangguk. Tangisannya kian reda.
    Hara mengangkat baby kecil itu, dibawanya ke dukungan. Hara senyum pedih. Beginikah rasanya mendukung anak sendiri? Hara menepuk perlahan si kecil.
    “Susu baby ada bawa tak?” soal Hara, si kakak hanya mengangguk. Tangannya segera menyeluk beg frozennya yang disandangnya sedari tadi.
    Hara duduk si kerusi yang sedia ada di kawasan tersebut, si kecil diribanya dan disusukannya. Hara senyum. Ada rasa gembira terselit dihatinya.
    “Nama kamu apa ya?” Tanya Hara kepada si kakak, sementara dia menyusukan si adik.
    “Nama kita Hasyira, papa panggil Syira.” Jawab kanak-kanak yang bernama Hasyira itu sambil bermain-main dengan kedua-dua belah tali beg sandang frozennya.
    “Nama adik?” soal Hara ringkas. Hasyira mampir mendekati adiknya di riba Hara dan bermain-main dengan tangan kecil adiknya, kadang diciumnya tangan kecil adiknya. Perlakuannya itu mengundang senyum di bibir Hara.
    “Nama adik kita Syahira, papa panggil baby Ra.” Hara mengangguk.
    “Hasyira, mana… eh! Kau siapa? Berani betul meriba anak saya. Hasyira kenapa..” kata-kata Haris mati apabila si dia mengangkat wajah. Hara?
    Hara mengangkat wajah apabila mendengar suara-suara sumbang memarahinya, mungkin saja itulah si ayah yang meninggalkan anak-anaknya bersendirian. Setelah betul-betul bertentang mata, Hara terpempan. Haris!
*****
     Selesai saja si kecil menyusu, Hara menepuk lembut belakang si kecil agar dia sendawa. Pandangan Haris di wajahnya tidak dihiraukan. Perbualan masih belum bermula. Kedua-duanya bertindak mendiamkan diri mungkin saja kerana masih dalam keadaan terkejut.
    Tahulah Hara kini, budak-budak yang dijaganya kini merupakan anak Haris dan Fira. Sudah dua orang. Sudah dua orang cahaya mata mereka. Ya, mereka gembira, telah Hara. Hara senyum pedih.
    Haris masih lagi menatap wajah jelita Hara. Makin berseri. Wajahnya tampak lebih matang. Hara masih lagi cantik seperti dulu-dulu. Haris masih lagi memerhatikan tingkah Hara yang menepuk perlahan belakang si kecil agar si kecil mudah sendawa. Sifat keibuannya memang ada. Haris senyum pedih. Mesti sukar bagi Hara.
    “Nah, anak awak. Lain kali, jangan tinggalkan mereka sembarangan. Atleast, suruh isteri awak yang jaga sekalipun awak nak berumah dekat toilet tu.” Setelah si kecil sendawa, Hara menyerahkan si kecil kepada ayahnya. Dia segera berdiri ingin berlalu, tak betah rasanya dia duduk dekat dengan Haris.
    Haris mengambil si kecil dan didukungnya. Dia segera berdiri, menahan Hara daripada berlalu begitu saja.
    “We need to talk… Hara.” Hara yang baru memulakan langkah, berpaling. Dahinya berkerut, hairan.
    “Nah! Talk to my hand! We’re nothing, zero, null, get that?” Hara menyuakan tapak tangannya betul-betul depan muka Haris. Haris terpempan. Ini Hara yang baru.
    “Hara, behave! We’re still husband and wife. Abang tak pernah jatuhkan talak atas Hara.” Hara terdiam, terkelu.
    “McD then.” Setelah lama mendiamkan diri, Hara bersuara. Haris sekadar mengangguk. Segera si kecil diletakkan ke dalam stroller dan ditolaknya stroller itu, tangan Hasyira dipimpinnya.
*****
     Hara memalingkan mukanya, tidak ingin menatap wajah Haris. Meskipun di sudut hatinya yang paling dalam, cintanya terhadap Haris masih lagi berdiri utuh, tetapi mengenangkan Fira, dia kuburkan saja perasaan cintanya itu.
    Haris menatap wajah lembut Hara. Cantik! Desis hatinya.
    “Abang nak Hara kembali pada Abang.” Tegas Haris berbicara, sepertinya memberi satu arahan kepada Hara. Hara senyum sinis.
     “Then, awak kena buang Fira dari hidup awak.” Sinis Hara berkata. Bukan niatnya untuk merampas Haris daripada Fira lagi, tapi dia terpaksa memberi pilihan sebegitu kerana Hara yakin Haris pasti memilih Fira dan memang itu mahunya, supaya Haris lebih memilih Fira.
    “Fira memang dah takde dalam hidup abang lagi.” Hara terkesan dengan nada sendu dalam pertuturan Haris itu.
     “Maksud?”
     “Dia dah meninggal dunia sebaik sahaja dia melahirkan Syahira.” Haris senyum pedih memandang Hara. Hara terpempan, matanya bergenang. Mulutnya ditekup agar suara tangisnya tidak didengari. Fira dah takda, kawan baiknya dulu dah takda. Kasihan Fira. Kasihan sungguh kawannya itu. Perjalanan hidupnya tak seindah Hara. Harislah satu-satunya kebahagiannya setelah ayahnya.
     “Dia cakap kat Hara, dia minta maaf sebab..”
     “No! Hara yang patut minta maaf kat dia. Hara yang.. Ya Allah.”
*****
      “Heisy abang ni, bukan macam ni lah lipat kain anak, macam ni haa..” Hara menunjukkan cara melipat kain untuk dipakaikan kepada si kecil. Haris hanya sengih dan menggaru kepala yang tak gatal.
      “Habis, selama nisiapa yang buatkan semua ni?” soal Hara, wajahnya dipalingkan memandang Haris.
       “Mak.”
        “Patutnya, abang kena belajar buat benda ni semua. Anak dah ada dua tapi still tak reti buat benda ni semua.” Haris sengih, nampaknya dia kena tahan dengan bebelan Hara mulai dari sekarang.
         “Ai ai captain!” Haris mengangkat tabik spring, Hara tergelak kecil. Nampak comel sangat.
“ Hmm, bila kita nak ada yang ketiga?” bisik Haris di telinganya membuatkan bulu romanya tegak berdiri.
           “Heisy abang ni, baby Ra baru je nak masuk 4 bulan kan? Tunggulah dia besar sikit.” Mukanya memerah, segera diangkatnya si kecil dan berlalu ke ruang tamu.
            “Alah, abang gurau je lah. Dulu kemain Hara goda abang, sekarang dah pandai shy-shy cat gitu.” Semakin galak Haris menyakatnya, grr.
            “Abang!!!”
       “Ok-ok.” Haris angkat tangan, surrender.

-tamat-

*p/s sorry for late updatating this part. A little bit rush, anyway enjoy it!

2 comments: