Saturday, 26 April 2014

Cerpen #5 Gadis Berhooded


“Dummm!!!” Satu kemalangan ngeri sekali lagi dipertonton oleh Nashley. Bibir dan badannya menggigil, rasa mahu pitam pun ada. Nashley segera menekan punat di telefon pintarnya, lalu mendail nombor ambulans dan pihak-pihak yang tertentu.

   Kereta yang sudah terbalik akibat dilanggar teruk oleh kereta yang memecut dari arah yang bertentangan dipandang pilu oleh Nashley.

   Sekejap lagi, kereta itu pasti akan meletup. Apa aku harus buat? Ada orang di dalam kereta itu.
Nashley pantas mendapatkan kereta tersebut, lalu menarik keluar gadis yang tercedera teruk. Dia hanya mampu mengheret gadis itu jauh dari kereta tersebut. Lantas, seperti yang dijangkakan, kereta itu pun meletup.

   “Cik, bangun cik!” Nashley menampar lembut pipi gadis itu. Kepalanya cedera teruk, kemungkinan gadis itu akan koma, takpun.. meninggal. Sempat gadis tersebut melirik kearah Nashley sebelum perlahan-lahan dia menutup mata.

***

Nashley menutup pintu dan beredar meninggalkan laman vila Seri. Seperti biasa, Nashley akan memakai topi juga mengenakan hood dikepalanya. Kedua-dua tangannya dimasukkan kedalam kocek jaket berhood nya itu.

   “Hai akak.” Sapa satu suara halus. Nashley mengeluh.
Kenapalah minah ni tak berhenti nak kacau hidup aku.
“Kenapa? Akak tak suka ek Murni kacau akak?” soal Murni pula apabila keluhan Nashley menyapa telinganya.

   “Hmm.. taklah. Suka. Suka sangat.” Sinis Nashley menjawab. Murni di sebelah senyum.
Hai minah ni, tak faham bahasa ke orang perli dia.
Matanya dijuling ke atas, meskipun orang tak nampak kerana separuh wajahnya dilindung dek topi yang dipakainya.

“Hmm.. kak, Murni nak ucapkan terima kasih sangat-sangat sebab tolong Murni haritu, kalau akak lambat tolong Murni haritu, peluang untuk Murni sangat tipis untuk hidup.” Sayu suara murni menyatakan terima kasihnya kepada Nashley.

   “Dah keberapa kali kau dah ucapkan terima kasih kau kat aku?” Nashley menjeling Murni disebelahnya. Murni hanya tersenyum dan mengangkat jari symbol peace.
“Pertolongan aku tu, tak dikira mana pun. Heissyy, aku tolong kau pun, tetap juga peluang kau nak hidup tu tipis. Sebab kau koma! Koma! Kalau tak, kau tak akan ditakdirkan jadi seperti ini!” Nashley memandang sekilas imej Murni di sebelahnya yang transparen. Murni bersifat sebegitu sejak dia koma beberapa bulan yang lalu. Dia kelihatan seperti hantu, namun kenyataan nya tak, kerana separuh dari rohnya masih hidup dan separuh lagi mati.

NASHLEY telah ditakdirkan melihat makhluk halus sejak lahir lagi, hijabnya sentiasa terbuka kerana sifatnya yang itu adalah semula jadi. Mulanya, rasa takut memang ada pada diri Nashley. Tetapi lama kelamaan, Nashley telah terbiasa dengan kehidupannya kini.


Lama Murni senyap. “Sorilah, aku tak bermaksud macam tu.” Nashley bersuara. Dia takut Murni terkesan dengan kata-katanya.
 Nashley memang bersifat kasar pada percakapannya, tetapi dia juga sentiasa menjaga hati orang sekelilingnya.

   “Taklah, Murni fikir pasal abang.” Tutur Murni sambil memandang beku pada jalan didepannya.

   “Abang? Abang sayang ke abang kandung?” soal Nashley kehairanan.
Murni senyum sambil  memandang sekilas reaksi hairan Nashley disebelahnya.
“Abang kandung lah kak. Akak tak ingat ek, Murni ada cerita kat akak pasal Murni ada abang.. Kenapa? Akak berkenan ke? Abang murni hensem tau.” Murni menaikkan lagi saham abangnya. Nashley tersedak air liurnya sendiri.
Gila, macamlah aku ada masa nak berkenankan abang dia.
“Hmm.. kenapa kau nak sibukkan kepala hotak kau fikirkan abang kau? Bukan kau kata haritu, abang kau memang tak sukakan kau sejak kapel dengan minah entah pape tu?” soal Nashley pula.

   “Abang dah taubat dah kak. Murni tengok hari-hari dia jenguk Murni kat hospital, muka pun dah penuh jambang, tak terurus.”

   “Hmm, dah terhantuk, baru tengadah!” sinis Nashley berbicara.

   “Akak tak tanya ke nama abang?” lirik Murni kea rah Nashley.

   “Hmm, apa nama mamat tuh?” soal Nashley pula sekadar hendak menjaga hati.

   “Ok, nama abang Murni ialah Mukhriz Azrael bin Dato Yusman. Orang panggil Riz je. Umur 28 tahun, CEO kat syarikat AA Holdings. Oh ya, lahir pada…”

   “Chop! Chop! Chop! Aku tanya nama je pun, agak-agaklah..” segera Nashley memintas percakapan Murni yang ada aura nak berceramah sampai ke siang. Murni sekadar sengih sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.


SAMPAI je di tempat yang ramai orang, Nashley melekapkan ear phone ke telinganya. Bukan hendak mendengar musik, tetapi hendak mengelakkan dia dicop sebagai orang gila kerana bercakap sendirian. Maklumlah, Murni disebelahnya yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar ramai orang sentiasa pot pet pot pet je di tepi telinganya. Ada kalanya, Nashley hendak membalas percakapan Murni sebab tu lah dia memakai ear phone supaya orang ingat dia sedang chit chat dengan seseorang di telefon. Hehe.
Nashley memandang Murni disebelahnya. Dia memandang pula tangan Murni yang sentiasa meramas kedua-dua tangannya itu.

   “Kau dah kenapa? Ni mesti ada benda yang kau nak cakap kat aku, tapi kau takut.” Soal Nashley garang.
Janganlah garang sangat kak, orang tengah takut ni, boleh pula dia takutkan lagi orang.

   “Err.. Murni nak minta to..”

   “Hoi, kau! Pergi!! Jangan kacau budak tu lagi!” jerit Nashley pada satu makhluk halus yang mengacah budak kecil di pangkuan ibunya. Makhluk itu pun menghilang, takut Nashley akan menyakitinya secara batin.

   “Sory kak, tadi ada something kacau baby akak. Saya pergi dulu ya.” Bicara Nashley pada ibu bayi yang dikacau makhluk halus itu. Serta merta, muka ibu tersebut bertukar pucat.
Mungkin benar telahan gadis itu sebab sedari tadi anaknya menangis, kini tangisan anaknya yang berumur 2 bulan itu semakin reda setelah gadis itu ‘menghalau’ makhluk tersebut.

   “So, sambung balik apa yang kau nak cakap kat aku.” Tutur Nashley lagi sambil membetulkan lagi topi yang dipakainya supaya mukanya ditutup.

   “Err.. sebenarnya.. Murni nak minta tolong akak. Yang ni last Murni minta tolong. Promise! Please…” murni menyusun sepuluh jari, menunjukkan muka kesiannya. Dia tahu, susah untuk meminta tolong dari Nashley.

   “Heissy! Apa lagi???” keras suara Nashley.

   “Akak mesti setuju nak tolong Murni. Please…” berusaha Murni menyakinkan Nashley untuk menolongnya. Ini antara hidup dan mati dia.

   “Yelah, yelah akak setuju. But, promise me.. this will be the last ok?!” Nashley menyatakan persetujuannya sambil jari telunjuknya betul-betul dihalakan ke muka Murni.

   “Er.. kak. Akak tunjuk apa tu?” soal budak kecil yang berada betul-betul didepan Murni yang tidak dapat dilihatnya.

   “Er.. takde lah dik.” Nashley sengih. Jarinya yang sedari tadi terhala di muka Murni segera ditariknya. Nashley menjeling Murni yang sudah ketawa terbahak-bahak di sebelahnya. Murni menyepi, namun masih ada sisa ketawanya.

Nashley berjalan pulang ke rumah setelah puas bersiar-siar. “So, kau nak aku tolong apa?” soal Nashley.

   “Murni nak akak putuskan hubungan abang Riz dengan kak Sara.” Mendatar suara Murni.

   “What?!” buntang mata Nashley. Dia terpaksa berurusan pula dengan orang yang tidak dikenalinya lagi. Adusss! Setelah melihat riak Nashley kembali seperti asal, Murni menyambung percakapannya,

   “Kak Sara ada niat tidak baik dengan abang juga dengan family Murni.” Tuturnya lagi.

   “Niat tidak baik itu dalam bentuk apa ek?” soal Nashley dungu. Murni menepuk dahi. Aduhh!! Tu pun tak boleh agak ke? Nama pun dah niat TIDAK BAIK, maksudnya jahat lah!

   “Dia nak bunuh family kitorang.” Mendengarkan itu, mulut Nashley segera membentuk o.

   “Macam mana kau tahu?” soal Nashley.
“Dungu lagi, aku kan pandai lesap. Boleh kesana kesini.” Telah Murni dalam hati.

   “Murni dengar dia nak balas dendam dengan family kitorang sebab kononnya papa rampas syarikat ayah dia. So dia sengaja rapat dengan abang Murni. Sebab tu Murni suruh akak putuskan hubungan diorang. Murni tak terdaya.” Terang Murni panjang.

   “Ok ok, akak setuju. Tapi yang ni last. Dah bye bye!” Nashley masuk kedalam rumah banglo miliknya yang ditinggalkan oleh ibu bapa kepadanya. Murni hanya boleh berada di luar rumahnya, kerana rumah Nashley dikelilingi oleh garam yang sudah dibacakan ayat suci al-Quran supaya melindungi rumah tersebut daripada dimasuki oleh makhluk halus. Murni takut anggota badannya akan terbakar jika dia melalui garam tersebut.

***

Nashley membetulkan hood dan topinya agar menutup separuh mukanya. Lagaknya seperti orang jahat.
Nashley menyusuri bilik wad yang menempatkan ramai pesakit, sambil itu dia mencari bilik wad yang bernombor 13B dimana wad tersebut menempatkan Murni yang terlantar koma. Murni disebelah dikerlingnya.
Jumpa pun!
Nashley membuka pintu. Dia melihat figura seorang lelaki seperti meratapi jasad Murni.
Agaknya tu abang Murni kot.
Langkahnya yang ingin mendekati lelaki tersebut terbantut apabila mendengar rintihan abang Murni. Sayu hatinya mendengar rintihan abang kepada jasad adiknya yang masih koma itu.

   “Murni, bangunlah dik. Abang.. abang minta maaf. Abang tahu abang salah, tolong beri peluang untuk abang membetulkan kesalahan abang. Murni bangunlah dik. Murni bangun ek.” Air mata yang mengalir dipipi dibiarkan. Tangan adiknya digenggam erat.

  “Ehem!” Nashley berdehem.
Mukhriz segera mengesat air matanya dan berpaling. Terkejut juga dia melihat seseorang yang kelihatan hanya separuh mukanya kerana orang tersebut memakai topi dan berhooded.

   “Kau ni siapa?” soal Mukhriz kasar.

   “Aku kawan Murni.” Tiga patah yang disoal, tiga patah juga yang dijawab.

   “Oor.”

   “Murni kata dia maafkan kau.” Nashley bersuara setelah lama senyap. Ada riak terkejut di muka Mukhriz.

   “Hah! Bila!!” soalnya.

   “Baru jer.” Jawab Nashley polos.

   “Gila. Murni kan koma sekarang ni. Nak kelentong aku ke?!” kasar suara Mukhriz namun masih boleh dikawal.

   “Suka hatilah nak fikir apa. Aku just sampaikan amanah jewr..” meluat pula Nashley dengan perangai mamat di depannya.

   “Hmm.. kau masih kapel dengan budak Sara tu lagi ke?” soal Nashley pula. Tak kesah lah dia nak label aku busy body ke hape, aku just sampaikan kata-kata Murni yang tak TERluah tu je.

   “Macam mana kau tahu selama ni aku.. Arghh! Yang kau sibuk ni kenapa? Kami ok je.” Mukhriz merenung tajam muka gadis yang ditutup hanya separuh. Yang kelihatan hanya bibir pink nya sahaja.
Nashley memandang Murni disebelah. Muka Murni kelihatan tegang apabila mengetahui abangnya masih berhubungan dengan wanita munafik tuh.

   “Bagitahu abang, Sara tu jahat. Dia cuba nak jatuhkan family kitorang.” Bisik Murni di telinganya. Nashley naik heran, nak bisik-bisik pula minah ni. Bukannya orang dengar suara dia, aku je yang boleh dengar.

   “Murni kata, Sara tu jahat. Dia cuba nak jatuhkan family korang.” Tutur Nashley tanpa teragak-agak.

   “Aik! Kau gila ke? Sejak bila Murni pandai cakap dengan kau. Sekarang ni Murni koma you know? KOMA! Mana boleh dia bercakap. Terutama dengan orang seperti kau!” kali ni suara Mukhriz naik satu oktaf. Terkejut juga Nashley dibuatnya.

   “Kau keluar sekarang! Keluar!!!” jerit Mukhriz seperti orang gila. Nashley mencebik dan berlalu keluar diikuti oleh Murni.

   “Menyesal aku jumpa mamat tu, lepas ni jangan nak paksa aku lagi, faham!” tegas suara Nashley. Murni terkedu, terdiam. ‘Abang ni pun satu hal. Tak boleh layan orang baik-baik ker?’

*****
Beberapa hari selepas itu..

   “Nama akak sebenarnya apa ek? Punyalah panjang Murni cerita pasal family Murni, nak juga Murni dengar cerita family akak.” Soal Murni yang setia di sebelahnya.
Murni disebelahnya dikerling.

   “Tak de yang menarik pasal cerita family aku. Cliché!” jawabnya selamba. Topinya diperbetulkan untuk kesekian kalinya.

   “Kenapa akak selalu tutup muka akak tu. Murni tak pernah tengok muka sebenar akak. Cantik ke?” soal Murni dengan penuh minat.

   “Saja.” Jawab Nashley sepatah. Murni mencebik. Susah untuknya mencungkil cerita dari Nashley.

Murni diam. Seminit. Dua minit. Tiga minit… Sepuluh minit. Nashley hairan. Biasanya minah ni tak suka berdiam, asyik pot pet pot pet je. Ni tak.

   “Oklah akak cerita. Tapi lepas tu jangan nak kesiankan akak.” Nashley mengeluh, keras kepala punya orang! Jelas terpapar keriangan di wajah Murni.

   “Nama sebenar aku Nasha Lee binti Arizuan Lee. Itu nama islam, nama sebelumnya Nashley Hudson. Mak aku orang British, ayah aku orang cina-malay. Mereka masuk islam selepas aku lahir, sebab tu lah aku ada dua nama. Nasha Lee dan Nashley. Aku anak tunggal sebab tu aku terpaksa uruskan syarikat ayah aku tu.”

   “Aik, ayah akak mana. Yelah, selama Murni kawan dengan akak, Murni tak pernah tengok parent akak. Diorang pergi mana?” soal Murni.

   “Dah meninggal.” Jawab Nashley mendatar.

   “I’m sor..”

   “Kan aku dah kata, jangan nak kesiankan aku. Sebab tu ak taknak story mory kisah aku kat orang. Kaulah orang pertama.” Marah Nashley. Murni serba salah.

   “Eh, tu bukan abang kau ke?” soalnya pada Murni pula sambil telunjuknya menghala ke arah figura Mukhriz. Murni turut menoleh kearah yang ditunjukkan.

   “Aha, dia macam nak lintas jalan je.” Tutur Murni.

   “Eheh! Murni, kau tengok tu, laju betullah kereta tu, macam nak langg..”

   “Kak! Tu Kak Sara!! Dia nak langgar abang! Kak.. tolong selamatkan abang.”
Muka Murni bertukar menjadi keruh, hendak menangis pun ada. Nashley segera meluru ke arah Mukhriz. Begitu juga dengan Murni.
Nashley segera menarik Mukhriz ke arahnya. Murni pula statik berdiri dia atas jalan tar tersebut. Setelah kereta tersebut menembusi badan Murni, Murni memaki hamun tuan punya kereta. ‘Sial kau Sara! Bodoh!’

   “Bupp!!!”

   “Adoi.” Jerit Nashley apabila punggungnya terasa sengal. Mukhriz yang sedari tadi menghempap badannya ditolak ke tepi.

   “Hoi! Sakit la.. habis lah tulang belakang aku, patah riuk.” Leter Mukhriz.

   “Hei!!! Dah lama hidup ka? Lain kali nak lintas jalan tengok kiri kanan dulu. Tak sekolah dulu, ker?!!” sergah Nashley.

 Mukhriz berpaling memandang wajah yang memaki hamunnya sesuka hati, terpana dia melihat wajah gadis didepannya. Matanya bundar, anak matanya pula berwarna perang, kulitnya putih sekali, bibirnya pink, hidungnya.. mancung. Nashley heran melihat Mukhriz seolah-olah seperti melihat perempuan untuk pertama kalinya. Jangan-jangan… segera Nashley menyarungkan topinya dan memakai hood. Murni yang statik di tengah jalan raya yang hanya membiarkan tubuhnya ditembusi oleh kereta yang lalu lalang juga terpegun melihat kecantikan semula jadi Nashley.

   “Ehem, tu bukan kereta Sara ke. WJA6308?” Nashley bersuara setelah lama berdiam diri.

  “A ha, kenapa?” soal Mukhriz dungu. Nashley menepuk dahinya, begitu juga Murni. Adoiyai!

   “Kenapa kau tanya? Hei, bukak telinga tu besar-besar. She. Tried. To. Kill. You!” sebut Nashley satu persatu. Kepala Mukhriz terasa dihempap batu besar. Dia baru tersedar. Oh My Allah!


*****
-bersambung-




27 comments:

  1. sambungan tak ada ke? please reply.. '_'

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf lambat reply, insya Allah akan ada nanti. Tapi saya tak janji saya buat sambungan itu secepat mungkin, tapi saya AKAN buat sambungannya. Buat masa sekarang saya sibuk sikit. Anyway, thanks baca... :)

      Delete
    2. welcome^_^ best citerr dia

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Bila nk sambung cerita niee??dah lama menunggu :((

    ReplyDelete
  4. Bila nak sambung..... please jadikan mini novel bukan cerpen sbb
    Takde lagi cerita mcm ni

    ReplyDelete
  5. Bila nak sambung....pleaseeee dh lama menunggu😞

    ReplyDelete
  6. Best cita ni..tp smbung pulak bila nk sambung..

    ReplyDelete
  7. when are you continuing ? have been waiting for long :( You gave intrest then you don't continue ? :( PLEASE CONTINUE THE STORY !

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. Mna sambungannya... dh tunggu 2 bulan dh nie. Lamatu.

    ReplyDelete
  10. tolngg laaa smbung crita ni ...

    ReplyDelete
  11. Akak.......cerpen x de smbungan lgi ker ��

    ReplyDelete
  12. please sambung. best sangat >.<

    ReplyDelete
  13. Tolong la sambung 😢😢😢😢😢

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. sis, dah 2018 ni... still waiting for next chapter 😅 kenapa dah tak active?

    ReplyDelete