“Dummm!!!” Satu kemalangan ngeri sekali lagi dipertonton
oleh Nashley. Bibir dan badannya menggigil, rasa mahu pitam pun ada. Nashley
segera menekan punat di telefon pintarnya, lalu mendail nombor ambulans dan
pihak-pihak yang tertentu.
Kereta yang sudah
terbalik akibat dilanggar teruk oleh kereta yang memecut dari arah yang
bertentangan dipandang pilu oleh Nashley.
Sekejap lagi,
kereta itu pasti akan meletup. Apa aku harus buat? Ada orang di dalam kereta
itu.
Nashley pantas mendapatkan kereta tersebut, lalu menarik
keluar gadis yang tercedera teruk. Dia hanya mampu mengheret gadis itu jauh
dari kereta tersebut. Lantas, seperti yang dijangkakan, kereta itu pun meletup.
“Cik, bangun
cik!” Nashley menampar lembut pipi gadis itu. Kepalanya cedera teruk,
kemungkinan gadis itu akan koma, takpun.. meninggal. Sempat gadis tersebut
melirik kearah Nashley sebelum perlahan-lahan dia menutup mata.
***
Nashley menutup pintu dan beredar meninggalkan laman
vila Seri. Seperti biasa, Nashley akan memakai topi juga mengenakan hood
dikepalanya. Kedua-dua tangannya dimasukkan kedalam kocek jaket berhood nya itu.
“Hai akak.”
Sapa satu suara halus. Nashley mengeluh.
Kenapalah minah ni tak berhenti nak kacau hidup aku.
“Kenapa? Akak tak suka ek Murni kacau akak?” soal Murni
pula apabila keluhan Nashley menyapa telinganya.
“Hmm.. taklah.
Suka. Suka sangat.” Sinis Nashley menjawab. Murni di sebelah senyum.
Hai minah ni, tak faham bahasa ke orang perli dia.
Matanya dijuling ke atas, meskipun orang tak nampak
kerana separuh wajahnya dilindung dek topi yang dipakainya.
“Hmm.. kak, Murni nak ucapkan terima kasih sangat-sangat
sebab tolong Murni haritu, kalau akak lambat tolong Murni haritu, peluang untuk
Murni sangat tipis untuk hidup.” Sayu suara murni menyatakan terima kasihnya
kepada Nashley.
“Dah keberapa
kali kau dah ucapkan terima kasih kau kat aku?” Nashley menjeling Murni
disebelahnya. Murni hanya tersenyum dan mengangkat jari symbol peace.
“Pertolongan aku tu, tak dikira mana pun. Heissyy, aku
tolong kau pun, tetap juga peluang kau nak hidup tu tipis. Sebab kau koma!
Koma! Kalau tak, kau tak akan ditakdirkan jadi seperti ini!” Nashley memandang
sekilas imej Murni di sebelahnya yang transparen. Murni bersifat sebegitu sejak
dia koma beberapa bulan yang lalu. Dia kelihatan seperti hantu, namun kenyataan
nya tak, kerana separuh dari rohnya masih hidup dan separuh lagi mati.
NASHLEY telah ditakdirkan melihat makhluk halus sejak
lahir lagi, hijabnya sentiasa terbuka kerana sifatnya yang itu adalah semula
jadi. Mulanya, rasa takut memang ada pada diri Nashley. Tetapi lama kelamaan,
Nashley telah terbiasa dengan kehidupannya kini.
Lama Murni senyap. “Sorilah, aku tak bermaksud macam
tu.” Nashley bersuara. Dia takut Murni terkesan dengan kata-katanya.
Nashley memang
bersifat kasar pada percakapannya, tetapi dia juga sentiasa menjaga hati orang
sekelilingnya.
“Taklah, Murni
fikir pasal abang.” Tutur Murni sambil memandang beku pada jalan didepannya.
“Abang? Abang
sayang ke abang kandung?” soal Nashley kehairanan.
Murni senyum sambil
memandang sekilas reaksi hairan Nashley disebelahnya.
“Abang kandung lah kak. Akak tak ingat ek, Murni ada
cerita kat akak pasal Murni ada abang.. Kenapa? Akak berkenan ke? Abang murni
hensem tau.” Murni menaikkan lagi saham abangnya. Nashley tersedak air liurnya
sendiri.
Gila, macamlah aku ada masa nak berkenankan abang dia.
“Hmm.. kenapa kau nak sibukkan kepala hotak kau fikirkan
abang kau? Bukan kau kata haritu, abang kau memang tak sukakan kau sejak kapel
dengan minah entah pape tu?” soal Nashley pula.
“Abang dah
taubat dah kak. Murni tengok hari-hari dia jenguk Murni kat hospital, muka pun
dah penuh jambang, tak terurus.”
“Hmm, dah
terhantuk, baru tengadah!” sinis Nashley berbicara.
“Akak tak tanya
ke nama abang?” lirik Murni kea rah Nashley.
“Hmm, apa nama
mamat tuh?” soal Nashley pula sekadar hendak menjaga hati.
“Ok, nama abang
Murni ialah Mukhriz Azrael bin Dato Yusman. Orang panggil Riz je. Umur 28
tahun, CEO kat syarikat AA Holdings. Oh ya, lahir pada…”
“Chop! Chop!
Chop! Aku tanya nama je pun, agak-agaklah..” segera Nashley memintas percakapan
Murni yang ada aura nak berceramah sampai ke siang. Murni sekadar sengih sambil
menggaru kepalanya yang tidak gatal.
SAMPAI je di tempat yang ramai orang, Nashley melekapkan
ear phone ke telinganya. Bukan hendak mendengar musik, tetapi hendak
mengelakkan dia dicop sebagai orang gila kerana bercakap sendirian. Maklumlah,
Murni disebelahnya yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar ramai orang sentiasa
pot pet pot pet je di tepi telinganya. Ada kalanya, Nashley hendak membalas
percakapan Murni sebab tu lah dia memakai ear phone supaya orang ingat dia
sedang chit chat dengan seseorang di telefon. Hehe.
Nashley memandang Murni disebelahnya. Dia memandang pula
tangan Murni yang sentiasa meramas kedua-dua tangannya itu.
“Kau dah
kenapa? Ni mesti ada benda yang kau nak cakap kat aku, tapi kau takut.” Soal
Nashley garang.
Janganlah garang sangat kak, orang tengah takut ni,
boleh pula dia takutkan lagi orang.
“Err.. Murni
nak minta to..”
“Hoi, kau!
Pergi!! Jangan kacau budak tu lagi!” jerit Nashley pada satu makhluk halus yang
mengacah budak kecil di pangkuan ibunya. Makhluk itu pun menghilang, takut
Nashley akan menyakitinya secara batin.
“Sory kak, tadi
ada something kacau baby akak. Saya pergi dulu ya.” Bicara Nashley pada ibu
bayi yang dikacau makhluk halus itu. Serta merta, muka ibu tersebut bertukar
pucat.
Mungkin benar telahan gadis itu sebab sedari tadi
anaknya menangis, kini tangisan anaknya yang berumur 2 bulan itu semakin reda
setelah gadis itu ‘menghalau’ makhluk tersebut.
“So, sambung
balik apa yang kau nak cakap kat aku.” Tutur Nashley lagi sambil membetulkan
lagi topi yang dipakainya supaya mukanya ditutup.
“Err..
sebenarnya.. Murni nak minta tolong akak. Yang ni last Murni minta tolong.
Promise! Please…” murni menyusun sepuluh jari, menunjukkan muka kesiannya. Dia
tahu, susah untuk meminta tolong dari Nashley.
“Heissy! Apa
lagi???” keras suara Nashley.
“Akak mesti
setuju nak tolong Murni. Please…” berusaha Murni menyakinkan Nashley untuk
menolongnya. Ini antara hidup dan mati dia.
“Yelah, yelah
akak setuju. But, promise me.. this will be the last ok?!” Nashley menyatakan persetujuannya
sambil jari telunjuknya betul-betul dihalakan ke muka Murni.
“Er.. kak. Akak
tunjuk apa tu?” soal budak kecil yang berada betul-betul didepan Murni yang
tidak dapat dilihatnya.
“Er.. takde lah
dik.” Nashley sengih. Jarinya yang sedari tadi terhala di muka Murni segera
ditariknya. Nashley menjeling Murni yang sudah ketawa terbahak-bahak di
sebelahnya. Murni menyepi, namun masih ada sisa ketawanya.
Nashley berjalan pulang ke rumah setelah puas
bersiar-siar. “So, kau nak aku tolong apa?” soal Nashley.
“Murni nak akak
putuskan hubungan abang Riz dengan kak Sara.” Mendatar suara Murni.
“What?!”
buntang mata Nashley. Dia terpaksa berurusan pula dengan orang yang tidak
dikenalinya lagi. Adusss! Setelah melihat riak Nashley kembali seperti asal, Murni
menyambung percakapannya,
“Kak Sara ada
niat tidak baik dengan abang juga dengan family Murni.” Tuturnya lagi.
“Niat tidak
baik itu dalam bentuk apa ek?” soal Nashley dungu. Murni menepuk dahi. Aduhh!!
Tu pun tak boleh agak ke? Nama pun dah niat TIDAK BAIK, maksudnya jahat lah!
“Dia nak bunuh
family kitorang.” Mendengarkan itu, mulut Nashley segera membentuk o.
“Macam mana kau
tahu?” soal Nashley.
“Dungu lagi, aku kan pandai lesap. Boleh kesana kesini.”
Telah Murni dalam hati.
“Murni dengar
dia nak balas dendam dengan family kitorang sebab kononnya papa rampas syarikat
ayah dia. So dia sengaja rapat dengan abang Murni. Sebab tu Murni suruh akak
putuskan hubungan diorang. Murni tak terdaya.” Terang Murni panjang.
“Ok ok, akak
setuju. Tapi yang ni last. Dah bye bye!” Nashley masuk kedalam rumah banglo
miliknya yang ditinggalkan oleh ibu bapa kepadanya. Murni hanya boleh berada di
luar rumahnya, kerana rumah Nashley dikelilingi oleh garam yang sudah dibacakan
ayat suci al-Quran supaya melindungi rumah tersebut daripada dimasuki oleh
makhluk halus. Murni takut anggota badannya akan terbakar jika dia melalui
garam tersebut.
***
Nashley membetulkan hood dan topinya agar menutup
separuh mukanya. Lagaknya seperti orang jahat.
Nashley menyusuri bilik wad yang menempatkan ramai
pesakit, sambil itu dia mencari bilik wad yang bernombor 13B dimana wad
tersebut menempatkan Murni yang terlantar koma. Murni disebelah dikerlingnya.
Jumpa pun!
Nashley membuka pintu. Dia melihat figura seorang lelaki
seperti meratapi jasad Murni.
Agaknya tu abang Murni kot.
Langkahnya yang ingin mendekati lelaki tersebut
terbantut apabila mendengar rintihan abang Murni. Sayu hatinya mendengar
rintihan abang kepada jasad adiknya yang masih koma itu.
“Murni, bangunlah
dik. Abang.. abang minta maaf. Abang tahu abang salah, tolong beri peluang
untuk abang membetulkan kesalahan abang. Murni bangunlah dik. Murni bangun ek.”
Air mata yang mengalir dipipi dibiarkan. Tangan adiknya digenggam erat.
“Ehem!” Nashley
berdehem.
Mukhriz segera mengesat air matanya dan berpaling.
Terkejut juga dia melihat seseorang yang kelihatan hanya separuh mukanya kerana
orang tersebut memakai topi dan berhooded.
“Kau ni siapa?”
soal Mukhriz kasar.
“Aku kawan
Murni.” Tiga patah yang disoal, tiga patah juga yang dijawab.
“Oor.”
“Murni kata dia
maafkan kau.” Nashley bersuara setelah lama senyap. Ada riak terkejut di muka
Mukhriz.
“Hah! Bila!!”
soalnya.
“Baru jer.”
Jawab Nashley polos.
“Gila. Murni
kan koma sekarang ni. Nak kelentong aku ke?!” kasar suara Mukhriz namun masih
boleh dikawal.
“Suka hatilah
nak fikir apa. Aku just sampaikan amanah jewr..” meluat pula Nashley dengan
perangai mamat di depannya.
“Hmm.. kau
masih kapel dengan budak Sara tu lagi ke?” soal Nashley pula. Tak kesah lah dia
nak label aku busy body ke hape, aku just sampaikan kata-kata Murni yang tak
TERluah tu je.
“Macam mana kau
tahu selama ni aku.. Arghh! Yang kau sibuk ni kenapa? Kami ok je.” Mukhriz
merenung tajam muka gadis yang ditutup hanya separuh. Yang kelihatan hanya
bibir pink nya sahaja.
Nashley memandang Murni disebelah. Muka Murni kelihatan
tegang apabila mengetahui abangnya masih berhubungan dengan wanita munafik tuh.
“Bagitahu
abang, Sara tu jahat. Dia cuba nak jatuhkan family kitorang.” Bisik Murni di
telinganya. Nashley naik heran, nak bisik-bisik pula minah ni. Bukannya orang
dengar suara dia, aku je yang boleh dengar.
“Murni kata,
Sara tu jahat. Dia cuba nak jatuhkan family korang.” Tutur Nashley tanpa
teragak-agak.
“Aik! Kau gila ke? Sejak bila Murni pandai
cakap dengan kau. Sekarang ni Murni koma you know? KOMA! Mana boleh dia
bercakap. Terutama dengan orang seperti kau!” kali ni suara Mukhriz naik satu
oktaf. Terkejut juga Nashley dibuatnya.
“Kau keluar
sekarang! Keluar!!!” jerit Mukhriz seperti orang gila. Nashley mencebik dan
berlalu keluar diikuti oleh Murni.
“Menyesal aku
jumpa mamat tu, lepas ni jangan nak paksa aku lagi, faham!” tegas suara
Nashley. Murni terkedu, terdiam. ‘Abang ni pun satu hal. Tak boleh layan orang
baik-baik ker?’
*****
Beberapa hari selepas itu..
“Nama akak
sebenarnya apa ek? Punyalah panjang Murni cerita pasal family Murni, nak juga
Murni dengar cerita family akak.” Soal Murni yang setia di sebelahnya.
Murni disebelahnya dikerling.
“Tak de yang
menarik pasal cerita family aku. Cliché!” jawabnya selamba. Topinya
diperbetulkan untuk kesekian kalinya.
“Kenapa akak
selalu tutup muka akak tu. Murni tak pernah tengok muka sebenar akak. Cantik
ke?” soal Murni dengan penuh minat.
“Saja.” Jawab
Nashley sepatah. Murni mencebik. Susah untuknya mencungkil cerita dari Nashley.
Murni diam. Seminit. Dua minit. Tiga minit… Sepuluh
minit. Nashley hairan. Biasanya minah ni tak suka berdiam, asyik pot pet pot
pet je. Ni tak.
“Oklah akak
cerita. Tapi lepas tu jangan nak kesiankan akak.” Nashley mengeluh, keras
kepala punya orang! Jelas terpapar keriangan di wajah Murni.
“Nama sebenar
aku Nasha Lee binti Arizuan Lee. Itu nama islam, nama sebelumnya Nashley
Hudson. Mak aku orang British, ayah aku orang cina-malay. Mereka masuk islam
selepas aku lahir, sebab tu lah aku ada dua nama. Nasha Lee dan Nashley. Aku
anak tunggal sebab tu aku terpaksa uruskan syarikat ayah aku tu.”
“Aik, ayah akak
mana. Yelah, selama Murni kawan dengan akak, Murni tak pernah tengok parent
akak. Diorang pergi mana?” soal Murni.
“Dah
meninggal.” Jawab Nashley mendatar.
“I’m sor..”
“Kan aku dah
kata, jangan nak kesiankan aku. Sebab tu ak taknak story mory kisah aku kat
orang. Kaulah orang pertama.” Marah Nashley. Murni serba salah.
“Eh, tu bukan
abang kau ke?” soalnya pada Murni pula sambil telunjuknya menghala ke arah
figura Mukhriz. Murni turut menoleh kearah yang ditunjukkan.
“Aha, dia macam
nak lintas jalan je.” Tutur Murni.
“Eheh! Murni,
kau tengok tu, laju betullah kereta tu, macam nak langg..”
“Kak! Tu Kak
Sara!! Dia nak langgar abang! Kak.. tolong selamatkan abang.”
Muka Murni bertukar menjadi keruh, hendak menangis pun
ada. Nashley segera meluru ke arah Mukhriz. Begitu juga dengan Murni.
Nashley segera menarik Mukhriz ke arahnya. Murni pula
statik berdiri dia atas jalan tar tersebut. Setelah kereta tersebut menembusi
badan Murni, Murni memaki hamun tuan punya kereta. ‘Sial kau Sara! Bodoh!’
“Bupp!!!”
“Adoi.” Jerit
Nashley apabila punggungnya terasa sengal. Mukhriz yang sedari tadi menghempap
badannya ditolak ke tepi.
“Hoi! Sakit
la.. habis lah tulang belakang aku, patah riuk.” Leter Mukhriz.
“Hei!!! Dah
lama hidup ka? Lain kali nak lintas jalan tengok kiri kanan dulu. Tak sekolah
dulu, ker?!!” sergah Nashley.
Mukhriz berpaling
memandang wajah yang memaki hamunnya sesuka hati, terpana dia melihat wajah
gadis didepannya. Matanya bundar, anak matanya pula berwarna perang, kulitnya
putih sekali, bibirnya pink, hidungnya.. mancung. Nashley heran melihat Mukhriz
seolah-olah seperti melihat perempuan untuk pertama kalinya. Jangan-jangan…
segera Nashley menyarungkan topinya dan memakai hood. Murni yang statik di
tengah jalan raya yang hanya membiarkan tubuhnya ditembusi oleh kereta yang
lalu lalang juga terpegun melihat kecantikan semula jadi Nashley.
“Ehem, tu bukan
kereta Sara ke. WJA6308?” Nashley bersuara setelah lama berdiam diri.
“A ha, kenapa?”
soal Mukhriz dungu. Nashley menepuk dahinya, begitu juga Murni. Adoiyai!
“Kenapa kau
tanya? Hei, bukak telinga tu besar-besar. She. Tried. To. Kill. You!” sebut
Nashley satu persatu. Kepala Mukhriz terasa dihempap batu besar. Dia baru
tersedar. Oh My Allah!
*****
-bersambung-
sambungan dia mana?
ReplyDeletesambungan tak ada ke? please reply.. '_'
ReplyDeleteMaaf lambat reply, insya Allah akan ada nanti. Tapi saya tak janji saya buat sambungan itu secepat mungkin, tapi saya AKAN buat sambungannya. Buat masa sekarang saya sibuk sikit. Anyway, thanks baca... :)
Deletewelcome^_^ best citerr dia
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteBila nk sambung cerita niee??dah lama menunggu :((
ReplyDeleteBila nak sambung..... please jadikan mini novel bukan cerpen sbb
ReplyDeleteTakde lagi cerita mcm ni
Bila nak sambung....pleaseeee dh lama menunggu😞
ReplyDeleteBile nk menyambung
ReplyDeleteBest cita ni..tp smbung pulak bila nk sambung..
ReplyDeleteBila nak sambung
ReplyDeletewhen are you continuing ? have been waiting for long :( You gave intrest then you don't continue ? :( PLEASE CONTINUE THE STORY !
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteMna sambungannya... dh tunggu 2 bulan dh nie. Lamatu.
ReplyDeleteBila nak sambung?...
ReplyDeletetolngg laaa smbung crita ni ...
ReplyDeletexnak smbung ke?
ReplyDeleteAkak.......cerpen x de smbungan lgi ker ��
ReplyDeleteSis..smbung la lg
ReplyDeleteSis..smbung la lg
ReplyDeleteplease sambung. best sangat >.<
ReplyDeleteMana sambungannya?
ReplyDeleteTolong la sambung 😢😢😢😢😢
ReplyDeleteMana sambungannya...
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletesambungannnnn ?
ReplyDeletesis, dah 2018 ni... still waiting for next chapter 😅 kenapa dah tak active?
ReplyDelete