Tuesday, 19 July 2016

Cerpen #7 Cinta Jannah

                Sedang Jannah sibuk melayan pelanggannya, tiba-tiba kepalanya seperti dicengkam sesuatu. Apa pulak ni?
                “Hei Jannah, kau ni kan memang sundal. Laki aku pun kau nak kebas!” jerkah mak Limah. Orang-orang di warung mula mengerumuni mereka dan berusaha meleraikan mereka.
                “Walawei, sedap je Mak Limah tuduh aku sundal kan? Hei Mak Limah, laki kau tu yang cari aku dulu tau! Kalau dah laki kau tu cari orang lain, maknanya kau yang tak pandai nak jaga laki kan? Sibuk je duk jaja cerita orang, tu yang Pak Leman terasa disisih.” Jannah tidak mahu kalah. Disinsingnya lengan baju kurungnya dan mencekak pinggang.
                “Kau ni kan …”
*****
                “Jannah gaduh lagi ke?” tanya Mak lembut. Lembut dia menuam pipi Jannah yang lebam mungkin kesan tamparan. Keluhan panjang di lepaskan.
                “Kali ni dengan siapa?” tanya Maknya lagi.
                “Mak Limah, mak. Dia yang cari pasal dulu dengan Jannah.” Nadanya masih kedengaran tidak berpuas hati.
                “Hmm.. Ni mesti Jannah iakan saja fitnah tu kan. Jannah mesti pertahankan diri. Kalau Jannah terus-terusan buat macam gini, orang kampung lagi pandang serong kat Jannah.” Nasihat mak.
                “Mak, memang lah Jannah mempertahankan diri…”
                “Mempertahankan diri dengan bercakaran macam tu? Jannah, maksud mak, Jannah mesti bagitahu kebenarannya. Mak tahu, apa yang orang kampung cakap semuanya tidak benar. Kalau Jannah iakan saja, maksudnya Jannah memang sundal lah..”
                “Mak!”
                “Bukan mak nak cakap kamu sundal, kamu tu, mesti tegakkan kebenaran. Kamu tidak bersalah.” Mak mengusap lembut rambut Jannah. Dia sangat sayangkan Jannah walaupun secara biologinya, Jannah bukanlah anak kandungnya.
                “Huhh… susah jadi orang terlampau cantik. Kang kalau jadi hodoh pun, orang lagi tak suka. Kalau macam ni nak jadi apa?” keluh Jannah.
Ya, paras wajahnya sangat dikagumi orang ramai terutamanya kaum lelaki. Boleh dikatakan semua kaum lelaki di kampungnya menyukai dirinya. Pak imam, pak cik-pak cik sekalian, abang-abang, adik-adik, laki orang, semuanya menghendakinya. Lagipun, mukanya juga merupakan ‘muka cari makan’. Jannah, tamat sahaja zaman sekolahnya terus membantu maknya di warung menjual nasi lemak. Sejak itu, pelanggannya rata-rata terdiri daripada kaum lelaki. Ramai pulak tu.
Jannah baring di riba maknya. Sungguh dia sayangkan maknya. Mak senyum perih. Sedih mengenangkan nasib Jannah yang sedari kecil sentiasa malang. Namun dia redha kerana ‘hujan’ yang turun nanti akan mendatangkan ‘pelangi’. Pasti ada hikmah disebaliknya.
Jannah merupakan anak majikannya dahulu. Majikannya pula bukan calang-calang orang. Namanya Maurice, juga merupakan ibu kandung Jannah. Maurice merupakan rakyat Filipina yang bercuti di Malaysia. Di Malaysia, keluarga Maurice mempunyai vila mewah yang dahulunya didiami Maurice. 
Maurice pergi ke Malaysia kerana ingin melahirkan Jannah tanpa pengetahuan suaminya kerana suaminya tidak mengingini anak buat masa itu. Kerana kasihankan kandungannya, dia tidak bertindak menggugurkan kandungannya dan bernekad untuk melahirkannya. Maurice pergi ke Malaysia atas alasan untuk mengendalikan syarikatnya yang bertapak di Malaysia buat beberapa bulan. Cukup 9 bulan, dia melahirkan Jannah dan kemudiannya diserahkan kepada Mak yang pada masa itu tidak mempunyai anak. Maurice kemudian pulang ke tanah air sehari selepas dia melahirkan Jannah kerana suaminya mula mengesyaki dirinya.
Tahulah mak bahawa kejelitaan dan kesempurnaan Jannah mewarisi  ibunya Maurice. Mak membesarkan Jannah dengan selaut kasih sayang. Memberi namanya, Nur Jannah. Senang, simple dan mudah disebut. Maksudnya pun yang baik-baik sahaja, cahaya syurga. Mak tidak pernah menyesal membesarkan Jannah. Sudahnya mempunyai paras rupa yang mengagumkan ramai orang sehingga perempuan lain mencemburuinya, agamanya pun baik-baik, otak juga geliga, rajin, serba boleh, namun ada beberapa kekurangan pada diri Jannah. Sesungguhnya manusia itu tidak pernah menemui kesempurnaan.
Pertama, Jannah tidak menghormati orang yang tidak menghormati dirinya dan juga maknya. Dia sentiasa melawan apabila orang mencerca dan menghinanya. Tapi dalam pada dia melawan, dia mengiakan sahaja kata-kata orang. Pelik. Katanya, dengan cara itu sahaja untuk mendiamkan mulut orang yang tidak pernah diam itu.
Kedua, dia tidak pandai untuk berkomunikasi dalam bahasa inggeris. Ini melucukan mak. Tahun lepas, ketika keputusan spm keluar, Jannah memperoleh semua A dalam matapelajaran namun satu sahaja C, iaitu matapelajaran Bahasa Inggeris. Sungguh, sakit perut mak akibat gelakkan Jannah yang pada masa itu sudah membuat muncung itiknya.
Ketiga, haihh! Jannah buta cinta! Sebab apa mak kata macam tu, yelah, orang siap keluar hingus sebab nangis tengok cerita Hindustan, dia? Siap gelakkan orang yang meleleh itulah.
Tu je kot yang mak dapat kesan kekurangan Jannah. Yang lain belum tahu lagi.
*****
                Petang  itu, Jannah keluar bersiar-siar keliling kampung. Lama rasanya dia asyik berulang alik dari rumah ke warung, dari warung ke rumah. Sekarang dia ingin merehatkan mindanya dengan berjalan keliling kampung. Memang dia sedar ada mata-mata yang menjeling benci terhadapnya, namun dia sudah lali dengan semua itu. Orang kampung nyata benci terhadapnya. Dia tahu itu, dia sedar itu.
                Sedang dia berjalan melenggang lenggok, tiba-tiba dia melihat sebuah kereta yang remuk teruk kerana merempuh pokok kayu.  Jannah melihat sekelilingnya. Tidak ada orang dan hanya dia yang berada berhampiran di tempat kejadian. Apa pun dia perlu tolong orang yang masih berada di dalam kenderaan tersebut. Walaupun sukar kerana kaki orang itu tersepit namun akhirnya Jannah mampu menarik nafas lega kerana berjaya juga dia mengeluarkan orang itu.
                Lagi, Jannah melihat sekelilingnya. Tidak ada orang! Nak jerit minta tolong, memang taklah sebab orang kampung membencinya. Yang lelaki pulak takut mendekatinya kerana takutkan isteri. Hmmph!
                Jannah meraba poket orang itu, mencari telefon pintar untuk menghubungi pihak hospital dan saudara mara lelaki itu. Ya, mangsa kemalangan itu lelaki. Nak tengok muka, memang taklah dengan darah penuh melumuri muka lelaki itu. Heisyy! Jannah seram tiba-tiba.
                Jumpa sahaja telefon pintar lelaki itu, terus sahaja dia on dan.. password! Grrr.. mujur ada perkataan emergency call di bawah itu. Jannah segera menelefon pihak hospital.
*****
                Jannah memandang pasangan suami isteri yang berada tidak jauh darinya. Kelihatan sang isteri sedang galak menangis dan dipujuk suaminya untuk lebih bersabar. Jannah tiba-tiba menjadi sebak.
                “Untunglah kau, ada ibu bapa nak risaukan kau.” Jannah mengumam. Dia melihat lelaki yang dibantunya petang tadi melalui pintu yang sedikit terselak. Kemudian pandangannya dialihkan kepada pasangan suami isteri tadi yang merupakan ibu bapa lelaki itu.
                “Anak orang kaya rupanya kau ni.” Jannah mampir kepada pasangan suami isteri itu.
                “Assalamualaikum, dato’, datin. Saya minta diri dulu ya. Mak saya mesti risau saya tak balik-balik lagi.” Ujar Jannah sopan.
                “Yelah nak, anak balik dulu lah ye. Esok anak datanglah sini, melawat Amir tu. Terima kasihlah ye sebab dah selamatkan anak kami. Tak terbalas jasa anak.” Jawab dato’ itu. Datin di sebelahnya hanya mengiakan sahaja.
                “Yalah, esok saya datang dengan mak, ziarah encik err.. Amir.” Jannah mengaru pipinya. Dia kemudian berlalu pergi segera balik ke rumah. Mujurlah ada driver dato’ yang diamanahkan untuk menghantarnya ke rumah. Kalau tak, huh! Naya doh. Mana nak dapat bas ke teksi malam-malam ni. Duit sesen pun dia tak bawa.
*****
                “Kalau macam tu lah cakap kamu, mak ikutkan saja. Mak nak tengok lah juga keadaan si apa tuh? Amir ha. Kesian jugak mak mendengar cerita kamu tu.” Ujar mak.
                “Macam manapun mak, kita kena jugak pergi. Yelah, dato’ siap hantar driver untuk jemput kita, mak.”
                “Hmm, yelah-yelah. Mana kata kamu lah.”
*****
                “Haih mak Jah, anak kau tu dah ada sugar daddy ya? Aku nampak ni, bukan main mewah lagi keta besa  yang dok parking depan rumah kau ni.” Sindiran mak Limah yang lalu depan halaman rumahnya membuatkan Jannah berpaling daripada ingin masuk ke perut kereta sebentar tadi.
                Jannah senyum manis, dan sinis!
                “Ha ah lah mak Limah. Lepas ni tak payah lah kau risau laki kau tu nak cari aku sebab aku dah ada sugar daddy ni, lagi kaya daripada laki kau tu. Agak-agak lah, kalau aku kahwin dengan laki kau tu, dia bagi aku makan apa ya?” Jannah berkata sinis. Mak Limah dilihatnya menyinsing lengan ingin meluru ke arahnya. Namun mak segera menolaknya masuk ke dalam perut kereta bagi mengelakkan mereka bergaduh, lagi.
*****
                “Kenapa Amir tak dapat rasa kaki Amir ni mama? Papa! Kenapa dengan kaki Amir ni papa?” Amir memukul kakinya, takda rasa apa-apa. Kakinya seolah-olah kaku, kebal. Ingin sahaja dia menjerit, meraung, menangis.
                “Amir, Amir kena sabar nak. Doctor kata tak lama, kaki Amir boleh sembuh nanti. Amir boleh jalan seperti biasa nanti.” Ujar Dato’ berhati-hati. Emosi anaknya kini tidak stabil dengan keadaannya yang… lumpuh.
                “Apa maksud papa?” Amir memandang papanya.
                “Amir lumpuh nak. Tapi, tapi Amir boleh sembuh kalau Amir selalu buat terapi.”
                Amir… entah apa reaksinya. Namun ianya bercampur-baur. Marah, sedih, kecewa. Sejak itu, Amir bertindak mendiamkan diri. Dia sedih dengan dirinya. Macam mana dengan penerimaan Elisa? Mahukah Elisa menerimanya sementelah majlis perkahwinannya tinggal lagi beberapa hari?
                “Assalamualaikum.” Jannah meluru masuk ke dalam bilik yang menempatkan Amir itu. Dia dan mak segera bersalaman dengan dato’ dan datin. Jannah kemudian mengalihkan pandangan kepada Amir yang telah sedar itu. Alhamdulillah, hatinya mengucap syukur. Hidup lagi kau ya?
                Amir terpaku memandang wajah gadis itu. Nampak seperti.. Elisa! Hanya dengan sekilas pandang. Tapi yang ini versi bertudung. Kalau tenung lama-lama, nyata gadis ini lebih cantik daripada Elisa.
                Jannah mengangkat keningnya. Hairan, kenapa lelaki itu memandangnya lama. Seolah-olah mereka saling mengenali. Tapi sumpah, Jannah baru sahaja mengenali lelaki di depannya ini. Jannah melemparkan senyumnya dan dia terkejut. Bukan dia sahaja yang terkejut, namun dato’ dan datin turut sama terkejut kerana Amir turut membalas senyumannya. Jannah garu pipinya. Dia malu. Pandangannya segera dialihkan ke tempat lain.
Dato’ dan datin hairan. Bagaimana boleh Amir tersenyum di kala keadaannya seperti ini? Mereka turut memandang wajah Jannah, gadis yang menolong Amir. Mereka kemudian faham, apa yang membuatkan Amir membalas senyuman Jannah. Muka Jannah seiras benar dengan Elisa. Mereka sudah maklum bahawa Amir sangat menyayangi tunangnya, Elisa. Dia sanggup buat apa sahaja demi Elisa. Tapi mereka tidak begitu menggemari Elisa kerana kehidupannya yang terlampau sosial. Apa boleh buat? Mereka turutkan sahaja kehendak Amir untuk mengambil Elisa sebagai isteri kerana Amir akan buat apa sahaja untuk memperisterikan Elisa.
*****
                “Err.. Elisa mesti pergi  jugak ke Milan. Amir kan tahu, inilah impian Elisa sejak dulu.” Elisa mesti menyakinkan Amir. Dia perlu mengelak untuk berkahwin dengan Amir. Apa jadahnya dia berkahwin dengan orang cacat? Kelak, ia lebih menyusahkan dirinya nanti.
                “Sayang.. lama tu. 3 tahun, mana abang mampu tanggung rindu terhadap sayang. Ke.. sayang tak nak kahwin dengan abang sebab abang dah cacat?” Amir sedih jika itu sebab Elisa untuk pergi ke Milan. 4 tahun menyulam rasa, inikah pengakhiran kisah mereka?
                “Erm.. mana-manalah. Elisa lambat ni. Bye and take care.” Elisa berlalu pergi. Dia ingin mengelakkan daripada disoal bertalu-talu oleh Amir.
                “Elisa! Elisa!” Amir tidak dapat menghalangnya kerana keadaannya yang sangat-sangat tidak mengizinkan. Dia kecewa dengan Elisa. Begitu sahaja Elisa meninggalkannya. Dia tidak dapat menerima cara Elisa meninggalkannya. Perlahan-lahan dia mula benci dengan Elisa. Dulu bukan main janji-janji Elisa untuk setia ke akhir hayat dengannya. Namun sekarang apa? Hakk tuih!
                “Assalamualaikum, encik.” Salam Jannah tidak dijawab.
                Wajah itu! Amir turut membenci wajah itu. Dia memandang ke luar jendela, tidak mahu melayan gadis itu.
                “Err.. ni saya ada bawakan bubur. Mak berkeras mahu saya bawakan untuk encik. Nah, saya letak kat meja ni. Encik makanlah.”
                Tanpa memandang wajah gadis itu..
                “Aku nak kau yang kahwin dengan aku. Nanti aku bagitahu daddy dan mama.” Tanpa perasaan, Amir turut mengheret sama Jannah ke dalam masalahnya. Oleh kerana wajah Jannah seiras dengan Elisa, dia mahu Jannah kahwin dengan dia kerana dia ingin menyeksa Jannah zahir dan batin. Biar Jannah bersusah menjaganya. Perbuatannya ini seolah-olah dia menyeksa Elisa. Dia puas hati!
                “Saya setuju dengan satu syarat.” Wajah Jannah kini tiada reaksi. Dengan peluang yang ada kini, dia mahu ambil kesempatan.
                “Encik perlu bawa saya dan mak tinggal dengan encik di bandar.”
                Amir turut terkejut dengan jawapan gadis itu. Mudah sahaja dia setuju untuk kahwin dengannya. Dan syarat gadis itu juga mudah bagi dirinya. Amir senyum sinis.
*****
                “Jannah yakin ke dengan keputusan Jannah ni? Mak tak nak paksa kamu, tapi mak nak yang terbaik buat Jannah. Jannah tahukan mak sayangkan Jannah.” Pujuk mak. Tidaklah dia terlalu memaksa Jannah untuk membuat apa-apa keputusan, tapi mana yang baik untuk Jannah, dia turutkan saja.
                “Jannah yakin dengan keputusan Jannah mak. Mak jangan risau. Jannah tahu, ini keputusan terbaik yang Jannah buat.” Jannah mula menyakinkan mak dengan keputusannya. Dengan cara ini sahaja dia dan mak boleh keluar daripada kampung ini.
Kalau dia sahaja yang orang kampung hina, tak apa, dia masih kuat untuk menerimanya. Tapi kalau mak? Dia tidak sanggup untuk melihat mak turut dihina oleh orang kampung. Kali ini, biar sahaja dia berkorban untuk mak. Dia dapat melihat di mata Amir yang Amir akan menghancurkan hidupnya kelak. Tapi, apa je yang dia boleh buat dengan kakinya yang lumpuh itu?
*****
                Jannah memandang cincin belah rotan di jari manisnya. Kini dia sudahpun bergelar seorang isteri seawall umurnya 18 tahun! Sedang lelaki itu pula berumur 28 tahun. Jarak umur mereka ialah 10 tahun. Dengan umurnya 18 tahun, bolehkah dia menggalas tanggungjawab insan yang bergelar isteri? Menjadi isteri kepada si suami, ibu kepada anak-anak dan anak menantu kepada ibu bapa mertuanya.
                Jannah menelan air liurnya, terasa kelat. Apapun, semua yang dia buat adalah demi maknya. Dia nak maknya hidup senang, walaupun hanya dianggap orang menumpang kekayaan orang lain. Namun, sikit-sikit pun ada tempiasnya, Jannah sudah bersyukur.
                Jannah pergi ke ruang tamu, mencari suaminya, Tengku Amir Shahadan. Haruslah dia perlu ada di sisi suaminya, kerana dia perlu menolak kerusi roda yang Amir pakai. Kalau dia tidak ada, mampukah Amir itu bergerak. Ya, dia ada tangannya untuk membantunya. Namun, seperti apa yang Amir katakana padanya dahulu, selagi bukan Jannah yang menolak kerusi rodanya, dia berkeras tidak mahu bergerak kecuali masa darurat.
                “Dah, bawa aku ke bilik. Sedap-sedap je kau tinggalkan aku dengan tetamu ni semua. Kau fikir aku tak letih ke dengan semua ni, walaupun kerja aku hanya duduk je?” Jannah hanya menolak kerusi roda Amir tanpa mendengar bebelan Amir. Kalaupun dia dengar, dia peduli apa. Hei! Ini Jannah lah.
                Di dalam bilik, tugas Jannah menguruskan Amir bermula. Dibukanya satu persatu baju Amir dan dimandikan Amir. Pakaian tidur, dia pakaikan. Begitulah rutinnya bermula. Makanan juga dia perlu suap. Kalau Amir tidak suka, dia akan mengeluarkan balik makanan yang disuapnya dan itu sering berlaku, sengaja!
                Jannah keraskan hatinya. Walaupun sabarnya sudah ke tahap zero, tapii… huh! Demi mak! Dia perlu bertahan. Sembuh sahaja Amir, tahulah dia nak buat apa.
*****

                “Kakak!” jerit seorang budak yang mungkin berusia 5 tahun. Budak yang meluru ke arahnya segera dipeluk. Mata Jannah melilau ke arah jam di dinding. Pukul 12 tengah hari. Patutlah!
                “Baru balik ya? Hurmm.. Idan pergi mandi dulu, sebab…. Idan busuk!!”  Jannah cuit lembut hujung hidung Idan. Tengku Ahmad Syahidan atau lebih mesra dengan panggilan Idan merupakan adik tiri Amir. Walaupun hanya adik tiri, namun Amir sangat menyayanginya seperti Idan itu adik kandungnya. Mungkin memang Amir sukakan budak-budak.
               

               

...bersambung,,

7 comments: