Sedang
Jannah sibuk melayan pelanggannya, tiba-tiba kepalanya seperti dicengkam
sesuatu. Apa pulak ni?
“Hei
Jannah, kau ni kan memang sundal. Laki aku pun kau nak kebas!” jerkah mak
Limah. Orang-orang di warung mula mengerumuni mereka dan berusaha meleraikan
mereka.
“Walawei, sedap je Mak Limah
tuduh aku sundal kan? Hei Mak Limah, laki kau tu yang cari aku dulu tau! Kalau
dah laki kau tu cari orang lain, maknanya kau yang tak pandai nak jaga laki
kan? Sibuk je duk jaja cerita orang, tu yang Pak Leman terasa disisih.” Jannah
tidak mahu kalah. Disinsingnya lengan baju kurungnya dan mencekak pinggang.
“Kau
ni kan …”
*****
“Jannah
gaduh lagi ke?” tanya Mak lembut. Lembut dia menuam pipi Jannah yang lebam
mungkin kesan tamparan. Keluhan panjang di lepaskan.
“Kali
ni dengan siapa?” tanya Maknya lagi.
“Mak
Limah, mak. Dia yang cari pasal dulu dengan Jannah.” Nadanya masih kedengaran
tidak berpuas hati.
“Hmm..
Ni mesti Jannah iakan saja fitnah tu kan. Jannah mesti pertahankan diri. Kalau
Jannah terus-terusan buat macam gini, orang kampung lagi pandang serong kat
Jannah.” Nasihat mak.
“Mak,
memang lah Jannah mempertahankan diri…”
“Mempertahankan
diri dengan bercakaran macam tu? Jannah, maksud mak, Jannah mesti bagitahu
kebenarannya. Mak tahu, apa yang orang kampung cakap semuanya tidak benar.
Kalau Jannah iakan saja, maksudnya Jannah memang sundal lah..”
“Mak!”
“Bukan
mak nak cakap kamu sundal, kamu tu, mesti tegakkan kebenaran. Kamu tidak
bersalah.” Mak mengusap lembut rambut Jannah. Dia sangat sayangkan Jannah
walaupun secara biologinya, Jannah bukanlah anak kandungnya.
“Huhh…
susah jadi orang terlampau cantik. Kang kalau jadi hodoh pun, orang lagi tak
suka. Kalau macam ni nak jadi apa?” keluh Jannah.
Ya, paras wajahnya
sangat dikagumi orang ramai terutamanya kaum lelaki. Boleh dikatakan semua kaum
lelaki di kampungnya menyukai dirinya. Pak imam, pak cik-pak cik sekalian,
abang-abang, adik-adik, laki orang, semuanya menghendakinya. Lagipun, mukanya
juga merupakan ‘muka cari makan’. Jannah, tamat sahaja zaman sekolahnya terus
membantu maknya di warung menjual nasi lemak. Sejak itu, pelanggannya rata-rata
terdiri daripada kaum lelaki. Ramai pulak tu.
Jannah baring di
riba maknya. Sungguh dia sayangkan maknya. Mak senyum perih. Sedih mengenangkan
nasib Jannah yang sedari kecil sentiasa malang. Namun dia redha kerana ‘hujan’
yang turun nanti akan mendatangkan ‘pelangi’. Pasti ada hikmah disebaliknya.
Jannah merupakan
anak majikannya dahulu. Majikannya pula bukan calang-calang orang. Namanya
Maurice, juga merupakan ibu kandung Jannah. Maurice merupakan rakyat Filipina
yang bercuti di Malaysia. Di Malaysia, keluarga Maurice mempunyai vila mewah
yang dahulunya didiami Maurice.
Maurice pergi ke
Malaysia kerana ingin melahirkan Jannah tanpa pengetahuan suaminya kerana
suaminya tidak mengingini anak buat masa itu. Kerana kasihankan kandungannya,
dia tidak bertindak menggugurkan kandungannya dan bernekad untuk melahirkannya.
Maurice pergi ke Malaysia atas alasan untuk mengendalikan syarikatnya yang
bertapak di Malaysia buat beberapa bulan. Cukup 9 bulan, dia melahirkan Jannah
dan kemudiannya diserahkan kepada Mak yang pada masa itu tidak mempunyai anak.
Maurice kemudian pulang ke tanah air sehari selepas dia melahirkan Jannah
kerana suaminya mula mengesyaki dirinya.
Tahulah mak bahawa
kejelitaan dan kesempurnaan Jannah mewarisi
ibunya Maurice. Mak membesarkan Jannah dengan selaut kasih sayang.
Memberi namanya, Nur Jannah. Senang, simple dan mudah disebut. Maksudnya pun
yang baik-baik sahaja, cahaya syurga. Mak tidak pernah menyesal membesarkan
Jannah. Sudahnya mempunyai paras rupa yang mengagumkan ramai orang sehingga
perempuan lain mencemburuinya, agamanya pun baik-baik, otak juga geliga, rajin,
serba boleh, namun ada beberapa kekurangan pada diri Jannah. Sesungguhnya
manusia itu tidak pernah menemui kesempurnaan.
Pertama, Jannah
tidak menghormati orang yang tidak menghormati dirinya dan juga maknya. Dia
sentiasa melawan apabila orang mencerca dan menghinanya. Tapi dalam pada dia
melawan, dia mengiakan sahaja kata-kata orang. Pelik. Katanya, dengan cara itu
sahaja untuk mendiamkan mulut orang yang tidak pernah diam itu.
Kedua, dia tidak
pandai untuk berkomunikasi dalam bahasa inggeris. Ini melucukan mak. Tahun
lepas, ketika keputusan spm keluar, Jannah memperoleh semua A dalam
matapelajaran namun satu sahaja C, iaitu matapelajaran Bahasa Inggeris.
Sungguh, sakit perut mak akibat gelakkan Jannah yang pada masa itu sudah
membuat muncung itiknya.
Ketiga, haihh!
Jannah buta cinta! Sebab apa mak kata macam tu, yelah, orang siap keluar hingus
sebab nangis tengok cerita Hindustan, dia? Siap gelakkan orang yang meleleh
itulah.
Tu je kot yang mak
dapat kesan kekurangan Jannah. Yang lain belum tahu lagi.
*****
Petang
itu, Jannah keluar bersiar-siar keliling
kampung. Lama rasanya dia asyik berulang alik dari rumah ke warung, dari warung
ke rumah. Sekarang dia ingin merehatkan mindanya dengan berjalan keliling
kampung. Memang dia sedar ada mata-mata yang menjeling benci terhadapnya, namun
dia sudah lali dengan semua itu. Orang kampung nyata benci terhadapnya. Dia
tahu itu, dia sedar itu.
Sedang
dia berjalan melenggang lenggok, tiba-tiba dia melihat sebuah kereta yang remuk
teruk kerana merempuh pokok kayu. Jannah
melihat sekelilingnya. Tidak ada orang dan hanya dia yang berada berhampiran di
tempat kejadian. Apa pun dia perlu tolong orang yang masih berada di dalam
kenderaan tersebut. Walaupun sukar kerana kaki orang itu tersepit namun
akhirnya Jannah mampu menarik nafas lega kerana berjaya juga dia mengeluarkan
orang itu.
Lagi,
Jannah melihat sekelilingnya. Tidak ada orang! Nak jerit minta tolong, memang
taklah sebab orang kampung membencinya. Yang lelaki pulak takut mendekatinya
kerana takutkan isteri. Hmmph!
Jannah
meraba poket orang itu, mencari telefon pintar untuk menghubungi pihak hospital
dan saudara mara lelaki itu. Ya, mangsa kemalangan itu lelaki. Nak tengok muka,
memang taklah dengan darah penuh melumuri muka lelaki itu. Heisyy! Jannah seram
tiba-tiba.
Jumpa
sahaja telefon pintar lelaki itu, terus sahaja dia on dan.. password! Grrr..
mujur ada perkataan emergency call di bawah itu. Jannah segera menelefon pihak
hospital.
*****
Jannah
memandang pasangan suami isteri yang berada tidak jauh darinya. Kelihatan sang
isteri sedang galak menangis dan dipujuk suaminya untuk lebih bersabar. Jannah
tiba-tiba menjadi sebak.
“Untunglah
kau, ada ibu bapa nak risaukan kau.” Jannah mengumam. Dia melihat lelaki yang
dibantunya petang tadi melalui pintu yang sedikit terselak. Kemudian
pandangannya dialihkan kepada pasangan suami isteri tadi yang merupakan ibu
bapa lelaki itu.
“Anak
orang kaya rupanya kau ni.” Jannah mampir kepada pasangan suami isteri itu.
“Assalamualaikum,
dato’, datin. Saya minta diri dulu ya. Mak saya mesti risau saya tak
balik-balik lagi.” Ujar Jannah sopan.
“Yelah
nak, anak balik dulu lah ye. Esok anak datanglah sini, melawat Amir tu. Terima
kasihlah ye sebab dah selamatkan anak kami. Tak terbalas jasa anak.” Jawab
dato’ itu. Datin di sebelahnya hanya mengiakan sahaja.
“Yalah,
esok saya datang dengan mak, ziarah encik err.. Amir.” Jannah mengaru pipinya.
Dia kemudian berlalu pergi segera balik ke rumah. Mujurlah ada driver dato’
yang diamanahkan untuk menghantarnya ke rumah. Kalau tak, huh! Naya doh. Mana
nak dapat bas ke teksi malam-malam ni. Duit sesen pun dia tak bawa.
*****
“Kalau
macam tu lah cakap kamu, mak ikutkan saja. Mak nak tengok lah juga keadaan si
apa tuh? Amir ha. Kesian jugak mak mendengar cerita kamu tu.” Ujar mak.
“Macam
manapun mak, kita kena jugak pergi. Yelah, dato’ siap hantar driver untuk
jemput kita, mak.”
“Hmm,
yelah-yelah. Mana kata kamu lah.”
*****
“Haih
mak Jah, anak kau tu dah ada sugar daddy ya? Aku nampak ni, bukan main mewah
lagi keta besa yang dok parking depan
rumah kau ni.” Sindiran mak Limah yang lalu depan halaman rumahnya membuatkan
Jannah berpaling daripada ingin masuk ke perut kereta sebentar tadi.
Jannah
senyum manis, dan sinis!
“Ha
ah lah mak Limah. Lepas ni tak payah lah kau risau laki kau tu nak cari aku
sebab aku dah ada sugar daddy ni, lagi kaya daripada laki kau tu. Agak-agak
lah, kalau aku kahwin dengan laki kau tu, dia bagi aku makan apa ya?” Jannah
berkata sinis. Mak Limah dilihatnya menyinsing lengan ingin meluru ke arahnya.
Namun mak segera menolaknya masuk ke dalam perut kereta bagi mengelakkan mereka
bergaduh, lagi.
*****
“Kenapa
Amir tak dapat rasa kaki Amir ni mama? Papa! Kenapa dengan kaki Amir ni papa?”
Amir memukul kakinya, takda rasa apa-apa. Kakinya seolah-olah kaku, kebal.
Ingin sahaja dia menjerit, meraung, menangis.
“Amir,
Amir kena sabar nak. Doctor kata tak lama, kaki Amir boleh sembuh nanti. Amir
boleh jalan seperti biasa nanti.” Ujar Dato’ berhati-hati. Emosi anaknya kini
tidak stabil dengan keadaannya yang… lumpuh.
“Apa
maksud papa?” Amir memandang papanya.
“Amir
lumpuh nak. Tapi, tapi Amir boleh sembuh kalau Amir selalu buat terapi.”
Amir…
entah apa reaksinya. Namun ianya bercampur-baur. Marah, sedih, kecewa. Sejak
itu, Amir bertindak mendiamkan diri. Dia sedih dengan dirinya. Macam mana
dengan penerimaan Elisa? Mahukah Elisa menerimanya sementelah majlis
perkahwinannya tinggal lagi beberapa hari?
“Assalamualaikum.”
Jannah meluru masuk ke dalam bilik yang menempatkan Amir itu. Dia dan mak
segera bersalaman dengan dato’ dan datin. Jannah kemudian mengalihkan pandangan
kepada Amir yang telah sedar itu. Alhamdulillah, hatinya mengucap syukur. Hidup
lagi kau ya?
Amir
terpaku memandang wajah gadis itu. Nampak seperti.. Elisa! Hanya dengan sekilas
pandang. Tapi yang ini versi bertudung. Kalau tenung lama-lama, nyata gadis ini
lebih cantik daripada Elisa.
Jannah
mengangkat keningnya. Hairan, kenapa lelaki itu memandangnya lama. Seolah-olah
mereka saling mengenali. Tapi sumpah, Jannah baru sahaja mengenali lelaki di
depannya ini. Jannah melemparkan senyumnya dan dia terkejut. Bukan dia sahaja
yang terkejut, namun dato’ dan datin turut sama terkejut kerana Amir turut
membalas senyumannya. Jannah garu pipinya. Dia malu. Pandangannya segera
dialihkan ke tempat lain.
Dato’ dan datin
hairan. Bagaimana boleh Amir tersenyum di kala keadaannya seperti ini? Mereka
turut memandang wajah Jannah, gadis yang menolong Amir. Mereka kemudian faham,
apa yang membuatkan Amir membalas senyuman Jannah. Muka Jannah seiras benar
dengan Elisa. Mereka sudah maklum bahawa Amir sangat menyayangi tunangnya,
Elisa. Dia sanggup buat apa sahaja demi Elisa. Tapi mereka tidak begitu
menggemari Elisa kerana kehidupannya yang terlampau sosial. Apa boleh buat?
Mereka turutkan sahaja kehendak Amir untuk mengambil Elisa sebagai isteri
kerana Amir akan buat apa sahaja untuk memperisterikan Elisa.
*****
“Err..
Elisa mesti pergi jugak ke Milan. Amir
kan tahu, inilah impian Elisa sejak dulu.” Elisa mesti menyakinkan Amir. Dia
perlu mengelak untuk berkahwin dengan Amir. Apa jadahnya dia berkahwin dengan
orang cacat? Kelak, ia lebih menyusahkan dirinya nanti.
“Sayang..
lama tu. 3 tahun, mana abang mampu tanggung rindu terhadap sayang. Ke.. sayang
tak nak kahwin dengan abang sebab abang dah cacat?” Amir sedih jika itu sebab
Elisa untuk pergi ke Milan. 4 tahun menyulam rasa, inikah pengakhiran kisah
mereka?
“Erm..
mana-manalah. Elisa lambat ni. Bye and take care.” Elisa berlalu pergi. Dia
ingin mengelakkan daripada disoal bertalu-talu oleh Amir.
“Elisa!
Elisa!” Amir tidak dapat menghalangnya kerana keadaannya yang sangat-sangat
tidak mengizinkan. Dia kecewa dengan Elisa. Begitu sahaja Elisa
meninggalkannya. Dia tidak dapat menerima cara Elisa meninggalkannya.
Perlahan-lahan dia mula benci dengan Elisa. Dulu bukan main janji-janji Elisa
untuk setia ke akhir hayat dengannya. Namun sekarang apa? Hakk tuih!
“Assalamualaikum,
encik.” Salam Jannah tidak dijawab.
Wajah
itu! Amir turut membenci wajah itu. Dia memandang ke luar jendela, tidak mahu
melayan gadis itu.
“Err..
ni saya ada bawakan bubur. Mak berkeras mahu saya bawakan untuk encik. Nah,
saya letak kat meja ni. Encik makanlah.”
Tanpa
memandang wajah gadis itu..
“Aku
nak kau yang kahwin dengan aku. Nanti aku bagitahu daddy dan mama.” Tanpa
perasaan, Amir turut mengheret sama Jannah ke dalam masalahnya. Oleh kerana
wajah Jannah seiras dengan Elisa, dia mahu Jannah kahwin dengan dia kerana dia
ingin menyeksa Jannah zahir dan batin. Biar Jannah bersusah menjaganya.
Perbuatannya ini seolah-olah dia menyeksa Elisa. Dia puas hati!
“Saya
setuju dengan satu syarat.” Wajah Jannah kini tiada reaksi. Dengan peluang yang
ada kini, dia mahu ambil kesempatan.
“Encik
perlu bawa saya dan mak tinggal dengan encik di bandar.”
Amir
turut terkejut dengan jawapan gadis itu. Mudah sahaja dia setuju untuk kahwin
dengannya. Dan syarat gadis itu juga mudah bagi dirinya. Amir senyum sinis.
*****
“Jannah
yakin ke dengan keputusan Jannah ni? Mak tak nak paksa kamu, tapi mak nak yang
terbaik buat Jannah. Jannah tahukan mak sayangkan Jannah.” Pujuk mak. Tidaklah
dia terlalu memaksa Jannah untuk membuat apa-apa keputusan, tapi mana yang baik
untuk Jannah, dia turutkan saja.
“Jannah
yakin dengan keputusan Jannah mak. Mak jangan risau. Jannah tahu, ini keputusan
terbaik yang Jannah buat.” Jannah mula menyakinkan mak dengan keputusannya.
Dengan cara ini sahaja dia dan mak boleh keluar daripada kampung ini.
Kalau dia sahaja
yang orang kampung hina, tak apa, dia masih kuat untuk menerimanya. Tapi kalau
mak? Dia tidak sanggup untuk melihat mak turut dihina oleh orang kampung. Kali
ini, biar sahaja dia berkorban untuk mak. Dia dapat melihat di mata Amir yang
Amir akan menghancurkan hidupnya kelak. Tapi, apa je yang dia boleh buat dengan
kakinya yang lumpuh itu?
*****
Jannah
memandang cincin belah rotan di jari manisnya. Kini dia sudahpun bergelar
seorang isteri seawall umurnya 18 tahun! Sedang lelaki itu pula berumur 28
tahun. Jarak umur mereka ialah 10 tahun. Dengan umurnya 18 tahun, bolehkah dia
menggalas tanggungjawab insan yang bergelar isteri? Menjadi isteri kepada si
suami, ibu kepada anak-anak dan anak menantu kepada ibu bapa mertuanya.
Jannah
menelan air liurnya, terasa kelat. Apapun, semua yang dia buat adalah demi
maknya. Dia nak maknya hidup senang, walaupun hanya dianggap orang menumpang
kekayaan orang lain. Namun, sikit-sikit pun ada tempiasnya, Jannah sudah
bersyukur.
Jannah
pergi ke ruang tamu, mencari suaminya, Tengku Amir Shahadan. Haruslah dia perlu
ada di sisi suaminya, kerana dia perlu menolak kerusi roda yang Amir pakai.
Kalau dia tidak ada, mampukah Amir itu bergerak. Ya, dia ada tangannya untuk
membantunya. Namun, seperti apa yang Amir katakana padanya dahulu, selagi bukan
Jannah yang menolak kerusi rodanya, dia berkeras tidak mahu bergerak kecuali
masa darurat.
“Dah,
bawa aku ke bilik. Sedap-sedap je kau tinggalkan aku dengan tetamu ni semua.
Kau fikir aku tak letih ke dengan semua ni, walaupun kerja aku hanya duduk je?”
Jannah hanya menolak kerusi roda Amir tanpa mendengar bebelan Amir. Kalaupun
dia dengar, dia peduli apa. Hei! Ini Jannah lah.
Di
dalam bilik, tugas Jannah menguruskan Amir bermula. Dibukanya satu persatu baju
Amir dan dimandikan Amir. Pakaian tidur, dia pakaikan. Begitulah rutinnya
bermula. Makanan juga dia perlu suap. Kalau Amir tidak suka, dia akan
mengeluarkan balik makanan yang disuapnya dan itu sering berlaku, sengaja!
Jannah
keraskan hatinya. Walaupun sabarnya sudah ke tahap zero, tapii… huh! Demi mak!
Dia perlu bertahan. Sembuh sahaja Amir, tahulah dia nak buat apa.
*****
“Kakak!”
jerit seorang budak yang mungkin berusia 5 tahun. Budak yang meluru ke arahnya
segera dipeluk. Mata Jannah melilau ke arah jam di dinding. Pukul 12 tengah
hari. Patutlah!
“Baru
balik ya? Hurmm.. Idan pergi mandi dulu, sebab…. Idan busuk!!” Jannah cuit lembut hujung hidung Idan. Tengku
Ahmad Syahidan atau lebih mesra dengan panggilan Idan merupakan adik tiri Amir.
Walaupun hanya adik tiri, namun Amir sangat menyayanginya seperti Idan itu adik
kandungnya. Mungkin memang Amir sukakan budak-budak.
...bersambung,,
Bila nak sambung sis?
ReplyDeleteBila nak smbung ni??
ReplyDeletebile nk smbung??
ReplyDeleteBest..
ReplyDeleteOoo..cite ni ada sambungan eaa..nak lagilahh
ReplyDeleteBila smbungannye sis
ReplyDeletetak de sambungan ke?
ReplyDelete